Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

First time datang Monash.

Januari, 2009

Mata aku sembap. Bengkak sebab menangis. Asal teringat je, berjurai air mata. Kalahkan suami mati, baru breakup ke hape. Pertama kali aku rasa demotivated yang amat sangat. Rasa macam nak benam kepala dalam tanah, taknak keluar keluar dah. Biar la tertonggeng aku kat tanah tu sorang-sorang. Hati aku pecah seribu. Kekesalan, erti penyesalan semua dah terconteng-conteng kat otak aku. Aku malu. Malu nak pandang muka abah mama yang letak harapan tinggi. Malu nak angkat muka sekalipun. Malu kepada diri sendiri. Sedih sangat. Sedih sebab rasa macam impian aku terbang hilang sekelip mata. Snap your fingers, blink once, and poof, it's gone. Just like that.

Maka menapak lah aku menghadap yang berkenaan mohon pertimbangan yang sewajarnya given our special circumstances. Tapi rayuan aku tak berjaya. Aku senyum. Senyum dalam tangisan. Senyum walaupun hati tercucuk-cucuk, terobek-robek, tercincang halus boleh buat mincemeat untuk kuah spaghetti bolognaise. Aku pasrah. Apa nak jadi, jadilah. 

Posmen sampai. Surat aku terima. 
"Maaf, rayuan anda ke luar negara tidak diluluskan. Anda sebaliknya akan melanjutkan pelajaran ke Monash University, Kampus Bandar Sunway."
Fine, aku cakap. Whatever, bentak hati aku. Nasib baik masih boleh sambung belajar, pujuk otak yang kesian kat hati tak habis-habis memprotes dan menangis. 

Berminggu-minggu jugak lah aku protes. Diam membisu. Asal orang sentuh je isu sensitif ni, mata mula lah bergenang. Cucuk lagi, terus jadi air terjun. Teruk betul.

Satu hari mama cakap kat aku, "Jom la tengok Monash campus tu macamana nak?" Cadangan nak pergi sama abah, tapi entah macamana aku boleh merajuk teruk pulak dengan abah pagi tu. Cadangan asal nak pergi tengok-tengok dari luar je, tapi entah kenapa bila dah sampai depan-depan, aku rasa macam nak masuk dalam. Ajak mama parking, dan kitorang pun masuk tercangak-cangak macam rusa masuk kampung. 

Pakguard direct kitorang ke Building 2, Marketing department. Jumpa dengan sorang friendly lady, terus bagi booklet pasal Bachelor of Business and Commerce. Aku belek-belek, baca-baca dan secara perlahan-lahan aku semakin rasa berkobar-kobar. Aku tiba-tiba rasa interested. Aku selak lagi. Aku nampak benda yang aku suka. Aku semakin interested. Aku mula betanya-tanya pada that friendly lady. Dari ekor mata aku, aku nampak mama mula senyum tengok aku bersemangat. Aku tengok Library and Learning Commons; "Cantiknya. Aku nak lepak sini hari-hari." Aku tengok sekeliling campus, aku tiba-tiba dapat bayangkan diri aku berjalan pergi ke kelas, ke lecture theatre, ke audi, ke cafe. I can picture myself being happy there.

Bila dah selesai brief information session, aku dan mama bergerak ke kereta semula. Dan tiba-tiba mama dropped the bomb;
"Aleen lupa ye, Aleen tak mandi lagi pagi tadi? Merajuk sangat dengan abah tadi sampai taknak turun kereta mandi kat laundry."

Damn, apa kebodohan diri sendiri ni? Nasib baik aku sempat gosok gigi dan basuh muka sebelum pergi laundry tadi. Padan muka aku, merajuk lagi dengan abah. HAHAHA

A love-hate relationship will always end in a love relationship, trust me =)
I love you Monash University, You made me happy here. 

Notakaki: Over gila aku cerita. Okbai.

Saturday, August 27, 2011

Mercun, Bunga Api dan Nostalgia.

Aku dah selamat sampai rumah pun (yes memang rumah jauh gila pun dari Sunway nih :p). Semalam masa balik rumah tu, aku tak sangka langsung jalan jem all the way dekat Jalan Kuching tu. Rupa-rupanya orang dah start balik kampung. Beraya jugak lah aku dengan lampu-lampu kereta hewhewhew =p Hari ni lepaih soq tak tidoq balik pasai Mama awai-awai lagi habaq kata nak pi beli barang-barang nak masak untuk raya kat Chow Kit. So semangat la aku bangkit soq sambil siap planning lagi nak masak apa untuk raya. Shopping baju raya aku tak bapa nak semangat sangat, lebih semangat tang nak masak-masak ja pasai aku suka makan haha.

Malam ni pulak aku dok tengok luaq tingkap, aku tengok jiran-jiran aku pakat dok tayang kehebatan masing-masing main mercun. Hamboihhh hmpa tak beragak naa, buat aku terlioq sama nak men. Maklum lah duduk dalam kampung kan, so anak-anak pakcik makcik jiran-jiran sebelah menyebelah rumah ni dah mula sampai lah nak beraya. Mula lah aku dok teringat kat kenangan silam (ceh) musim raya.

