Showing posts with label lama sungguh tak update. Show all posts
Showing posts with label lama sungguh tak update. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Penat la grow up!

Seriously, memang penat.

Dulu kau komplen bagai bila tengah belajar kan. "Oih cepat lah habis belajar, aku tak sabar nak kerja, nak pegang duit sendiri, nak itu nak ini blablabla"

Sekarang kau kerja, lagi bertambah responsibility dan benda yang kau kena fikir.

Masuk je gaji, bukan boleh terus belanja semua beli apa yang kau suka macam lah takde hari esok. Instead;
mula la buat budgeting, tolak duit bil itu bil ini, duit simpanan ASB MSG WTH apa apa lah.

Jumpa sedara mara, kawan-kawan parents, tanya "Dah kerja ke? Kat mana? Bila nak kahwin? Tak lama lagi la ni ye?" sambil sengih-sengih kerang busuk.

Dulu selalu attend birthday party kawan-kawan. Sekarang attend kenduri kahwin kawan-kawan.

Dulu main dengan anak patung kawan-kawan. Sekarang main-main dengan anak kawan-kawan.

Nampak tak permainan dia kat situ?

Pagi-pagi rush pergi kerja. Stuck dalam traffic, dah belajar maki hamun driver inconsiderate yang lain. Faker betul. Sampai office, bancuh kopi terus menghadap pc start buat kerja.

Nak ambil cuti pun berkira. Bilanya kau nak realisasikan impian kau nak travelling nye?

Umur pun makin meningkat. Biological clock pun mula lah bersuara.

Tengok baby orang, rasa nak baby sendiri. Tapi bergaduh berkonflik dalam diri sebab taknak kahwin lagi. Tapi kalau tak kahwin, macamana nak ada baby sendiri? Takkan la out of wedlock? Nauzubillah, mintak dijauhkan.

Tiba-tiba datang pula idea nak memajukan diri; yelah the quest for knowledge will never end until we die. Mulalah hasrat nak sambung belajar datang bertubi-tubi.

Dalam diri sendiri masih rasa muda remaja. Masih suka lompat sana sini, bergembira, gelak ketawa, throw head back and laugh and not a single fuck was given on that day.

Takut nak hadapi kenyataan bahawasanya masa muda remaja with not a care in the world akan beransur-ansur ditinggalkan.

Aku tau sebenarnya kita tak ada option lain selain daripada be brave, heads up and face whatever is coming into the life positively and accept it as a point to memajukan diri.

I sound childish when I say all of these things but who the hell cares? I just want to let this one out.


Life goes on. With or without you. So you choose whether to enjoy the ride or sulk in the corner and mope.

Penatnya grow up!

Sunday, May 20, 2012

Manusia.

Aku rasa sifat sentiasa tak berpuas hati tu ada dalam diri manusia. Semua tak puas hati. Lagi-lagi kalau berkait dengan manusia lain. Entah kenapa dengan manusia lain yang tak pernah kacau hidup dia pun rasa nak mendengki dan tak berpuas hati. Entah kenapa. Kenapa entah?

Teori aku satu je. Rasa insecure dan tak ada self confidence. Kalau tak ada self confidence je, tak apa. Boleh sorang-sorang tenung diri sendiri depan cermin dan mengeluh hari-hari. Kalau insecure gabung dengan no self confidence, memang parah jadinya. You know why? Pasal kita akan sentiasa cuba bandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mula rasa macam tak puas hati semacam. Padahal orang tu tak pernahhhhhh pun cari pasal dengan kita. Well, these things happen. Especially in girls/women/ladies/females world.

Tell me about it. 

Aku rasa kesian sebenarnya dekat orang-orang macam ni. Kesian, patetik. Buang masa, buang tenaga. Lainla kalau orang yang didengki tu ada buat salah terang-terangan kat kita ni. Orang tu tak kacau hidup kita, kita tak perlu la buat cerita sengaja-sengaja tak puas hati entah apa2 kat dia. Pathetic sangat nampaknya kita ni.

Why obsess nak bercerita pasal orang tu sedangkan dia sikit pun tak tau yang kita dengki sangat-sangat kat dia. Come on, jangan stereotype people please.

Paling penting, jangan kuat mengata orang. Lambat laun the word will come around and you'll have to swallow what you chew.

