Wednesday, August 31, 2011

Saturday, August 27, 2011

Mercun, Bunga Api dan Nostalgia.

Aku dah selamat sampai rumah pun (yes memang rumah jauh gila pun dari Sunway nih :p). Semalam masa balik rumah tu, aku tak sangka langsung jalan jem all the way dekat Jalan Kuching tu. Rupa-rupanya orang dah start balik kampung. Beraya jugak lah aku dengan lampu-lampu kereta hewhewhew =p Hari ni lepaih soq tak tidoq balik pasai Mama awai-awai lagi habaq kata nak pi beli barang-barang nak masak untuk raya kat Chow Kit. So semangat la aku bangkit soq sambil siap planning lagi nak masak apa untuk raya. Shopping baju raya aku tak bapa nak semangat sangat, lebih semangat tang nak masak-masak ja pasai aku suka makan haha.

Malam ni pulak aku dok tengok luaq tingkap, aku tengok jiran-jiran aku pakat dok tayang kehebatan masing-masing main mercun. Hamboihhh hmpa tak beragak naa, buat aku terlioq sama nak men. Maklum lah duduk dalam kampung kan, so anak-anak pakcik makcik jiran-jiran sebelah menyebelah rumah ni dah mula sampai lah nak beraya. Mula lah aku dok teringat kat kenangan silam (ceh) musim raya.

Nostalgia 1 : Zaman kanak-kanak
Abah berasal dari Muar, Johor. Mama pulak berasal dari Teluk Intan, Perak. Masa kecik-kecik dulu memang every raya akan balik kampung. Tapi seingat aku dulu-dulu mana ada jem teruk-teruk macam sekarang kalau nak balik utara mahupun selatan. Anyway, bila balik kampung mesti akan jumpa cousins-cousins yang batch sebaya dengan aku. Sebaya as in lebih kurang sama umoq la, tua 2 3 taon or muda 2 3 taon so sedap la nak buat geng. Kalau balik Muar, pakcik aku yang paling bongsu akan buat meriam buluh. Lepas tu dia punya kedekut takmau bagi kami main, dia bagi kami mercun dengan bunga api je. Paling kuat dapat men pun takat nyalakan batang kayu tu ja, cucuh kat meriam dia tak bagi. Dia suruh kami dok tepi-tepi dengaq ja meriam tu meletup sambil main mercun dengan bunga api. Nasib baik la dapat bunga api yang best-best, bukan bunga api kertas merah bunga-bunga tuh. Mercun pun dapat berbagai-bagai. Eleh ingat aku tak tau ka tang mana dapat stok? Kadang-kadang kitorang ada jugak singgah pekan Pagoh dulu singgah kedai Uncle ni beli sorok-sorok hehe.Salah memang lah salah tapi nak buat camne,  tak feel la raya tak main bunga api dengan mercun -___-
Bila ada stok mercun banyak, cousins mula lah buat team, selalunya team boys lawan team girls laa. Mula la semua nak tunjuk power tunjuk skill main mercun, especially part main mercun cilipadi tuh. Cerai-ceraikan mercun daripada tangkai dia yang banyak-banyak, lepas tu nyalakan dengan macam-macam stail. Ceh setakat mercun cilipadi apa la sangat. Tapi dalam banyak-banyak mercun aku paling takut mercun mancis kot. Macam fobia ah sebab nak nyalakan macam nyalakan mancis lepas tu kena baling. Aku takut aku tak sempat baling je hewhewheww.
Ada sekali nih, kami main bunga api ramai-ramai. Standard lah main bunga api, mesti la paling banyak nak pegang dalam tangan pun 4 batang je. Yang lain satu ikat tu aku letak la kat kaki tingkap luar rumah. Sekali macamana punya cuai tah aku TERnyalakan seikat bunga api tu. Apa lagi, menyala la semua macam nak terbakar dah tingkap rumah tu. Memang lepas tu boleh tertanggal la telinga dengar bebelan mama hihihi.

Nostalgia 2 : Zaman Teenager. Haha teenager sangattttttttt
Time ni lebih kepada nostalgia berpuasa dekat Jenan je. Puasa kat Jenan banyak kenangan dia. Antaranya bila nak berbuka tu, semua dah masuk dewan makan dengan berdisiplinnya padahal selalunya selai, selai turun DM tuh untuk dinner. Lepaih tu mesti berbuka dengan sirap air favourite ku itu. Bila dah senior, aku tapau nasik banyak-banyak satu tupperware, lauk-pauk tupperware lain, dengan air sirap 2 3 tumbler bawak balik dorm. Bersila laa ramai-ramai budak-budak Sateria kami berbuka sama-sama kat dalam dorm. Tambah lagi kalau mak Sherry buat laksa Kedah dia, pergh! Kembung perut pun kembunglah janji licin segala :D 
Bila dah berbuka tu, berjalan lah kami ramai-ramai pi masjid untuk Maghrib, Isyak dengan solat terawih. Masa jalan pergi masjid tu, dari DM of course lah lalu Dataran Bakti puaka tu. Puaka sebab boys dok jadi hantu raya,ye la blok asrama boys mengadap Dataran Bakti tu. Apadia maghrib-maghrib dok mengacau orang lagi, dok terpekik-pekik dari dorm panggil-panggil girls? Sekeh satni baru tau heheh (garang tak garang tak?) Bila balik terawih pun lalu lagi Dataran Bakti tu pasai nak pergi ke blok kelas pulak. Hah time ni memang sakit jiwa dibuatnya pasai boys pakat dok baling mercun pulak ke bawah. Kojaq ke tak depa nih nasib baik aku tak lemah semangat, buat pokerface je bila orang duk baling mercun padahal hati dah terenjat-renjat terkejut tsk. 
Ada sekali tu tengah dok meriah depa baling mercun kat girls, tiba-tiba senyap. Rupa-rupanya Ustaz Zawizaz naik dorm depa daa, siap tanya nak join main boleh dak. HAHAHA padan muka korang.
Pernah jugak lepas terawih aku malas nak pergi prep malam dah. Time tu aku Form 4, so pakat-pakat la kami Form 4 dengan Form 5 nih balik astries nak lepak. Ye la sebab lagi setengah jam je prep malam dah nak habis, so malas lah aku nak pegi blok Form 4 yang jauh tuh. Malam tu aku ngantuk sangat, sampai dorm je aku terus tukar baju, campak baju kurung dalam baldi, terus pejam mata. Tiba-tiba aku dengar Sherry kejut aku, 
"Aleen, bangun, bangun, Warden masuk astries!"
"Hah? Biar betul?" aku terus kalut bangun ambik baju kurung dalam baldi tadi tapi rupa-rupanya basah dah baju tu T_T
Aku dengan Sherry terus kalut nak sorok mana, nak sorok mana, terus bukak pintu loker, masuk dalam, tutup pintu, duduk diam-diam. Sambil tu aku dengar dah suara-suara warden-warden lelaki macam Cikgu Sharip, Cikgu Rafdi.
"Pelajar-pelajar perempuan yang berada dalam asrama puteri, sila turun sekarang! Atau kami warden naik atas!"
"Adoi, masak ni, aku punya baju dahlah dah basah! Sherry, Sherry, aku takut la pulak ni." sambil aku ketuk-ketuk dinding loker dari dalam pasal sebelah aku loker Sherry.
Last-last kami pun tak jadi terus menyorok, aku pun terpaksa pakai baju kurung yang baru, dan turun ke bawah angkat tangan surrender. Kena la bebel sikit sebanyak dengan Cikgu Sharip. Nasib baik bukan pengetua yang disayangi yang masuk kalau tak konfirm kena piap sorang sekali tsk.
Lepas tu aku dengar lah cerita-cerita budak-budak lain yang berdegil menyorok gak dari warden nih. Si Dekma menyorok lah dekat ampaian baju kat bawah, tertunduk-tunduklah dia nak sorokkan kepala. Tengah jalan sambil tertunduk-tunduk tu, tiba-tiba dia nampak ada sepasang kaki depan dia.Angkat kepala, rupa-rupanya Cikgu Rafdi tersengih tengok. Haha. Yang Atie dengan Fyzaa pakat lari sampai hujung padang astries, memang lepas la. Budak-budak kat dorm Juara pulak, pergi bersesak menyorok dekat celah loker-loker. Selamat lah kau Cikgu suluh tak perasan korang kan. 