Nostalgia 1 : Zaman kanak-kanak
Abah berasal dari Muar, Johor. Mama pulak berasal dari Teluk Intan, Perak. Masa kecik-kecik dulu memang every raya akan balik kampung. Tapi seingat aku dulu-dulu mana ada jem teruk-teruk macam sekarang kalau nak balik utara mahupun selatan. Anyway, bila balik kampung mesti akan jumpa cousins-cousins yang batch sebaya dengan aku. Sebaya as in lebih kurang sama umoq la, tua 2 3 taon or muda 2 3 taon so sedap la nak buat geng. Kalau balik Muar, pakcik aku yang paling bongsu akan buat meriam buluh. Lepas tu dia punya kedekut takmau bagi kami main, dia bagi kami mercun dengan bunga api je. Paling kuat dapat men pun takat nyalakan batang kayu tu ja, cucuh kat meriam dia tak bagi. Dia suruh kami dok tepi-tepi dengaq ja meriam tu meletup sambil main mercun dengan bunga api. Nasib baik la dapat bunga api yang best-best, bukan bunga api kertas merah bunga-bunga tuh. Mercun pun dapat berbagai-bagai. Eleh ingat aku tak tau ka tang mana dapat stok? Kadang-kadang kitorang ada jugak singgah pekan Pagoh dulu singgah kedai Uncle ni beli sorok-sorok hehe.Salah memang lah salah tapi nak buat camne,  tak feel la raya tak main bunga api dengan mercun -___-
Bila ada stok mercun banyak, cousins mula lah buat team, selalunya team boys lawan team girls laa. Mula la semua nak tunjuk power tunjuk skill main mercun, especially part main mercun cilipadi tuh. Cerai-ceraikan mercun daripada tangkai dia yang banyak-banyak, lepas tu nyalakan dengan macam-macam stail. Ceh setakat mercun cilipadi apa la sangat. Tapi dalam banyak-banyak mercun aku paling takut mercun mancis kot. Macam fobia ah sebab nak nyalakan macam nyalakan mancis lepas tu kena baling. Aku takut aku tak sempat baling je hewhewheww.
Ada sekali nih, kami main bunga api ramai-ramai. Standard lah main bunga api, mesti la paling banyak nak pegang dalam tangan pun 4 batang je. Yang lain satu ikat tu aku letak la kat kaki tingkap luar rumah. Sekali macamana punya cuai tah aku TERnyalakan seikat bunga api tu. Apa lagi, menyala la semua macam nak terbakar dah tingkap rumah tu. Memang lepas tu boleh tertanggal la telinga dengar bebelan mama hihihi.

Nostalgia 2 : Zaman Teenager. Haha teenager sangattttttttt
Time ni lebih kepada nostalgia berpuasa dekat Jenan je. Puasa kat Jenan banyak kenangan dia. Antaranya bila nak berbuka tu, semua dah masuk dewan makan dengan berdisiplinnya padahal selalunya selai, selai turun DM tuh untuk dinner. Lepaih tu mesti berbuka dengan sirap air favourite ku itu. Bila dah senior, aku tapau nasik banyak-banyak satu tupperware, lauk-pauk tupperware lain, dengan air sirap 2 3 tumbler bawak balik dorm. Bersila laa ramai-ramai budak-budak Sateria kami berbuka sama-sama kat dalam dorm. Tambah lagi kalau mak Sherry buat laksa Kedah dia, pergh! Kembung perut pun kembunglah janji licin segala :D 
Bila dah berbuka tu, berjalan lah kami ramai-ramai pi masjid untuk Maghrib, Isyak dengan solat terawih. Masa jalan pergi masjid tu, dari DM of course lah lalu Dataran Bakti puaka tu. Puaka sebab boys dok jadi hantu raya,ye la blok asrama boys mengadap Dataran Bakti tu. Apadia maghrib-maghrib dok mengacau orang lagi, dok terpekik-pekik dari dorm panggil-panggil girls? Sekeh satni baru tau heheh (garang tak garang tak?) Bila balik terawih pun lalu lagi Dataran Bakti tu pasai nak pergi ke blok kelas pulak. Hah time ni memang sakit jiwa dibuatnya pasai boys pakat dok baling mercun pulak ke bawah. Kojaq ke tak depa nih nasib baik aku tak lemah semangat, buat pokerface je bila orang duk baling mercun padahal hati dah terenjat-renjat terkejut tsk. 
Ada sekali tu tengah dok meriah depa baling mercun kat girls, tiba-tiba senyap. Rupa-rupanya Ustaz Zawizaz naik dorm depa daa, siap tanya nak join main boleh dak. HAHAHA padan muka korang.
Pernah jugak lepas terawih aku malas nak pergi prep malam dah. Time tu aku Form 4, so pakat-pakat la kami Form 4 dengan Form 5 nih balik astries nak lepak. Ye la sebab lagi setengah jam je prep malam dah nak habis, so malas lah aku nak pegi blok Form 4 yang jauh tuh. Malam tu aku ngantuk sangat, sampai dorm je aku terus tukar baju, campak baju kurung dalam baldi, terus pejam mata. Tiba-tiba aku dengar Sherry kejut aku, 
"Aleen, bangun, bangun, Warden masuk astries!"
"Hah? Biar betul?" aku terus kalut bangun ambik baju kurung dalam baldi tadi tapi rupa-rupanya basah dah baju tu T_T
Aku dengan Sherry terus kalut nak sorok mana, nak sorok mana, terus bukak pintu loker, masuk dalam, tutup pintu, duduk diam-diam. Sambil tu aku dengar dah suara-suara warden-warden lelaki macam Cikgu Sharip, Cikgu Rafdi.
"Pelajar-pelajar perempuan yang berada dalam asrama puteri, sila turun sekarang! Atau kami warden naik atas!"
"Adoi, masak ni, aku punya baju dahlah dah basah! Sherry, Sherry, aku takut la pulak ni." sambil aku ketuk-ketuk dinding loker dari dalam pasal sebelah aku loker Sherry.
Last-last kami pun tak jadi terus menyorok, aku pun terpaksa pakai baju kurung yang baru, dan turun ke bawah angkat tangan surrender. Kena la bebel sikit sebanyak dengan Cikgu Sharip. Nasib baik bukan pengetua yang disayangi yang masuk kalau tak konfirm kena piap sorang sekali tsk.
Lepas tu aku dengar lah cerita-cerita budak-budak lain yang berdegil menyorok gak dari warden nih. Si Dekma menyorok lah dekat ampaian baju kat bawah, tertunduk-tunduklah dia nak sorokkan kepala. Tengah jalan sambil tertunduk-tunduk tu, tiba-tiba dia nampak ada sepasang kaki depan dia.Angkat kepala, rupa-rupanya Cikgu Rafdi tersengih tengok. Haha. Yang Atie dengan Fyzaa pakat lari sampai hujung padang astries, memang lepas la. Budak-budak kat dorm Juara pulak, pergi bersesak menyorok dekat celah loker-loker. Selamat lah kau Cikgu suluh tak perasan korang kan. 