Remember, karma is a bitch. Only if you are.

p/s : i need to stop using the tag "lama sungguh tak update" on my posts. sebab memang lama sungguh tak update so no need mentioning. kan? :p

Monday, April 9, 2012

Memang macam ni la perangai yang kita suka.

Iaitu, update blog seribu tahun sekali. Kan Aleen kan?

Anyway, hai semua! *Baling telur baling kasut sebab dah lama gila tak update blog haha*

Life updates;

1) Dah berhenti dari menjadi TM CSR untuk Streamyx. Cukup lah experience for one month. Sangat berharga dan pengalaman tu susah nak dapat dari tempat lain. Cuma rasa tak fit je nak kerja shift. Heee.

2) Insyaallah, will begin to start work at a new place and new environment; and I hope for the best. Got recommended, but not sure when will get the placement. So daripada melangut baik aku pergi kerja lain dulu hehehe

3) Officially graduated!! Alhamdulillah =D


4) Going to be maid of honour for one of my closest cousins this May. Diorang intend untuk marketkan aku. Hahah ingat aku tak laku eh? Fine fine whatever you say~ Tak pernah ada experience jadi pengapit ni kang aku yang melebih kipas diri sendiri kang hahahaha

5) So far, I had the most awesome 5 months =D and counting it to be more awesome day by day!

See you later, alligator!

Tuesday, November 22, 2011

Things are changing, I am too =)

As of 1st November 2011, I ended my life as a student, and will leave the books and studies behind, for a long time to come. Alhamdulillah and I hope that I successfully pass my exams with colours that fly off the wall *ok exaggerate*

Anyway, dah lama gila biar blog ni dormant. Biasa lettew, aku kan. Kehkehkeh. Busy study la uolss tak sempat mak nak hapdet hokay. Uolls janganlah marah mak, kelas giteww hak tuiii :P Ingatkan dah habis belajar ni boleh la nak relax, rupa-rupanya there are so many things to do! Truth is, I was so busy doing stuff that I keep on putting off updating this blog. Bukan apa noks, mak kan, kena ada environment yang sesuai nak taip-taip ni uolls. Ni kalau time menaip ada orang terjenguk-jenguk intai-intai, rasa nak cepuk pun ada. HAHAHA =) Gurau je ye sayang oi :P

I am currently trying to figure out what I wanna do with my life. When I finally finished my studies, and completed my final paper the other day, there is some profound relief that washed over me. But at the same time I also feel quite lost, as in I am not certain of what I will be looking at in the future. However, I always say this to myself when I am feeling uncertain;
"It's either to do what you love and be good with it, or do what you need to do and excel in it. Same results anyway."
Your choice. I repeat, your OWN choice. I mean, if I keep on complaining about hard times, hard subjects, personal problems, and don't try to adapt to the situation and change things so that instead of turning against me, they are WITH me then I guess it won't solve the problem. I try bitch about my problems for a while, and then try and face them, without any more complaining. 

Wah macam kaunseling gitewww aku nih.

Thing is, aku pegang kepada kata-kata orang bijaksana yang mengatakan bahawa, "Hidup mesti ada matlamat, dan bukan bergantung kepada luck and chance semata-mata." But right now aku takde letak any specific goal for my future. On a further note however, the only thing that is constant is change. Meaning that change will always happen. Maka aku harus tak perlu rigid sangat dengan plan hidup, okay aleensie? =)

Notakaki : Expect the best out of yourself, and demand nothing but the best from yourself.

Friday, October 14, 2011

Cerita Tentang Sang Kancil

Haritu aku tolong abah hantar karpet dekat Puchong. Pakai Kancil.
Elok-elok je aku sampai Tropicana dari Sunway, terus hujan lebat. Aku tak peduli lagi, teruskan pergi ambik karpet bawak masuk dalam Kancil. Drive keluar dari laundry, semakin lama aku semakin perasan yang visibility cermin depan makin kurang.
"Hujan lebat ni lebat sungguh, macam dah berkabus kat luar ni." bisik hati kecilku. HAHAHAHAH kau ingat kau tulis novel ke aleenn?