Haih macam-macam.

Notakaki: Baru chatting dengan Pa'am rakan rapat di sekolah dulu, tu yang terbayang nostalgia sekolah. 5 tahun dah tinggai Jenan tuh :P

Thursday, August 25, 2011

#30 Days Challenge - Day 10 & 11

Hullo :D Dah berapa lama abandon 30 days challenge ni? Hehe, malas lah nak buat yang 10th day ni, sebab recently asyik beli food je pun. Bukan barang-barang best pun untuk di show-off kan hahahahaha (lempang diri sendiri).

Oh by the way kan korang kan, ada something nak tunjuk ni hehe.


Cantik nombor ni, boleh lah nak ambik untuk tikam tikam hewhewhew :P

Aish apa ni main tikam tikam ni tak baik tau korang. Aku gurau je lah jangan ambik serious pulak. Ok moving on terus pegi dekat Day 11 punya challenge.

Day 11 - 5 facts about you

1) Suka pakai bracelet dan bangles instead of cincin. Sangat suka charm bracelet, tapi tak mampu nak beli so beli yang murah-murah je. Lebih suka pakai benda-benda ni daripada necklace. Sangat sangat suka.

Clockwise from top: Bangles kelabu dan pink hitam mama yang bagi, bangles merah hitam beli RM10 je kauuu dekat Bonita, bracelet crystal hitam pun mama bagi, bracelet Juicy beli online, bracelet putih rantai beli online, bangles hindustan India mari Pa'am bagi, bangles Purple dan Pink beli dekat Cambodia, dan tengah sekali tu bangles Cotton On harga sepatut RM15 tapi bila scan RM5 jeeeeee.

2) Suka tengok perempuan-perempuan yang cantik macam babydoll. Suka perhati rambut diorang, kalau yang panjang suka ada curl sikit dekat hujung hujung rambut. Ala, macam Blake Lively. Banyak girl crush tapi setakat ini belum bergerak ke arah yang songsang lah. Suka tengok je, pegang tak. Hahaha. Eh girls jangan lah risau nak kawan dengan aku, aku tak L tau. Tau tau tauuu. Haha :) 

 Cun kan Blake Lively? Heeeee ;)

3) Lebih jaga kesihatan rambut daripada jaga kulit muka, kadang-kadang sampai buat mama annoyed. Kalau untuk rambut sanggup beli macam-macam, kalau untuk muka beli pencuci muka je hihi. Ada impian nak buat rambut macam Blake Lively tapi tak sanggup pulak berhabis dekat salun sampai beratus-ratus. Itu membazir namanya. Jaga kesihatan rambut through natural way tambah sikit-sikit barang penjagaan biasa cukup lah.

Shampoo Loreal Renutrition Caring ni memang sangat nourishing kepada rambut lah siyes wa cakap lu.

4) Mempunyai struktur muka yang sombong. Especially bila tak senyum. Kawan-kawan cakap muka garang sangat. Agaknya sebab tu lah orang lelaki takut nak kacau kot. Macam tak approachable muka tu. Mata menjeling-jeling. Dahlah jalan tu mendongak. Haihs. Kakak-kakak senior masa sekolah dulu selalu tak puas hati dengan aku sebab diorang kata muka aku macam tak puas hati dengan diorang, dok menjeling-jeling. Asyik-asyik kena "kirim salam dekat adik sayang" Hukhukhuk apakah dosaku *lalu menangis tertiarap di lantai macam Cinderella". Sekarang dah mula berlatih berjalan dengan muka tersenyum, tadi dekat Pyramid sampai ada seorang mamat ni tertoleh-toleh bila aku senyum kat dia. Agaknya terkejut kot ada minah senget ni senyum kat dia hahaha :D

Ha garang tak garang takkkk?

5) Sangat suka membaca. Sangat sangat suka. Kadang-kadang kalau nak hilang stress lepas submit assignment, terus pecut pergi Borders kat Curve. Takpun melepak dekat Popular or MPH kat Pyramid tu. Tapi kurang berkenan dengan chic lits. Very predictable, very cliche, very boring. Lebih suka spy and thriller novels. Sekarang tengah berminat dengan World War II punya cerita, you know, Nazism and stuff. Ada impian nak buka kedai buku satu hari nanti. 

Buku-buku yang berkaitan dengan WWII. Mein Kampf pinjam dari Akram, PolPot beli dekat Cambodia haritu.


Yeah habis dah challenge ni :)

Notakaki: Baju raya dah siap ke? Takde baju raya pun boleh raya punya lah don't worry :)

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #7

Eh why la yesterday I thought was Wednesday? Hahas.

I'm a Gemini :D
ooyeah, wordless lah sangat. Hehe more like Word-ful :P

Dalam Dingin Subuh

Siapa kita hendak menolak ketentuan Tuhan?
Hati.
Raja yang penuh rahsia.
Hati juga;
mudah berbolak-balik.
Perumpamaan hati itu juga ibarat sehelai bulu terlekat di akar pohon, mudah bergerak-gerak kerana ditiup angin.

Silap perkiraan,
hati yang merajai fikiran.

Rancangan asal untuk tunggu dan lihat ada kemungkinan memakan diri.

This is bad, bro.


Tuesday, August 23, 2011

Singaporeans.

I decided to not do a Wordless Wednesday today. All for this post and two instances that left me wondering.

Although I try hard not to label people, to be judgmental, but sometimes I do end up in that place where I don't wanna be. Labelling people. This, that, stuck up, jerk, superficial, and the list goes on. Let us be realistic yea, as hard as we do not want to be judgmental, but I do think the saying "First Impression does Last" holds some water in some cases.