Haih macam-macam.

Notakaki: Baru chatting dengan Pa'am rakan rapat di sekolah dulu, tu yang terbayang nostalgia sekolah. 5 tahun dah tinggai Jenan tuh :P

Friday, August 19, 2011

When I was 7 I want to be a stewardess.

Malam ini aku teramat bosan. Teramat amat bosan sampai asyik menyibuk kat wall orang like sana like sini komen sana komen sini. Lepas tu came across one sort of game dekat wall facebook yang dia bagi kita umur, lepas tu kita bagitau lah masa kita umur macam tu kita nak jadi apa, in a relationship dengan sapa, dengan takut apa. Aku punya;-

When I was : 7
I want to be : a stewardess
I was in a relationship with : my piano
My biggest fear : abah with rotan

Haha yang aku nak highlight tu baris dua atas tu je. Yang bawah tu normal la ketakutan budak umur 7 tahun kan hok comel belako =)

Masa aku kecik dulu, abah aku kerja sebagai seorang engineer kat satu bank nih. So masa bank ni sibuk dengan expansion dia serata Malaysia, dia pun dihantarla ke sana sini untuk tengok construction renovation work kt branches tu. Maka dibawaknye lah aku sebagai peneman beliau. Kitorang pun naik lah flight (syok la naik MAS bos sponsor kan) pergi Kelantan la, Penang la, Johor la ape la kan. Dari situ lah terexpose nye aku dekat stewardess stewardess MAS yang pada aku cantik cantik cun cun hok molek molek belako.

Baju kebaya dia pun cantik, aku suka. Bila diorang jalan lalu depan aku, bawak beg troli tu, dengan rambut ikat sanggul kemas gila, kasut keletak keletuk. Kadang-kadang jalan dengan pilot. Fuh betapa dari saat itu aku mula meminati kerjaya sebagai seorang pramugari.

Kalau tengah dalam flight, diorang cakap baik-baik gila dengan aku. "Adik, adik nak orange juice tak?" sambil tangan mengusap-usap kepala aku. Yelah, sebab aku kanak-kanak yang comel lagi adorable kan hewhewhew jadi mestilah perhatian diberikan lebih dekat aku.

Punyalah aku menyimpan impian nak menjadi seorang pramugari dari aku umur 3-4 tahun lagi sebab selalu ikut abah outstation. Sampai lah time sekolah rendah. Kan ada kad coklat manila yang besar tu, yang cikgu tanya cita-cita pertama nak jadi apa, kedua dan ketiga. Aku dengan konfidennya jawab "Cita-cita saya nak jadi pramugari cikgu!" Cikgu tu aku tengok menahan gelak je. Jahat eyy tak konfiden aku boleh jadi pramugari yang cun serta comel macam Secha.

Makin lama makin besar, aku rasa macam tak boleh jadi je cita-cita aku yang ulung nih. Sebab aku antara yang kurang tinggi kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain. Kira aku ni late bloomer gak lah. Sedih kot kalau beratur mesti kena duduk depan-depan. Sampai lah aku form 3 kot. Asal beratur je kat Dewan Besar untuk perhimpunan rasmi tu, mesti aku antara muka kat depan. Masa choral speaking, tak merasa pun nak berdiri atas bangku panjang tu sebab aku kena berdiri kat depan.

Jadi aku ambil keputusan nak tukar lah cita-cita aku tu dengan sedihnya. Aku pilih lah nak jadi doktor. Sebab masa tu yelah naif tak kenal dunia lagi, tak terbukak minda lagi, hanya yang aku tau antara doktor atau jurutera. Bukan ada senior-senior yang baik hati nak datang sekolah buat program Diskusi Intelek Masa Hadapan LOL :D

Masa terus beredar (cheh) aku pun makin membesar. Lama kelamaan aku sedar yang aku ni makin lama makin kena beratur dekat belakang barisan everytime perhimpunan rasmi. Ohh, dah tinggi jugak aku ni rupanya =) Masa itulah aku pun sedar jugak yang tak best sangat pun duduk kat belakang barisan. Dahlah panas, pastu tak dapat clear view muka pengetua yang amat disayangi pulak tu. Hihi.

