Thursday, August 25, 2011

#30 Days Challenge - Day 10 & 11

Hullo :D Dah berapa lama abandon 30 days challenge ni? Hehe, malas lah nak buat yang 10th day ni, sebab recently asyik beli food je pun. Bukan barang-barang best pun untuk di show-off kan hahahahaha (lempang diri sendiri).

Oh by the way kan korang kan, ada something nak tunjuk ni hehe.


Cantik nombor ni, boleh lah nak ambik untuk tikam tikam hewhewhew :P

Aish apa ni main tikam tikam ni tak baik tau korang. Aku gurau je lah jangan ambik serious pulak. Ok moving on terus pegi dekat Day 11 punya challenge.

Day 11 - 5 facts about you

1) Suka pakai bracelet dan bangles instead of cincin. Sangat suka charm bracelet, tapi tak mampu nak beli so beli yang murah-murah je. Lebih suka pakai benda-benda ni daripada necklace. Sangat sangat suka.

Clockwise from top: Bangles kelabu dan pink hitam mama yang bagi, bangles merah hitam beli RM10 je kauuu dekat Bonita, bracelet crystal hitam pun mama bagi, bracelet Juicy beli online, bracelet putih rantai beli online, bangles hindustan India mari Pa'am bagi, bangles Purple dan Pink beli dekat Cambodia, dan tengah sekali tu bangles Cotton On harga sepatut RM15 tapi bila scan RM5 jeeeeee.

2) Suka tengok perempuan-perempuan yang cantik macam babydoll. Suka perhati rambut diorang, kalau yang panjang suka ada curl sikit dekat hujung hujung rambut. Ala, macam Blake Lively. Banyak girl crush tapi setakat ini belum bergerak ke arah yang songsang lah. Suka tengok je, pegang tak. Hahaha. Eh girls jangan lah risau nak kawan dengan aku, aku tak L tau. Tau tau tauuu. Haha :) 

 Cun kan Blake Lively? Heeeee ;)

3) Lebih jaga kesihatan rambut daripada jaga kulit muka, kadang-kadang sampai buat mama annoyed. Kalau untuk rambut sanggup beli macam-macam, kalau untuk muka beli pencuci muka je hihi. Ada impian nak buat rambut macam Blake Lively tapi tak sanggup pulak berhabis dekat salun sampai beratus-ratus. Itu membazir namanya. Jaga kesihatan rambut through natural way tambah sikit-sikit barang penjagaan biasa cukup lah.

Shampoo Loreal Renutrition Caring ni memang sangat nourishing kepada rambut lah siyes wa cakap lu.

4) Mempunyai struktur muka yang sombong. Especially bila tak senyum. Kawan-kawan cakap muka garang sangat. Agaknya sebab tu lah orang lelaki takut nak kacau kot. Macam tak approachable muka tu. Mata menjeling-jeling. Dahlah jalan tu mendongak. Haihs. Kakak-kakak senior masa sekolah dulu selalu tak puas hati dengan aku sebab diorang kata muka aku macam tak puas hati dengan diorang, dok menjeling-jeling. Asyik-asyik kena "kirim salam dekat adik sayang" Hukhukhuk apakah dosaku *lalu menangis tertiarap di lantai macam Cinderella". Sekarang dah mula berlatih berjalan dengan muka tersenyum, tadi dekat Pyramid sampai ada seorang mamat ni tertoleh-toleh bila aku senyum kat dia. Agaknya terkejut kot ada minah senget ni senyum kat dia hahaha :D

Ha garang tak garang takkkk?

5) Sangat suka membaca. Sangat sangat suka. Kadang-kadang kalau nak hilang stress lepas submit assignment, terus pecut pergi Borders kat Curve. Takpun melepak dekat Popular or MPH kat Pyramid tu. Tapi kurang berkenan dengan chic lits. Very predictable, very cliche, very boring. Lebih suka spy and thriller novels. Sekarang tengah berminat dengan World War II punya cerita, you know, Nazism and stuff. Ada impian nak buka kedai buku satu hari nanti. 

Buku-buku yang berkaitan dengan WWII. Mein Kampf pinjam dari Akram, PolPot beli dekat Cambodia haritu.


Yeah habis dah challenge ni :)

Notakaki: Baju raya dah siap ke? Takde baju raya pun boleh raya punya lah don't worry :)

2 comments:

faizulkhairi said...

garang2... hehe

bangles ajaib! ..haha

Zinedine Zaiddin said...

Garang ke? Nampak tembam. hahahhaha