I have heard of countless comments on Singaporeans from fellow Malaysians. Probably countless comments back for Malaysians too. The heat is especially maximised during MAS vs SIN football match the other day. Ah tak payah nak demokratik sangat ah Aleen, let me just tell you what has been lingering in my mind since forever.

First instance;
I was sitting down in Putra LRT on the way to KLCC for the GLC Open Day. Somewhere at either Kg Baru station or Dang Wangi station, the door opened, and a man walked in. He stood in front of me and my cousin, and started talking to us;
"Hello, do you know the way to the Singapore Embassy? Which stop should I take? (cheh dah macam Rebecca Black Friday song pulak)"
"Em, I think you can stop at the Ampang Park station, and walk a bit all the way to the Tabung Haji building. The embassies are all near there."
And then the man decided to tell us what has happened to him earlier this morning. Some snatch-thieves snatched his bag, and his essentials are all in the bag. His passport, money, laptop, clothes, pretty much everything important. He then went to make a police report and was told to go to the Singapore Embassy with some directions drawn on a paper probably by the police who took his report. He was even given some money for the fare, as he has not enough money at all.
He then went on to complain about Malaysians, much to the annoyance of us. I understood that he was probably very much upset by what has happened, and he could not enjoy his stay in Malaysia as he lost most of his money and clothes too. To our disappointment, he went on to say that Malaysians are incompetent, lazy, so on so forth. He even dared to comment on the LRT that he was riding, saying that MRT in Singapore is even better than ours.

Second instance;
I am currently taking one elective subject from the School of Arts, doing Contemporary Television Studies. My tutorial contains a substantial number of Singaporeans, and one particular girl with hijab caught my attention. She is particularly friendly with other people, so I figured, why don't I make friends with her? So whenever I see her, I smiled at her. Sadly, yes SADLY, she does not return my smiles, (which is quite rare, yes, because of my sombong face.) Kinda sad la jugak because I've been hoping to make friends with other Muslim girls from other countries too.

So these two instances left me wondering whether is it true that people that hails from the land of Lion are really kiasu? And do they really look down on Malaysians, as we are not as advanced, economically, technologically, as them?

Uncle, why did you really need to talk so rudely to us after you've asked for directions? You really know that you were talking to Malaysians, didn't you? I know you are upset and everything, but still, those comments aren't called for. Yeah I know you people probably have the fastest MRT in the whole wide world *rolling eyes* but maybe you lack something, like politeness maybe?

And my dear classmate, whyyyy la is it so hard for you to smile back at me? Is it because I wear not fancy shawls as you and just tudung bawal so I eez not as fashionable as you (Ok this is an inside joke)?  Is it because I eez not as intelligent as you Singaporeans (but I caught you staring at me when I opened my mouth in class just now). I so sad you know you don't smile at me. I so sad I think you don't like me you know.

Anddddd you snatch thieves!! Haih. Mencemarkan nama negara.

Hahaha. Yeah whatever.

Notakaki: What came into your mind when you first read this post's title? Hehe

Sunday, August 21, 2011

Of nightmares and sweet dreams.

I woke up from a bad dream. A really really bad dream that I cried. A dear friend gave me this hadith and told me to not worry;

Mimpi yang baik adalah daripada Allah, maka apabila seseorang kalian bermimpi apa yang dia sukai maka janganlah menceritakannya melainkan kepada orang yang dikasihinya. Sementara jika bermimpi apa yang dibenci maka ludahlah ke sebelah kiri tiga kali dan mohonlah perlindungan Allah dari keburukan syaitan dan (dari) keburukan mimpi itu. Jangan diceritakan kepada seorang jua. (Jika dilakukan semua ini) maka ia tidak akan memudaratkan.
 [Shahih Muslim, no: 2261-2]

Just to share with all of you =) Have a blessed 9 last days of Ramadhan !

Demam EPL.

Ok hari ni sedikit vain. Eh bukan sedikit tapi banyakkkk.


Kemon la Chelsea ! 

Ke hadapan Abah;

Abah sihat tak? Aleen doakan abah sihat selalu dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya =)


Lepas tengok video Thai ad ni, Aleen terus tacing yang amat sangat. Terus teringat dekat abah. Ye lah, sape lagi superhero Aleen kalau bukan abah.

Yang teman Mama pusing KL jalan kaki sebab nak senangkan Aleen keluar dari perut Mama 22 tahun yang lepas.

Yang bawak Aleen naik motor Kawasaki abah pergi dan balik sekolah rendah tiap-tiap hari.

Yang panggil Aleen girlfriend Abah sebab asyik Aleen je yang temankan Abah pergi outstation dulu-dulu.

Yang pimpin Aleen pergi tepi pantai dan cuba hilangkan ketakutan Aleen pada ombak. Aleen ingat lagi, punya lah Aleen meraung menjerit menangis-nangis takmau pergi dekat ombak sebab takut ombak tu bising sangat. Macam nak makan orang. Tapi abah pegang je tangan Aleen tak lepas-lepas.

Yang pimpin tangan Aleen cross jalan besar untuk pergi kelas piano. Without fail.

Yang tolong samakkan kasut dan kaki Aleen bila Aleen terpijak najis anjing tepi jalan lepas balik kelas piano. %%#$#%# punya anjing berak merata-rata.

Yang sanggup sewa kereta ada aircond sebab dulu-dulu tahun 1989 masa Aleen baru lahir, abah still pakai Volkswagen takde aircond. Sewa kereta ada aircond sebab nak bawak Aleen yang baru lahir balik rumah.

Yang akan dukung Aleen masuk bilik bila Aleen tertidur dalam kereta. Sedar-sedar je Aleen dah atas katil dalam rumah. Masa kecik lah, dah besar abah kejutkan je hahaha =)

Yang datang secepat mungkin everytime Aleen mintak tolong; especially masa Aleen accident dulu. Walaupun Aleen yang punya salah sampai teruk kereta tu, bila Aleen mintak maaf kat abah, abah suruh cium pipi abah :')

Mama cakap, Abah mesti cair dengan Aleen. Sebab tu kalau nak marah mesti tak sampai hati punya kat Aleen. Mesti abah cakap through Mama punya. Hihi =)

Abah tau tak, hari tu abah sakit sampai masuk hospital, Aleen rasa kelam-kabut. Dahlah dah nak dekat exam. Abah call Aleen pagi tu;

"Aleen, jangan panik tau. Abah kena admit masuk hospital, paru-paru berair. Abah nak mintak tolong Aleen tutup kedai hari ni ok?"

"Abah dalam ambulans ke ni?" dalam banyak-banyak benda, benda ni aku tanya.

"Eh tak, Abah drive sendiri ni pergi hospital. Aleen jangan panik tau, abah dah bagitau mama. Adik-adik takyah bagitau lagi."

Lepas letak telefon terus berjurai-jurai airmata Aleen.