Tapi aku tak terfikir lagi pun nak resume cita-cita aku yang pertama paling ulung tu. 

Lately je, bila aku pun kerap kali pergi airport, aku semakin teringat-ingat dan terimbau balik cita-cita nak jadi pramugari. Tambah lagi dengan program Awan Dania yang aku memang follow sampai season 3 nih. Dahlah Secha yang cun melecun.

Possible ke tak possible cita-cita aku nak jadi pramugari ni? Tinggi dah lepas dah, diorang nak lebih 155cm je.

Ohhh baru aku ingat, aku rabun teruk. Hahaha. Mana boleh jadi pramugari. Lagipun kalau MAS dia pilih yang cun melecun je. Yang comel macam aku dia taknak kahkahkah. Ok lah fine lah. Memang takde rezeki disitu *menangis senyap-senyap di tepi dinding*


Monday, August 15, 2011

#30 Days Challenge - Day 7 & 8

Sebenarnya esok aku ada mock court session untuk subjek Marketing Law. Mock court session ialah apabila tutor bagi kita case dan kita pilih lah kita nak jadi plaintiff ke defendan ke atau arbitrator/judge dan present case kita seolah-olahnya kita sedang in session dalam court sobona eh. So untuk kali ini aku pilih nak jadi arbitrator; gatal nak buat kerja dua belah sekali sebab dah pernah ada experience jadi arbitrator untuk Employment Law. FYI, aku bukan law student tapi aku minat sangat dengan subjek law, dan kebetulan pula aku sedang majoring in Business Law hence memang secara tak langsung aku belajar lah jugak pasal law dalam bidang business. Kiranya untuk civil law je lah boleh kot, criminal law tak belajaq naa :) Tu pun aku boleh jadi legal advisor je, bukan lawyer, advocate atau solicitor pun heheh. 

Ok ok melalut sampai ke major aku pulak kan. Sekarang tengah ketagih blogging, so sikit-sikit rasa nak menaip, sikit-sikit rasa nak blogging. Kau tengok la nanti masa aku dah kering idea, berabuk2 la blog ni jawabnya haha. So sementara tengah rajin humang aih ni, apa kata aku setelkan 30 days challenge ni. 

Nada berbisik: Psst psst..sebenarnya kan, aku serious rasa boring gila buat 30 days challenge ni. Some of the challenges macam ek eleh tak challenge langsung haha. Tapi aku faham lah dia nak celen kita istiqamah update blog dalam 30 hari kan so takpela aku redha je hihi.

Nada normal semula.

Okay, moving on : Day 7 - A photo of an animal you would love to keep as a pet.

Der, gua dah lama gila tak bela binatang der. Last sekali gua bela kucing nama Jinggo tapi dia lari bila gua masuk SBP. Lari nak cari gua la tu tapi malang sekali kami tak bertembung pulak kat PLUS Highway kalau tak gua dah bawak dah Jinggo tu pergi Jenan sekali. Sekarang tak feel macam nak bela apa-apa, sugar glider ke, salt ke, tak payah lah. Gua geli benda kecik-kecik macam tikus tuh lagi-lagi hamster. Busuk kot wei ok fine biarlah kan. Tapi kalau lu nak tau jugak kan jauh di sudut hati gua, gua memang teringin sangat nak bela:




Lu tau tak apa binatang atas ni? Kalau lu tak tau gua tak tau la nak cakap apa der. Serious lu rugi besar la. Haha ni namanya Unicorn. Gua nak bela satu, satu je pun cukuplah. Gua nak unicorn, nak bagi nama dia Rainbow Skittles sebab gua suka rainbow colours dan gula-gula skittles. Comel gila kan unicorn ni? Yang montel kat atas tu anyonyonyonyo rasa nak peluk takmau lepas dah. Eh der, hilang macho gua cakap pasal unicorn kaler pink kan. Tapi itu lah, jauh disudut hati gua nak bela unicorn kaler pink macam ni dan nak bagi dia nama Rainbow Skittles.

Apa? Lu kata unicorn tak wujud? Lu silap besar bro, silap besar. Siapa tak percaya unicorn ni exist, lu boleh angkat kaki blah sekarang, gua taknak tengok muka lu dah *emo* So siapa yang rasa-rasa nak ambil hati gua tu, boleh lah bagi gua sekor unicorn ni masa birthday gua nanti okeh?

*Berubah karakter*

Day 8 - A picture of your favourite memory


Raya celebration 2008, D'Shire, Kota Damansara.

