Jadi. Disember datang lagi. Dan kini ia semakin menghilang. Bak kata Travie McCoy, "Now December's almost gone." Aku suka bulan Disember ni. Pada aku ia sangat sempurna untuk dijadikan tapak memulakan kenangan nostalgia. Mengingat kembali kedudukan aku setahun lepas, Disember lepas, dan mengukur sendiri sejauh mana peningkatan diri; pada aku sedikit peningkatan pun dah cukup bermakna. An optimistic's view: A half-full glass is better than an empty one =)
Tahun 2011. Tahun yang penuh dengan kegembiraan. Tahun revenge. Tahun kebebasan sepenuhnya untuk aku.
Sebab apa aku cakap revenge? Sebab tahun 2010 bukan tahun aku. Terlalu banyak kekecewaan dalam tahun 2010. Jadi aku buat resolusi dan tanamkan bulat-bulat dalam diri aku yang tahun 2011 akan bawa berita gembira. Kiranya macam revenge balik la dekat tahun 2010 tu. Haha.
Alhamdulillah, segala yang aku rancangkan hampir semua aku berjaya capai/buat. Rancangan nak tamat belajar tahun ni jugak, berjaya. Rancangan nak go backpacking dengan kawan-kawan, berjaya. Paling penting, rancangan nak bergembira tahun ini, sangat sangat berjaya. I fall in love and I didn't even plan for it to happen this year either, but I'm happy with it =)
Cuma ada satu je masalah: Aku belum berjaya minum air soya. Pfftttt
Tahun 2012; Mohon Allah permudahkan segala urusan dan tunjukkan yang terbaik untuk aku. No special plans, tahun 2012 aku ikut sahaja ke mana langkah yang aku rasa terbaik untukku. InsyaAllah.
Selamat tahun baru 2012, tolonglah kurangkan menjadi judgemental bila orang lain ucapkan selamat tahun baru kepada anda. Peace!
No comments:
Post a Comment