Mana taknya, superhero Aleen, yang always ada nak sambut Aleen kalau Aleen in trouble, in need, superhero Aleen pulak sakit.

Petang tu, Aleen pergi hospital nak tengok abah, rasa cengeng gila sebab Aleen tak pernah tengok abah selemah itu. Tsk. Tapi Aleen tengok Mama kuat je. Takde pun buat muka nak nangis macam Aleen. Ye, Aleen memang kuat nangis. Heee~

Masa seminggu abah dekat hospital tu, macam-macam Aleen fikir. Alhamdulillah Allah panjangkan umur abah lagi untuk bagi peluang dekat Aleen untuk berbakti dekat abah.

Terima kasih abah, sebab sentiasa ada when I need you.

Terima kasih abah, untuk semua nasihat. Especially tacing bila abah cakap, "Abah belum sedia nak terima menantu. Abah belum sedia nak bagi girlfriend abah dekat orang."

Terima kasih abah, sebab masih percayakan Aleen walaupun berapa kali dah Aleen kecewakan abah =(

You are my superhero, you never fail me, you are the only man I love.

Penang, 2011. We share so many interests; travel and food especially.

Lots of love,
Aleen -  your little girl.

Friday, August 19, 2011

When I was 7 I want to be a stewardess.

Malam ini aku teramat bosan. Teramat amat bosan sampai asyik menyibuk kat wall orang like sana like sini komen sana komen sini. Lepas tu came across one sort of game dekat wall facebook yang dia bagi kita umur, lepas tu kita bagitau lah masa kita umur macam tu kita nak jadi apa, in a relationship dengan sapa, dengan takut apa. Aku punya;-

When I was : 7
I want to be : a stewardess
I was in a relationship with : my piano
My biggest fear : abah with rotan

Haha yang aku nak highlight tu baris dua atas tu je. Yang bawah tu normal la ketakutan budak umur 7 tahun kan hok comel belako =)

Masa aku kecik dulu, abah aku kerja sebagai seorang engineer kat satu bank nih. So masa bank ni sibuk dengan expansion dia serata Malaysia, dia pun dihantarla ke sana sini untuk tengok construction renovation work kt branches tu. Maka dibawaknye lah aku sebagai peneman beliau. Kitorang pun naik lah flight (syok la naik MAS bos sponsor kan) pergi Kelantan la, Penang la, Johor la ape la kan. Dari situ lah terexpose nye aku dekat stewardess stewardess MAS yang pada aku cantik cantik cun cun hok molek molek belako.

Baju kebaya dia pun cantik, aku suka. Bila diorang jalan lalu depan aku, bawak beg troli tu, dengan rambut ikat sanggul kemas gila, kasut keletak keletuk. Kadang-kadang jalan dengan pilot. Fuh betapa dari saat itu aku mula meminati kerjaya sebagai seorang pramugari.

Kalau tengah dalam flight, diorang cakap baik-baik gila dengan aku. "Adik, adik nak orange juice tak?" sambil tangan mengusap-usap kepala aku. Yelah, sebab aku kanak-kanak yang comel lagi adorable kan hewhewhew jadi mestilah perhatian diberikan lebih dekat aku.

Punyalah aku menyimpan impian nak menjadi seorang pramugari dari aku umur 3-4 tahun lagi sebab selalu ikut abah outstation. Sampai lah time sekolah rendah. Kan ada kad coklat manila yang besar tu, yang cikgu tanya cita-cita pertama nak jadi apa, kedua dan ketiga. Aku dengan konfidennya jawab "Cita-cita saya nak jadi pramugari cikgu!" Cikgu tu aku tengok menahan gelak je. Jahat eyy tak konfiden aku boleh jadi pramugari yang cun serta comel macam Secha.

Makin lama makin besar, aku rasa macam tak boleh jadi je cita-cita aku yang ulung nih. Sebab aku antara yang kurang tinggi kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain. Kira aku ni late bloomer gak lah. Sedih kot kalau beratur mesti kena duduk depan-depan. Sampai lah aku form 3 kot. Asal beratur je kat Dewan Besar untuk perhimpunan rasmi tu, mesti aku antara muka kat depan. Masa choral speaking, tak merasa pun nak berdiri atas bangku panjang tu sebab aku kena berdiri kat depan.

Jadi aku ambil keputusan nak tukar lah cita-cita aku tu dengan sedihnya. Aku pilih lah nak jadi doktor. Sebab masa tu yelah naif tak kenal dunia lagi, tak terbukak minda lagi, hanya yang aku tau antara doktor atau jurutera. Bukan ada senior-senior yang baik hati nak datang sekolah buat program Diskusi Intelek Masa Hadapan LOL :D

Masa terus beredar (cheh) aku pun makin membesar. Lama kelamaan aku sedar yang aku ni makin lama makin kena beratur dekat belakang barisan everytime perhimpunan rasmi. Ohh, dah tinggi jugak aku ni rupanya =) Masa itulah aku pun sedar jugak yang tak best sangat pun duduk kat belakang barisan. Dahlah panas, pastu tak dapat clear view muka pengetua yang amat disayangi pulak tu. Hihi.

Tapi aku tak terfikir lagi pun nak resume cita-cita aku yang pertama paling ulung tu. 

Lately je, bila aku pun kerap kali pergi airport, aku semakin teringat-ingat dan terimbau balik cita-cita nak jadi pramugari. Tambah lagi dengan program Awan Dania yang aku memang follow sampai season 3 nih. Dahlah Secha yang cun melecun.

Possible ke tak possible cita-cita aku nak jadi pramugari ni? Tinggi dah lepas dah, diorang nak lebih 155cm je.

Ohhh baru aku ingat, aku rabun teruk. Hahaha. Mana boleh jadi pramugari. Lagipun kalau MAS dia pilih yang cun melecun je. Yang comel macam aku dia taknak kahkahkah. Ok lah fine lah. Memang takde rezeki disitu *menangis senyap-senyap di tepi dinding*


Thursday, August 18, 2011

Spontaneous Thursday


Everytime. 



Apesal entah harini mood jiwang sikit berbincang pasal hal hal cinta percintaan nih? Hahaha =)


#30 Days Challenge - Day 9

Perghh baru la challenge (konon) kali ni punya :
Your current relationship, if single discuss how single life is. 

Baru-baru ni aku busy buat assignment untuk subjek TV Studies, yea Television Studies, buat review untuk TV Show Sex and The City (SATC). Although nampak macam useless tapi sebenarnya banyak dah aku belajar daripada subjek ni sebab kebanyakan isu dia berkaitan dengan isu semasa, for example post-modernism, feminism, gender and sexual equality. Ok tak payah nak buat muka cringing sangat lah bila sebut perkataan sex atau yang seangkatan dengannya. Kita semua dah besar kan, even kalau dekat borang pun ada dia tanya Sex: Female/Male kan. This should not be a taboo subject tapi mungkinlah boleh dibincangkan dengan berhati-hati kalau kita tengok kepada landskap komuniti Malaysia yang masih bersopan santun serta beralas lapik cakap-cakapnya. 