Pasai pa aku cakap gambar ni favourite memory aku? Gambar ni diambil masa lepas Open House student-student yang buat International Baccalaureate Petronas students dekat rumah kediaman kami, D'Shire Apartment. Dalam gambar ni ada 2 generasi Petronas students yang buat IB; batch aku yang masuk Januari 2007, dan batch Jun 2007. Kami adalah students yang pioneer batch sebab tahun 2007 lah tahun pertama Sekolah Sri KDU run program IB nih. Dekat sini aku belajar banyak benda, buat banyak kawan baru sepanjang 2 tahun buat IB. Buat CAS sama-sama, pergi Tesco kat Curve naik RapidKL sama-sama, terpaksa join Hari Sukan budak sekolah pun sama-sama, catapult competition, prom night, everything. It really really was a bittersweet memory for me. Bitter lah pasai aku tak lepas requirement Petronas nak pi Auckland hahaha. Sweet sebab aku rasa kitorang IB students macam one big family. Tengoklah masa jumpa reunion semula every year dengan masa pergi OBS, memang rasa macam adik-beradik sendiri. I so love each and every one of them :')

Okay lah setel pun dua challenge. Now back to work, marilah berusaha setelkan case untuk present kat mock court esok ! Tata~

Nak dengar cerita seram tak?

Alaa takpe, bulan puasa kan syaiton kena ikat deh. Heheh. Tiba-tiba malam ni terlebih produktif dengan menghasilkan 3 entry sekaligus =) Kalaulah buat assignment boleh produktif macam ni sekali *geleng kepala penuh penyesalan*

Masa Form One, maka masuklah aku ke Jenan, sekolah berasrama penuh yang letaknya kat Jitra, Kedah. Macam biasalah masa jadi junior kan, bangun pagi kena lah awal gila dari senior. Nak nak pukul 4 pagi kot sebab mandi kat kolam bawah. Kolam tu bukan lah swimming pool yer, tapi nama glemer untuk kolah. Berebut-rebutlah engkau dengan kaum-kaum form 1,2,3 yang lain yang mandi kat kolam tuh. Sebab tu aku bangun awal. Bila dah senior sikit baru lah berani nak bangun pukul 6 lebih hewhewhew.  Cuba kalau aku bangun pukul 6 masa aku form 1, tak ke pedih je telinga kena sound? Haha.

Anyways, kembali ke cerita asal. So malam yang bersejarah tu aku terasa dorm macam lebih panas dari biasa HotFm  so aku tidur terbalik. As in kaki kat tempat kepala, dan kepala kat hujung katil tempat kaki selalu sebab nak menghadap kipas. Kipas pulak, ya ampun, bukan kipas pusing helikopter tu, tapi kipas dinding yang gerak dia kreekk kreekk bunyik lepas tu tak semestinya kipas tu menghadap kau je sebab dia pusing kiri ke kanan ke kiri ke kanan yea yea you got me. Tapi malam tu aku tidur nyenyak lah jugak eh sejak bila tidur tak nyenyak kau ni Aleen. 

Sebab kita ni junior kan, so kita pun mestilah takut kalau terlewat bangun dari senior. So pesan memesan sesama kawan-kawan adalah rutin harian lah. "Weh esok kau bangun kejutkan aku sekali tau." Jadi sedang aku sedap-sedap tidur, tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik kat telinga aku macam nak kejutkan aku bangun tidur, "Aleen, bangun, bangun. Bangun Aleen." dengan suara yang sangat gemersik halus. Dan aku berjaya bangun. Dengan mamainya aku capai towel, bakul toiletries, dan turun tangga nak ke kolam. Sampai bawah dekat pintu laluan antara Andeka dengan Pendeta yang terus sampai kolam, aku hairan. Hairan sebab pintu tu belum bukak lagi. Selalu aku turun hari-hari pukul 4 tu dah bukak. Jadi aku pun pusing lah sampai hujung blok tu untuk ke kolam, lalu la tepi surau yang angker dan ampaian yang gelap gelita instead of guna laluan shortcut tu.

"Well, mesti aku orang yang pertama bangun dalam astries harini." kata hati aku dengan penuh bangga dan riak. HAHA.

Sampai kat kolam je, aku tengok kosong. Takde orang. Ohh bahagia sekali rasanya tak payah berebut sangat dengan orang lain nak mandi pagi-pagi. Jadi aku pun mandilah dengan gembiranya, sampai aku sudah mandi pun takde orang lain turun. Waktu tu aku tak fikir apa sangat, cuma masih dengan perasaan bangga sebab berjaya bangun awal dari orang lain hahahaha. Dah sudah mandi aku pun pusing balik blok tu dan naik ke dorm semula. Masih hairan bila aku masuk dorm semua orang masih tidur nyenyak belaka. 

"Nak kejut ke tak diorang ni hmmm. Pukul berapa eh sekarang ni?" lantas aku capai jam tangan aku. "Pukul 3??? Eh biar betul??" terus aku terduduk dan terdiam. Serta merta jugak lah rasa bangga dan riak yang aku bangun awal dari orang lain tu terhapus macam api lilin yang dihembus padam tu. 

"Dah tu, sape yang kejut aku tadi????" Malas nak fikir banyak, aku terus panjat katil selimut satu badan aku nak tidur balik tapi malangnya tak boleh. 

Esok paginya puas lah aku tanya kakak-kakak senior, kawan-kawan dorm siapa yang kejut aku pagi-pagi tuh. Siap buat muka kesian lagi suruh ngaku kalau prank aku pun tak kisah. Sebab aku seram sejuk bila fikir balik, dah lah turun bawah sorang sorang, pusing blok sampai ke hujung tempat gelap gelita tu lagi, pergi mandi kat kolam tu sorang sorang lagi. Kau bayang kan lah kalau tiba-tiba nasib tak baik terserempak dengan  benda tak patut terserempak? Mau terlentang aku berbuih mulut agaknya. Sorang pun tak mengaku diorang kejutkan aku bangun pagi buta tu. Habis tu siapa yang kejutkan aku tu menjadi misteri sampailah ke hari ni. Tsk. Lagi-lagi bila ingat kat suara gemersik lembut yang berbisik kat aku tu. Tsk tsk.

