Saturday, September 3, 2011

A Sudden Revelation

Aku baru terfikir, serious baru sekarang benda tu macam hit me right in the face. Kalau la benda tu tangible, mungkin bunyinya dah macam *PANG!!!* kuat-kuat.

Kenapa lah kan, kenapa, hanya satu keburukan atau satu kesalahan yang dilakukan, ianya akan wipe out, sapu habis, padamkan semua kebaikan yang pernah dilakukan. Walhal kebaikan yang dilakukan tu kalau dikira lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan keburukan yang hanya sekali. 

Kenapa lah, kenapa suka sangat melihat, bercerita, komen, dan buat tanggapan terhadap satu kesalahan yang dilakukan. Kenapa isu kesalahan itu diperbesar-besarkan, seolah-olah dah tiada ruang untuk kemaafan langsung.

Aku baru terfikir, yes, baru betul-betul menimbang tara tanpa ada prejudis. Baru kali ni betul-betul melekat dalam medula oblongata, serebrum, serebelum, hippocampus, semua tu lah. 

Kau berkawan dengan dia, dan dia telah membuat satu kesalahan yang menyebabkan kau berfikir dua kali tentang persahabatan korang. Lepas tu kau berfikir semula. Kalau nak ikut timbangan kau, kawan kau ni selalu ada menenangkan kau masa kau tengah putus cinta. Dia lah kawan yang kau boleh ajak sebagai peneman kalau nak pergi mana-mana. Macam-macam lah. Sebenarnya kau fikir balik, banyak kebaikan dia buat dah dekat kau.

Tapi bila terjadi satu perkara yang tidak diingini, mulalah kau question keikhlasan dia. Ditambah lagi bila kau dicucuk-cucuk kawan-kawan lain. Ditambah lagi dengan nature manusia yang memang akan nampak buruk dulu baru baik. Bak kata famous sayings lah kan, kalau orang buat baik tu, lambat je dengarnya, kalau buruk sikit, terus dicanang-canang satu kampung, cepat je berita buruk tersebar. Mula lah kau fikir yang dulunya kebaikan dia buat dekat kau bersebab. Ada agenda tersendiri. Nak beli hati. Semuanya yang buruk belaka lah.

Tercantas terus kebaikan dia dekat kau selama ni. Langsung zero. 

Kenapa eh jadi macam tu? Bukan kah kita semua manusia? Yang memang tidak akan lari dari kesalahan sesama manusia. Dengan Tuhan pun kita boleh buat salah tanpa kita sedari, apa lagi dengan manusia.

Aku rasa macam nak luku kepala sendiri sebab telah menjadi seorang manusia yang ego. The one person I really despises has become myself. Ah grammar pun dah tunggang terbalik. Haha lantaklah. 

Salah tetap salah, kalau kau nak jarakkan diri dari dia pun tak mengapa, itu hak kau. Tapi jangan lah pernah lupa akan kebaikan yang pernah dia lakukan terhadap kau. Ikhlas ke tak ikhlas itu Tuhan yang tentukan. 

Lagi satu aku paling bengang bila orang ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin tu dibalas dengan komen, "eleh dah raya baru nak minta maaf. lepas tu taun depan buat jugak salah balik". Kau ni, haih, sabar je lah aku. Kalau tak mengenangkan bulan baik, mau naik jugak tangan aku ni.

Pada aku kemaafan itu meruntuhkan tembok ego. Manusia bukan nabi, mempunyai sifat maksum. Harap maklum. Kalau kau bosan dengar perkataan maaf, dan berat nak tuturkan perkataan maaf tu, itu hak kau lah. Malas dah aku nak cakap dengan orang macam ni. 

Kemaafan kau mahal? Boleh jalan lah.

Notakaki: Emosi jugak bila terfikir perkara-perkara macam ni. Hubungan sesama manusia memang rumit.
Notakaki #2 : Jangan ada siapa2 nak terasa pulak dengan post aku nih. Ini takde kena mengena dengan sesiapa, hanya buah fikiran aku sendiri yang datang semasa aku tengah mandi. 

2 comments:

faizulkhairi said...

Allah sentiasa bersama orang yang sabar =)

Qid said...

haha trueee :)