Ya ampun melalut pulak aku ni.

Der, selagi boleh aku nak elak kot topik ni. Haha entah pape nak sembang pasal single life ke ape. Tapi sebab aku ni bersungguh nak habiskan challenge ni, marilah mencuba ya!

Single (n) : An unmarried person

So betullah tu aku single sebab aku belum kahwin lagi hewhewheww =D Ini kalau ikut definition normal dictionary. Kalau macam tu semua orang yang belum kahwin although dah ada partner pun kira single lah. Tapi tak sesuai kita apply untuk zaman sekarang. So aku search pulak dekat Urban Dictionary sebab dia urban kahkahkah. Kalau ikut definition Urban Dictionary pulak:

Single :  When you are currently not in a relationship with your significant other.

Ha baru lah lebih sesuai maksudnya. Yes everyone, I am single for almost a year already. And no, I am not in a hurry to find my significant other as of now. Kawan-kawan cakap aku trauma, aku insist cakap I'm perfectly fine. Yeah macam dalam cerita SATC, gender empowerment, feminism movement yadda yadda. So kalau perempuan wants to be single adakah dia seorang feminist? We should not be absolutely sure of that. I mean, we don't need anymore labels on people do we? Bak kata tutor aku ni lah, dia cakap,
"Maybe that is why feminism movement stopped. The fact that girls are always bitching about each other. In terms of what other girls wear, their boyfriends, their attitudes, their lack of fashion. I mean who are we to put labels on people? When we girls do that (bitching) we impose sexism upon ourselves. Hence we then should not be blaming men for being sexist, because we impose that upon ourselves."
Well, aku memang seorang yang feminist, in terms of I always demand for gender equality. Truth be said, and it is proven in statistics, that female employees receive less salary as compared to their male counterparts for the same position with same qualifications. Tapi tak semua yang tutor aku cakap tu aku setuju 100%.

Ok aku melalut sekali lagi. Tengah fresh dari buat assignment ni ampunkanlah hehe

Isu pokok dia kat sini ialah discuss how my single life is. How eh? Senang cakap, aku tengah happy sekarang ni. Bahagia. Gembira. Kalau aku tengok sekeliling aku, ramai betul kawan-kawan aku yang berpartner, dah kahwin dah ada anak. Aku tak rasa tergugat ke? 

Well to that question I pose another question; Why should we limit the definition of happiness in terms of being with a significant other only? Tak, aku bukanlah bitter aku takde pakwe pun. Malah aku tengah gembira sekarang. Honest aku cakap, dah lama aku tak rasa happy macam ni. Maybe I was in a wrong relationship before, that is why I was not happy as I am now. Sini aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku rasa significant of my being single. Again, ini semua aku compare masa aku berpartner dengan sekarang single so it is truly based on my personal viewpoint.

Independence ; Aku seorang yang independent. Mungkin dari cara parents aku besarkan aku, hantar pergi kem bina diri sana sini, dan akhirnya aku reti lah jugak nak adapt to a new situation dan boleh bawak diri. Jadi aku end up rasa aku boleh buat semuanya dan pergi mana yang aku suka kecuali kalau parents aku tak benarkan. So far parents aku memang supportive, dan beri kebebasan sepenuhnya dekat aku untuk mencorak hidup sendiri cuma ditambah dengan nasihat-nasihat dan monitor diorang. Bukan diorang lepas macam tu je tapi diorang monitor dari jauh. 

So sebab itu aku tak rasa bebas bila berpartner sebab aku kena bagitau semua benda yang aku nak buat dengan partner aku, aku kena mintak izin dia dulu lah and whatnots. Kalau dia tak izinkan, so aku tak boleh lah buat kan. Aku tak suka macam tu. Prinsip aku, selagi tak melanggar hukum agama dan parents aku bagi, aku boleh buat. Setakat ni rasanya mana ada aku buat benda-benda mengarut pun. Lainlah kalau aku nak pergi clubbing ke hisap pot ke. Honestly, ini antara reason terbesar buat masa ni aku choose untuk tak mahu berpartner. Aku kena bergantung dekat orang lain untuk buat keputusan yang berkenaan diri aku sendiri. I want my independence even though when I am with a partner. Suami lain cerita okay, itu another story with which extra care needed to find a suitable one =)

Enough said, aku suka jadi single sekarang ni. Mungkin sebab aku dah lama tak jadi single lama-lama macam ni and my previous relationship lasted up to 4 years. I like how I am right now. Aku ada besties to confide in, family yang supportive dan kawan-kawan yang aku tau sayang aku. Yea sounds like a bitter person but that is the truth. Lagipun aku umur baru 22 tahun, what's the hurry? Biological clock? Stigma masyarakat yang kalau umur dah cecah 25 tahun tak kahwin lagi tu andartu? I sincerely sympathises with them. Aku tak mahu aku terlalu nak conform to society standards sampai aku pakai tangkap muat je dengan siapa yang aku nak kahwin. Tapi aku tak halang pun orang nak kahwin awal or whatnot. Aku suka je cuma I don't think that is for me. Kemungkinan besar ialah aku tak jumpa lagi orang yang sesuai dengan cara aku. Mungkin kalau aku dah jumpa nanti I'll tell you guys I am getting married hahaha. 

Reason kedua; No more drama, no no no more drama (Lagu Black Eyed Peas) Sekarang ni aku happy je all the time mostly sebab dah takde drama. Enough of drama as for now. Tak larat lah nak jadi pelakon soap opera sepanjang masa berdrama air mata kejar-mengejar di taman janji kita janji i janji you blablabla zzzzz. My next relationship should be free of drama. Senang.

Haha takdelah, aku tau Allah simpan seseorang yang terbaik untuk aku. I just have to wait until I am ready =)
Right now, aku belum ready lagi untuk kembali menyulam kasih HAHAHA menyulam kasih amenda Aleen sepak karang baru tau. But yea you got me right? Bak kata lagu Stereo Hearts; Holding grudges against love is ancient artifact. 

Notakaki: But actually I am still traumatised, yes :) Sakit tau tak.
Notakaki #2: Dan sebenarnya banyak lagi isu dunia yang perlu difikirkan, bukan hal cinta je oi Aleen.

Monday, August 15, 2011

#30 Days Challenge - Day 7 & 8

Sebenarnya esok aku ada mock court session untuk subjek Marketing Law. Mock court session ialah apabila tutor bagi kita case dan kita pilih lah kita nak jadi plaintiff ke defendan ke atau arbitrator/judge dan present case kita seolah-olahnya kita sedang in session dalam court sobona eh. So untuk kali ini aku pilih nak jadi arbitrator; gatal nak buat kerja dua belah sekali sebab dah pernah ada experience jadi arbitrator untuk Employment Law. FYI, aku bukan law student tapi aku minat sangat dengan subjek law, dan kebetulan pula aku sedang majoring in Business Law hence memang secara tak langsung aku belajar lah jugak pasal law dalam bidang business. Kiranya untuk civil law je lah boleh kot, criminal law tak belajaq naa :) Tu pun aku boleh jadi legal advisor je, bukan lawyer, advocate atau solicitor pun heheh. 