Itu je lah pengalaman yang buat aku meremang sepanjang zaman persekolahan. Syukur jugak lah sebab dengar orang berbisik je, bukan nampak macam-macam. Huuuuu tak sanggup den.

Notakaki: Seram ke seram ke? Haha macam tak pun :P 

Sunday, August 14, 2011

The Refreshing Trip to the Khmer Land

Okay, janji mesti dikotakan. Ni dah almost sebulan balik dari Cambodia trip, cerita tak cerita cerita lagi =) Haha macam la ada orang nak dengar sangat cerita kau tu Aleen.

Anyways, one fine day in early January this year, Aufa suggested to go on a trip somewhere to another friend of mine. At that time I was doing internship, and I jumped at the chance. Tiba-tiba aku join their conversation. In the beginning we decided to go to South Korea, tapi sebab apa entah tak ingat cancel pergi Korea. Maybe sebab harga tiket mahal jugak kot. Well then we searched for other places to go, and that's when Cambodia popped in. First a suggestion, then a serious plan =) The plan was to go somewhere in July, when everybody is supposed to be free because of holidays. The original plan was to go with other 4 friends; 3 girls and 2 guys but in the end Akram bailed out because of his flying test as a pilot. Too bad, the tickets dah book, accomodation dah settle and we are so raring to go. Bye lah kau Akram, kau fly lah plane tu bawak pi Cambodia kita jumpa kat sana je lah LOL

So that left me, Aufa, Najwa and Shak for the trip and we boarded a 7am flight on 16th July to Siem Reap, the land of Angkor and arrived at about 8am local time. Cambodia awal sejam dari Malaysia. The day and the sky was so beautiful and awesome when we landed. Sampai sampai je terus berjumpa dengan orang dari Motherhome Guesthouse yang supposed to pick us up. Named Tom, he will be our driver for the whole 3 days that we stayed in Siem Reap.

Tak menyabo kan, sampai Guesthouse je, tak check in lagi, just letak barang dan terus keluar balik untuk pergi Angkor Archaeological Park. Speechless gila bila dah sampai sana, sebab the ruins and the buildings are so magnificent I just kept on saying "Cantiknya" on and on a few times. Entrance to the Park is USD20 per day, but if you are planning to really explore the park sebab dia ada banyak sections and temples and the park is damn huge, you can opt to buy the 3 days pass for USD40 or one week pass for USD60. Kitorang plan to spend just one whole day dekat Angkor and explore the famous temples.


Aufa excited tunjuk Angkor Pass yang cool - siap kena tangkap gambar lagi letak dalam pass tu.


In the end, ni ajelah rombongan ke Kemboja.


Kaki macam pondan. Hahaha =.=" (pic courtesy of Aufa)


 This picture courtesy of Shak's camera


Tonle Sap Lake - pemandangan yang breathtaking dan menginsafkan at the same time.


Kau tak nampak semangat gila sampai shawl pun berkibar-kibar? =.="


Cubaan merempit dengan tuk-tuk :)


Yo we are the coolest ninjas on earth yo.


Satu lagi tempat yang depressing - Tuol Sleng Genocide Museum.


After one depressing day, chill out by cruising along Mekong River.


Final day we go Phnom Penh on foot !

Kitorang tak guna khidmat travel agent or booked a guided tour pun if you are wondering. Semua pakai redah je. Ambik map dekat airport and hotel, lepas tu plan sendiri. Kitorang memang suka hati je nak jalan pegi mana hahaha.Tapi make sure buat homework dulu lah before nak redah pun kan. On the final day kitorang ada kat Cambodia, kami berjalan sejauh 6km daripada Stadium Olimpik sampai ke Friendship Bridge. Memang rasa macam nak tercabut ah kaki kan, but it's totally worth it to be able to see Phnom Penh on a closer view. Start berjalan dari cerah langit, sampai destinasi bila matahari dah terbenam. Berbaloi rasanya saving punya lah menahan diri dari shopping dan berusaha sungguh menabung sepanjang first sem tahun ni =)

Some pocket guide for a self guided trip to Cambodia;
1. Tuk-tuk is the main public transport. Usually they will charge you of about $1 / $2 per person for a ride, depending too on how far you want to go.
2. Official currency is Cambodia Riel. But US Dollar is the main currency used there. $1 = 4000 Riel.
3. Haggle with the tuk-tuk driver first before agreeing on the price. If you are not satisfied with the price, walk away. They will sure to agree on yours then. This also can be applied when shopping =)
4.Be careful with beggars. Once you give one of them something, you will be surrounded by many of them all of a sudden.
5. Halal food can be found. It's not in abundance but it's possible =) Kalau susah sangat pun, pack Megi je hehe. Oh KFC dia pun halal by the way.
6. Last but not least, though it is a third world country, go there with an open heart and open mind :) The warmth and friendliness of people of Cambodia is something you cannot forget easily.