Aku on wiper, wipe wipe cermin depan, tak berubah pun degree kekabusan dia. Aku makin risau, sebab makin lama makin susah nak tengok jalan. Last-last aku try sapu cermin dari dalam. RUPA-RUPANYA BERKABUS DARI DALAM!

"Sah la aircond dah habis gas niiiii. Macamana ni macamana niiiii." aku dah kalut seperti biasa. Tapi abah takde kat laundry, so aku tak boleh nak buat apa-apa, terpaksa lah maintain macho. Sambil drive, sambil tangan sapu-sapu cermin depan. Sedih dan kelakar semua at the same time. Haha

**********************************************************
Meh la aku cerita serba sedikit pasal Sang Kancil. Abah beli as second hand, lepas tu abah bagi aku guna lepas dapat lesen.

Sang Kancil sangat old school punya kancil. Bukan yang edition baru-baru. Plat number pun WDX lagi. Lamaaaaaa tuh.

Aku kadang-kadang segan nak bagi orang naik kereta aku. Bukan apa, dah la tak tinted, aircond pun tak kuat, kereta lama pulak tu. Kesian diorang panas-panas peluh-peluh naik Sang Kancil dengan aku. Diorang punya kereta hebat-hebat. Hehe. Kesian kalau kawan-kawan datang KL, aku bawak diorang jalan-jalan dengan Sang Kancil yang antik tu. Berpanas-panas laa diorang dalam Sang Kancil. Kesian aku tengok. Berkipas-kipas, berpeluh-peluh. Lagi-lagi KL jem, and memang panas nak mamps.

Ada sekali tu aku accidentkan Sang Kancil depan Ikea. Agaknya dia merajuk kot sebab aku baru ambik dia lepas service, dan aku sembang-sembang dengan kawan aku pasal kalau kereta baru maintenance pun tak banyak macam nak maintain kereta lama macam Sang Kancil ni. 3 4 jam lepas tu, aku crash kereta orang lain tanpa apparent reason. Aku rasa macam Sang Kancil mogok. Aku tekan brek tak rasa macam brek pun. Meluncur je macam tu. Hujan pun tak.

Since that aku tak sebut pun lagi pasal nak kereta baru. Time aku tengah drive Sang Kancil je la haha.

Aku bawak Sang Kancil pergi Hutan Lipur Kanching, picnic retreat dengan kawan-kawan la kononnya. Parking kat designated parking spot lah. Bayar dah la mahal, tah pape. Anyways, bila kami balik dari piknik dan pergi ke Sang Kancil, alangkah terkejutnya aku bila aku tengok visor belah kanan dah dicabut oleh Sang Monyet. %$%^&&*^*^(^& punya monyet. Nama pun binatang, perangai memang la macam tu.

Sedih aku tengok Sang Kancil diperlakukan sebegitu.

Dengan bekas-bekas roadtax masih melekat dekat cermin depan. Dengan calar balar karat semua.

Aku rasa aku selalu didiskriminasi oleh pakgad pakgad dekat Sunway ni. Ye lah, kancil aku antik, kereta diorang Honda Toyota Myvi bagai. Aku nak park kat situ tak boleh, orang lain boleh je. Takpelah. Aku sedar aku ni siapa. Kikikiki

Sang Kancil, seantik-antik dia pun, dia la yang sangat banyak berjasa dekat aku. Eh bukan dekat aku je, dekat family aku jugak. Masa Persona mama ada electronic problem, yang tukang tunda dekat highway siapa? Sang Kancil jugak. Gagah perkasa kot. Hellooooo *flips hair*

Sepanas-panas dia pun, dengan serba kekurangan Sang Kancil tu pun, aku sangat bersyukur sebab aku masih boleh bergerak ke mana-mana dengan senang. Aku masih boleh tolong abah hantar karpet. Aku masih boleh bawa kawan-kawan aku berjalan-jalan. Aku masih boleh pergi Kumon. Aku masih boleh berulang alik Sunway-Rawang masa weekend tanpa menyusahkan abah untuk ambik aku kat Sunway ni.

************************************************

Jadinya, biarlah Sang Kancil berkhidmat setia dengan aku selagi dia mampu. Banyak kenangan, banyak jasa, banyak nostalgia dia dengan aku. 

p/s aku rasa aku nak bercinta dengan Sang Kancil je lah. Dia meragam je, aku letak luar rumah. Takde hal :P