Ok ok melalut sampai ke major aku pulak kan. Sekarang tengah ketagih blogging, so sikit-sikit rasa nak menaip, sikit-sikit rasa nak blogging. Kau tengok la nanti masa aku dah kering idea, berabuk2 la blog ni jawabnya haha. So sementara tengah rajin humang aih ni, apa kata aku setelkan 30 days challenge ni. 

Nada berbisik: Psst psst..sebenarnya kan, aku serious rasa boring gila buat 30 days challenge ni. Some of the challenges macam ek eleh tak challenge langsung haha. Tapi aku faham lah dia nak celen kita istiqamah update blog dalam 30 hari kan so takpela aku redha je hihi.

Nada normal semula.

Okay, moving on : Day 7 - A photo of an animal you would love to keep as a pet.

Der, gua dah lama gila tak bela binatang der. Last sekali gua bela kucing nama Jinggo tapi dia lari bila gua masuk SBP. Lari nak cari gua la tu tapi malang sekali kami tak bertembung pulak kat PLUS Highway kalau tak gua dah bawak dah Jinggo tu pergi Jenan sekali. Sekarang tak feel macam nak bela apa-apa, sugar glider ke, salt ke, tak payah lah. Gua geli benda kecik-kecik macam tikus tuh lagi-lagi hamster. Busuk kot wei ok fine biarlah kan. Tapi kalau lu nak tau jugak kan jauh di sudut hati gua, gua memang teringin sangat nak bela:




Lu tau tak apa binatang atas ni? Kalau lu tak tau gua tak tau la nak cakap apa der. Serious lu rugi besar la. Haha ni namanya Unicorn. Gua nak bela satu, satu je pun cukuplah. Gua nak unicorn, nak bagi nama dia Rainbow Skittles sebab gua suka rainbow colours dan gula-gula skittles. Comel gila kan unicorn ni? Yang montel kat atas tu anyonyonyonyo rasa nak peluk takmau lepas dah. Eh der, hilang macho gua cakap pasal unicorn kaler pink kan. Tapi itu lah, jauh disudut hati gua nak bela unicorn kaler pink macam ni dan nak bagi dia nama Rainbow Skittles.

Apa? Lu kata unicorn tak wujud? Lu silap besar bro, silap besar. Siapa tak percaya unicorn ni exist, lu boleh angkat kaki blah sekarang, gua taknak tengok muka lu dah *emo* So siapa yang rasa-rasa nak ambil hati gua tu, boleh lah bagi gua sekor unicorn ni masa birthday gua nanti okeh?

*Berubah karakter*

Day 8 - A picture of your favourite memory


Raya celebration 2008, D'Shire, Kota Damansara.

Pasai pa aku cakap gambar ni favourite memory aku? Gambar ni diambil masa lepas Open House student-student yang buat International Baccalaureate Petronas students dekat rumah kediaman kami, D'Shire Apartment. Dalam gambar ni ada 2 generasi Petronas students yang buat IB; batch aku yang masuk Januari 2007, dan batch Jun 2007. Kami adalah students yang pioneer batch sebab tahun 2007 lah tahun pertama Sekolah Sri KDU run program IB nih. Dekat sini aku belajar banyak benda, buat banyak kawan baru sepanjang 2 tahun buat IB. Buat CAS sama-sama, pergi Tesco kat Curve naik RapidKL sama-sama, terpaksa join Hari Sukan budak sekolah pun sama-sama, catapult competition, prom night, everything. It really really was a bittersweet memory for me. Bitter lah pasai aku tak lepas requirement Petronas nak pi Auckland hahaha. Sweet sebab aku rasa kitorang IB students macam one big family. Tengoklah masa jumpa reunion semula every year dengan masa pergi OBS, memang rasa macam adik-beradik sendiri. I so love each and every one of them :')

Okay lah setel pun dua challenge. Now back to work, marilah berusaha setelkan case untuk present kat mock court esok ! Tata~

Nak dengar cerita seram tak?

Alaa takpe, bulan puasa kan syaiton kena ikat deh. Heheh. Tiba-tiba malam ni terlebih produktif dengan menghasilkan 3 entry sekaligus =) Kalaulah buat assignment boleh produktif macam ni sekali *geleng kepala penuh penyesalan*

Masa Form One, maka masuklah aku ke Jenan, sekolah berasrama penuh yang letaknya kat Jitra, Kedah. Macam biasalah masa jadi junior kan, bangun pagi kena lah awal gila dari senior. Nak nak pukul 4 pagi kot sebab mandi kat kolam bawah. Kolam tu bukan lah swimming pool yer, tapi nama glemer untuk kolah. Berebut-rebutlah engkau dengan kaum-kaum form 1,2,3 yang lain yang mandi kat kolam tuh. Sebab tu aku bangun awal. Bila dah senior sikit baru lah berani nak bangun pukul 6 lebih hewhewhew.  Cuba kalau aku bangun pukul 6 masa aku form 1, tak ke pedih je telinga kena sound? Haha.

Anyways, kembali ke cerita asal. So malam yang bersejarah tu aku terasa dorm macam lebih panas dari biasa HotFm  so aku tidur terbalik. As in kaki kat tempat kepala, dan kepala kat hujung katil tempat kaki selalu sebab nak menghadap kipas. Kipas pulak, ya ampun, bukan kipas pusing helikopter tu, tapi kipas dinding yang gerak dia kreekk kreekk bunyik lepas tu tak semestinya kipas tu menghadap kau je sebab dia pusing kiri ke kanan ke kiri ke kanan yea yea you got me. Tapi malam tu aku tidur nyenyak lah jugak eh sejak bila tidur tak nyenyak kau ni Aleen. 

Sebab kita ni junior kan, so kita pun mestilah takut kalau terlewat bangun dari senior. So pesan memesan sesama kawan-kawan adalah rutin harian lah. "Weh esok kau bangun kejutkan aku sekali tau." Jadi sedang aku sedap-sedap tidur, tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik kat telinga aku macam nak kejutkan aku bangun tidur, "Aleen, bangun, bangun. Bangun Aleen." dengan suara yang sangat gemersik halus. Dan aku berjaya bangun. Dengan mamainya aku capai towel, bakul toiletries, dan turun tangga nak ke kolam. Sampai bawah dekat pintu laluan antara Andeka dengan Pendeta yang terus sampai kolam, aku hairan. Hairan sebab pintu tu belum bukak lagi. Selalu aku turun hari-hari pukul 4 tu dah bukak. Jadi aku pun pusing lah sampai hujung blok tu untuk ke kolam, lalu la tepi surau yang angker dan ampaian yang gelap gelita instead of guna laluan shortcut tu.