Notakaki : Lelaki-lelaki Cambodia memang cakap lemah lembut dan bersopan santun. Dah lah gentleman. Berapa kali terjatuh cinta daa hihi =)

Monday, July 11, 2011

Sekitar Wedding Atie.

Atie, my housemate, baru melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangannya, Yussamir pada 2 July 2011 bertempat di Taman Tun Rahah, Bukit Katil, Melaka. Cewah gila ayat macam copy sebijik kat suratkhabar haha :)

Masa nikah ialah masa yang air mata pun sibuk nak keluar jugak. Haha. Terharu plus sebak kot. Terbayang pulak time aku kahwin nanti. Macam kelakar jeeee. Alright, enjoy the pictures, credit card to Omar and Daly for the pictures ! :)

Beautiful solemnization. Nangis-nangis aku dibuatnye kau ni atie oi. Hahahaha

Admiring her rock :)


Near the pelamin. Theme is Red for the bride tapi saya sorang je yang pakai merah wuwuwu~

 Nasi Minyak time !

Sementara menunggu Atie bersalin pakaian.

Dari pagi sampai la ke tengahari kat rumah Atie for the wedding, petang pergi celebrate birthday Momo dan jalan-jalan Melaka ! (Macam tak pernah jalan-jalan before ni hehe)


Rombongan beberapa kereta :)




Last but not least, didoakan agar rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaAllah. We will miss you Atie ! Have a happy life together with Mr Yussamir :)



Notakaki: Belum bercadang nak kahwin. Ada calon? Haha.

Wednesday, July 6, 2011

Little Trinkets #1 - Outward Bound School

Ceh saje nak letak title Little Trinkets ni untuk segala cerita-cerita manis supaya tak luput ditelan memoriku yang lemah. Haha. Cerita Little Trinkets hari ini ialah mengenai pengalaman aku menyertai Outward Bound School di Lumut, Perak.

Masa first year kat Monash, hujung tahun 2009, nama aku dan kawan-kawan yang lain dah Petronas panggil untuk pegi OBS ni. Tapi pada masa tu, aku bercadang nak tangguh dulu atas 2 sebab:-
1) Aku nak buat summer school
2)Aku nak tunggu kawan-kawan sebatch time IB kat Australia dan NZ pergi, nak pergi sama diorang.
Jadinya aku terpaksa lah menunggu lebih kurang setahun untuk pergi the next OBS. Kawan-kawan yang dah pergi tu, dengar cerita-cerita diorang pun aku dah excited gila nak pergi. Laut, kawan-kawan rapat, outdoor activities, aku pikir macam the ultimate holiday experience lah.Tambah lagi masa aku pergi tu tepat pada waktu aku perlu merawat hati ecewah. Kira macam membawa diri lah gitu. Haha ultimate tak ultimate, we'll see..

Jadinya, on the day kitorang bertolak ke Lumut, Perak untuk OBS, kitorang berkumpul lah kat Tower 2 lobby KLCC untuk briefing before naik bas. Masa ni dah happy gila jumpa kawan-kawan lama masa IB. Naik bas, bertolak lah dalam 3-4jam perjalanan ke Lumut. An uneventful journey I would say. Siap tertidur-tidur tersengguk-sengguk terlentok-lentok lagi haha. Bila dah sampai pekarangan OBS tu, semua dah start bangun dari tidur dan jenguk ke luar tingkap, semua macam ada question mark atas kepala hahaha. Wondering what is in store for us.

Turun bas, masuk dewan besar, nampak dah tertera "To Serve, To Strive and Not To Yield." atau maksudnya "Berkhidmat, Berusaha dan Tidak Mengalah." Cewah kau, Tidak Mengalah? Kemain lagi. Lepas tu mula lah sesi membahagikan peserta kedalam group-group. Aku dimasukkan dalam group Camah. Group-group yang lain ada 5 kot tapi Beremban je nama yang aku ingat apesal entah. Ingatkan sekadar nak berkenalan je, rupanya ada some paperwork macam borang kebenaran parents etc etc gambar la ape la. Instructor Camah, David tiba-tiba buat kejutan kata suruh serahkan semua makanan yang kami bawak. Bukan takat handphone je kena simpan, makanan luar pun tak boleh bawak masuk. Tapi aku degil la sikit, ambik 2 3 bijik Mamba simpan dalam beg. Haha jahatnya laa apesal takmau dengar kata? Ala, tapi Mamba tu aku makan cepat-cepat bila masuk dorm.

Pergh, dorm. Aku dah kira masa first time panjat tangga naik atas dorm dia. 90 steps ! Basah lenjun woi dengan beg berat-beratnya, tangga takmau tak curam pulak tu. Letak beg, berehat, then malam baru sesi suai kenal.

1st day - Tangga 'keras'

2nd day
Breakfast dah siap-siap pakai wet clothes lagi. Aku sarung crocs aje sebab kalau kasut lain aku takut berat bila basah. Harini belajar pasal Roping and Knotting. Attention is needed sebab nanti akan digunakan masa camping dengan whaling. So aku pun dengan group Camah yang lain bersila menghadap laut, belajar dari David macamana nak buat knot berbagai jenis. Lepas lunch, belajar pasal sail dan cara melipat dan memasang sail. Ada 3 sails untuk whaler kitorang, takyah tanya apa nama sebab aku dah tak ingat hahaha. Petang, kitorang naik atas whaler dan belajar rowing. Ada captain, dan 10 orang mendayung, sorang lagi jadi navigator whaler. Whaling ni bukan mendayung kedepan macam biasa tengok, tapi mendayung ke belakang. Isyarat keramat dia, "Dip, Pull, Up!" Gaya macam sailor pun ada haha.