"Well, mesti aku orang yang pertama bangun dalam astries harini." kata hati aku dengan penuh bangga dan riak. HAHA.

Sampai kat kolam je, aku tengok kosong. Takde orang. Ohh bahagia sekali rasanya tak payah berebut sangat dengan orang lain nak mandi pagi-pagi. Jadi aku pun mandilah dengan gembiranya, sampai aku sudah mandi pun takde orang lain turun. Waktu tu aku tak fikir apa sangat, cuma masih dengan perasaan bangga sebab berjaya bangun awal dari orang lain hahahaha. Dah sudah mandi aku pun pusing balik blok tu dan naik ke dorm semula. Masih hairan bila aku masuk dorm semua orang masih tidur nyenyak belaka. 

"Nak kejut ke tak diorang ni hmmm. Pukul berapa eh sekarang ni?" lantas aku capai jam tangan aku. "Pukul 3??? Eh biar betul??" terus aku terduduk dan terdiam. Serta merta jugak lah rasa bangga dan riak yang aku bangun awal dari orang lain tu terhapus macam api lilin yang dihembus padam tu. 

"Dah tu, sape yang kejut aku tadi????" Malas nak fikir banyak, aku terus panjat katil selimut satu badan aku nak tidur balik tapi malangnya tak boleh. 

Esok paginya puas lah aku tanya kakak-kakak senior, kawan-kawan dorm siapa yang kejut aku pagi-pagi tuh. Siap buat muka kesian lagi suruh ngaku kalau prank aku pun tak kisah. Sebab aku seram sejuk bila fikir balik, dah lah turun bawah sorang sorang, pusing blok sampai ke hujung tempat gelap gelita tu lagi, pergi mandi kat kolam tu sorang sorang lagi. Kau bayang kan lah kalau tiba-tiba nasib tak baik terserempak dengan  benda tak patut terserempak? Mau terlentang aku berbuih mulut agaknya. Sorang pun tak mengaku diorang kejutkan aku bangun pagi buta tu. Habis tu siapa yang kejutkan aku tu menjadi misteri sampailah ke hari ni. Tsk. Lagi-lagi bila ingat kat suara gemersik lembut yang berbisik kat aku tu. Tsk tsk.

Itu je lah pengalaman yang buat aku meremang sepanjang zaman persekolahan. Syukur jugak lah sebab dengar orang berbisik je, bukan nampak macam-macam. Huuuuu tak sanggup den.

Notakaki: Seram ke seram ke? Haha macam tak pun :P 

Sunday, August 14, 2011

Rasa seperti mahu membebel.

Hai semua! Macamana dah masuk 14 hari berpuasa? Ada bagus? Ada ponteng tanpa sebab? Camne terawih? Hewhewhew =) Dah habis 10 hari yang pertama, dan dah masuk 10 hari yang kedua. Semoga kita semua boleh menjalani ibadah puasa dengan jayanya sehingga hari terakhirnya bulan Ramadhan insyaAllah.

Sejak dah 3 minggu start kelas balik, rasa lebih banyak rileks daripada belajar bersungguh-sungguh. Tapi aku memang lah macam ni orangnya, tak reti lah nak stress stress. Lepas tu tak reti jugak nak start buat kerja awal-awal. Selalu awal sem macam tu la azam(angan-angan); nak start buat assignment at least 2 minggu lagi awal dari due date. Heh tapi setakat ni selamba je lagi aku nih padahal ada satu due 22 haribulan ni tsk. Okay okay, minggu depan start buat. Janji *angkat tangan mata ke atas*

Aku pun tak tau la apa masalah aku sebenarnya ni. Bila difikir-fikirkan balik, aku jarang mengalami tekanan/stress yang disebabkan oleh kerja-kerja seharian, Sejak sekolah lagi time orang stress gila study untuk SPM, aku pun suka hati je la tidur ke, bercinta ke, hafal lirik lagu lah. Seakan-akannya aku channel energy stress tu ke tempat lain bila aku mula serious buat kerja atau study. Aku rasa aku ni robot kot. Bila datang kerja bertimbun, aku akan membebel kejap, lepas tu buatttt je kerja tu satu demi satu sampai siap. Bila jadi macam tu kadang-kadang aku rasa macam aku ni jenis yang ambil mudah, tapi rasa macam tak kena jugak sebab bila aku buat kerja aku konsentret betul-betul. Hmm whatever lah kau Aleen. 

Mungkin aku ni seorang yang terlebih accepting kot.

So! Monash macam biasalah takdenya dia baik hati sangat nak bagi cuti raya seminggu macam orang lain dapat ggrrrrr pfft. Dapat cuti raya je lah, Selasa Rabu Khamis tu. But still kena attend lecture hari Isnin dan juga beberapa kelas-kelas ganti yang lain contohnya minggu raya tu hari Jumaat aku ada kelas ganti. Tsk. Well at least better lah dari aku belajar kat overseas yang tak sambut raya ni, silap-silap lepas solat raya terus pegi lecture kot. Alah, lagipun aku bukan raya jauh-jauh pun, kat KL jugak. So tak perlulah aku nak komplen banyak, raya pun bukan buat apa sangat kan. Setakat lepak depan tv tengok filem-filem lama je, tunggu orang datang raya kat rumah, jumpa sedara-mara. Tapi biasalah hakikat manusia memang suka tak bersyukur kan hehe suka ngompelen aje kejenye.

Sebenarnya aku just rasa macam nak membebel tapi takde hujung pangkal just menaip je apa yang terlintas so too bad la kalau boring hehe sape suruh baca kan =p Ok byes ! 

Notakaki: PUN TAKDE NOTAKAKI ARGH TERLALU BOSAN AGAKNYE KTHXBYE ZZZZ

The Refreshing Trip to the Khmer Land

Okay, janji mesti dikotakan. Ni dah almost sebulan balik dari Cambodia trip, cerita tak cerita cerita lagi =) Haha macam la ada orang nak dengar sangat cerita kau tu Aleen.

Anyways, one fine day in early January this year, Aufa suggested to go on a trip somewhere to another friend of mine. At that time I was doing internship, and I jumped at the chance. Tiba-tiba aku join their conversation. In the beginning we decided to go to South Korea, tapi sebab apa entah tak ingat cancel pergi Korea. Maybe sebab harga tiket mahal jugak kot. Well then we searched for other places to go, and that's when Cambodia popped in. First a suggestion, then a serious plan =) The plan was to go somewhere in July, when everybody is supposed to be free because of holidays. The original plan was to go with other 4 friends; 3 girls and 2 guys but in the end Akram bailed out because of his flying test as a pilot. Too bad, the tickets dah book, accomodation dah settle and we are so raring to go. Bye lah kau Akram, kau fly lah plane tu bawak pi Cambodia kita jumpa kat sana je lah LOL

So that left me, Aufa, Najwa and Shak for the trip and we boarded a 7am flight on 16th July to Siem Reap, the land of Angkor and arrived at about 8am local time. Cambodia awal sejam dari Malaysia. The day and the sky was so beautiful and awesome when we landed. Sampai sampai je terus berjumpa dengan orang dari Motherhome Guesthouse yang supposed to pick us up. Named Tom, he will be our driver for the whole 3 days that we stayed in Siem Reap.

Tak menyabo kan, sampai Guesthouse je, tak check in lagi, just letak barang dan terus keluar balik untuk pergi Angkor Archaeological Park. Speechless gila bila dah sampai sana, sebab the ruins and the buildings are so magnificent I just kept on saying "Cantiknya" on and on a few times. Entrance to the Park is USD20 per day, but if you are planning to really explore the park sebab dia ada banyak sections and temples and the park is damn huge, you can opt to buy the 3 days pass for USD40 or one week pass for USD60. Kitorang plan to spend just one whole day dekat Angkor and explore the famous temples.


Aufa excited tunjuk Angkor Pass yang cool - siap kena tangkap gambar lagi letak dalam pass tu.


In the end, ni ajelah rombongan ke Kemboja.


Kaki macam pondan. Hahaha =.=" (pic courtesy of Aufa)


 This picture courtesy of Shak's camera


Tonle Sap Lake - pemandangan yang breathtaking dan menginsafkan at the same time.


Kau tak nampak semangat gila sampai shawl pun berkibar-kibar? =.="


Cubaan merempit dengan tuk-tuk :)


Yo we are the coolest ninjas on earth yo.


Satu lagi tempat yang depressing - Tuol Sleng Genocide Museum.


After one depressing day, chill out by cruising along Mekong River.


Final day we go Phnom Penh on foot !

Kitorang tak guna khidmat travel agent or booked a guided tour pun if you are wondering. Semua pakai redah je. Ambik map dekat airport and hotel, lepas tu plan sendiri. Kitorang memang suka hati je nak jalan pegi mana hahaha.Tapi make sure buat homework dulu lah before nak redah pun kan. On the final day kitorang ada kat Cambodia, kami berjalan sejauh 6km daripada Stadium Olimpik sampai ke Friendship Bridge. Memang rasa macam nak tercabut ah kaki kan, but it's totally worth it to be able to see Phnom Penh on a closer view. Start berjalan dari cerah langit, sampai destinasi bila matahari dah terbenam. Berbaloi rasanya saving punya lah menahan diri dari shopping dan berusaha sungguh menabung sepanjang first sem tahun ni =)

Some pocket guide for a self guided trip to Cambodia;
1. Tuk-tuk is the main public transport. Usually they will charge you of about $1 / $2 per person for a ride, depending too on how far you want to go.
2. Official currency is Cambodia Riel. But US Dollar is the main currency used there. $1 = 4000 Riel.
3. Haggle with the tuk-tuk driver first before agreeing on the price. If you are not satisfied with the price, walk away. They will sure to agree on yours then. This also can be applied when shopping =)
4.Be careful with beggars. Once you give one of them something, you will be surrounded by many of them all of a sudden.
5. Halal food can be found. It's not in abundance but it's possible =) Kalau susah sangat pun, pack Megi je hehe. Oh KFC dia pun halal by the way.
6. Last but not least, though it is a third world country, go there with an open heart and open mind :) The warmth and friendliness of people of Cambodia is something you cannot forget easily.

Notakaki : Lelaki-lelaki Cambodia memang cakap lemah lembut dan bersopan santun. Dah lah gentleman. Berapa kali terjatuh cinta daa hihi =)

Friday, August 12, 2011

Kalau keikhlasan itu boleh diukur;

You are so transparent. I can see right through you, you know *lagu Right Through Me by Nicki Minaj kat background* In fact, all of us see it.

No justification needed for your actions. Don't bother explaining. I won't care. Not even the size of a tiny drop of dew anymore.

Kalau kau yang pilih nak jadi mangsa keadaan, dan kau yang pilih tak mahu bangun dari masalah, lari dan tinggalkan masalah instead of solving it, then it is your fricking damn choice. Jangan salahkan keadaan bila anything goes wrong. Salahkan diri sendiri.

You are so transparent. I can really really really see right through you. And I tell you, this, whatever that you are doing or pursuing or trying to do, it will not last long.  You hear me? It will not last long.

And when the wind dies over, do not come back here. 

Tak serik-serik.

Wednesday, August 10, 2011

Kenapa lorong tol yang kosong mesti orang tak pergi?

Pernah tak situasi macam tu kau alami? Kau macam pelik je bila sampai dekat tol, kau nampak ada je satu lorong tol ni kosong tapi sebelah menyebelah dia lorong penuh pulak kereta berbaris.

Aku serius rasa pelik la kenapa orang avoid lorong tol yang kosong. Ada hantu ke? Tapi bulan puasa ni mana ada hantu kan. Jadinya bila aku pergi je kat lorong tol yang kosong tu aku almost expect akan ada something happen. Macam bumbung runtuh ke, orang yang jaga tol tu takde kepala ke, atau sebenarnya tol tu ada lampu merah cuma aku yang buta warna nampak warna hijau. 

Yang tambah peliknya lagi, bila aku start masuk lorong tol yang kosong pada mulanya tu, lepas tu start lah beberapa kereta lain join barisan aku. Kadang-kadang ada kereta yang dari barisan tol sebelah menyebelah tadi datang join berbaris. Tahpape betul.

Aku serious rasa pelik sampai ke harini. Korang tak pelik ke?

Wordless Wednesday #5



Quite random, but true story though :)


********************


Tuesday, August 9, 2011

#30 Days Challenge - Day 6

Ha hambek terus buat 2 challenges in a row heheh.


A song to match your mood.

If I Die Young by The Band Perry




[Chorus] If I die young, bury me in satinLay me down on a bed of rosesSink me in the river at dawnSend me away with the words of a love song

Lord make me a rainbow, I'll shine down on my mother
She'll know I'm safe with you when she stands under my colorsOh, and life ain't always what you think it ought to be, noAin't even gray, but she buries her baby

The sharp knife of a short lifeWell, I've had just enough time

[Chorus]

The sharp knife of a short lifeWell, I've had just enough time

And I'll be wearing white when I come into your kingdomI'm as green as the ring on my little cold fingerI've never known the loving of a manBut it sure felt nice when he was holding my hand

There's a boy here in town, says he'll love me foreverWho would have thought forever could be severed byThe sharp knife of a short lifeWell, I've had just enough time

So put on your best, boys, and I'll wear my pearlsWhat I never did is done

A penny for my thoughts, oh no, I'll sell 'em for a dollarThey're worth so much more after I'm a gonerAnd maybe then you'll hear the words I been singingFunny, when you're dead how people start listening

[Chorus]

The ballad of a doveGo with peace and loveGather up your tears, keep 'em in your pocketSave them for a time when you're really gonna need them, oh

The sharp knife of a short lifeWell, I've had just enough timeSo put on your best, boysAnd I'll wear my pearls
Notakaki : I don't know why but I always feel that I'm going to die young. Oh this is so random.