Malam tu, kitorang ada briefing pasal esok punya expedition. Whaling expedition starts from 9.30am dari base camp ke Pantai Syawal. Lepas briefing, pergi ambik ration makanan untuk satu group sebab nanti kitorang akan camping kat situ so kena atur siapa ambik kayu api, siapa masak, siapa buat khemah blablabla. Nak dijadikan cerita, beg sendiri tak boleh bawak, kena guna drybag yang disediakan OBML dan beg tu kecik sangat sebenarnya. Ye la, org perempuan kan. Tapi aku sumbat jugak selimut dengan bantal kecik + satu set baju spare + toiletries + towel + jaket. Malam tidur dengan penuh debaran hahaha.

Expedition day
Pagi-pagi lagi dah angkat semua barang-barang whaler load atas kapal. Then drybag kitorang hantar pergi mothership (macam alien je bunyinye haha). Barang-barang atas kapal termasuklah jugak bekalan lunch kitorang untuk hari itu. Ada la satu periuk besar nasik, satu periuk lauk-lauk dan buah-buah, 12 botol air dan 2 Jerry can. Route untuk expedition hari ini ialah dari base camp towards Sg Manjung heading toJambatan Tuanku Bainun lepas tu patah balik dan terus ke Pantai Syawal. Sebenarnya kalau dari base camp, straight je ke Pantai Syawal tu. Biase la, tak nama la camping kalau tak torture campers kan? Hahaha.

Awal-awal lagi, semangat + kudrat ada lagi.

Nak dijadikan cerita, masa kat tengah-tengah laut, tiba la pulak hujan lebat yang amat. Dan bila kita di tengah-tengah laut yang pantai pun tak nampak, angin punya la laju yg amat. So untuk memudahkan kitorang whaling tak penat, kitorang bukak la sail. Angin menyambar, lepas tu laju gila whaler tu sampai bila navigator pusing ke tepi, whaler senget macam nak jatuhkan kitorang dalam laut. Masa tu aku tak peduli pasal basah lencun, yang aku paling taku kalau terjatuh dalam laut je. Kalau before hujan, boleh nampak kapal-kapal lain kat depan or belakang kitorang. Masa hujan, nampak putih je sekeliling. MasyaAllah je lah yang aku boleh cakap time tu. Bila hujan berenti, sedar-sedar kitorang dah dekat gila dengan pantai bakau ni sampai kalau terlambat navigator tu pusing wheel, boleh crash dah. Huhu instructor ikut, tapi dia let kitorang do everything, cuma tambah-tambah bila perlu je.

 Side kanan whaler.

Disebabkan hujan, maka kitorang terlambat nak saing kapal-kapal lain ke Jambatan Tunku Bainun, jadi kitorang lepak dulu kat area bakau tadi sambil makan lunch dalam mess tin. Bahaha bapak lapar semua time tu sampai tak peduli tangan kecut ke baju lencun ke yang penting dapat makan. Walaupun nasi dengan sambal ikan bilis kacang dengan kobis goreng ala kadar je, licin kot mess tin semua orang. Lepas lunch, sambung whaling ke arah Jambatan sambil slow-slow menikmati angin lepas hujan.

Side kiri whaler.

Tadi start whaling pukul 9.30am kan? Lunch kitorang dalam pukul 1 lebih. Jadinya dah berapa jam atas kapal. Bukan ada toilet pun. Boys yang tak tahan ni terpaksa lah ambil pelampung/buoy yang dah terikat dekat kapal dan terjun dalam sungai untuk lepaskan hajat diorang. Hahaha girls? Gila apa nak membuang macam tu sambil disaksikan ramai orang? Tahan aje laaa :/ Kapal kitorang sampai area Jambatan dalam pukul 3 petang. Lepas tu patah balik dan menuju ke Pantai Syawal. Masa ni semua orang dah gila nak pengsan, penat gila. Aku sampai berblister jari sebab kayu rowing tu berat dan rowing je all the time. Bayangkan lah, sambil nak whaling, sambil kena pasang sail. Pasang sail bukan boleh pasang macam tu je, kena tarik tali dia lagi. Kena angkat main sail punya kayu lagi.

At last kitorang pun sampai la ke Pantai Syawal, pukul 6.30pm. Dah nak gelap time tu, nasib tak hujan je. Cuba kira berapa jam ada atas laut? Almost 9 hours la jugak kan. Sampai pun bukan boleh rehat terus. Kena anchor kapal, unload kapal, pasang khemah, masak, mandi tukar baju blablabla. Paling tak boleh dilupakan, telaga tempat kitorang mandi tu, rupa-rupanya ada katak ! Euwwwwww nasib aku tak jadi mandi sebab tak sempat. Eh kantoi ahaha. Aku tukar baju bersih je. Ala satu malam je pun.


Camah atas Whaler tak ingat nama- lepas hujan yang menggila

Buat khemah - 2 untuk lelaki 1 untuk perempuan. Masak masak, makan makan, aku rasa macam tertelan pasir sikit pun ada huahuahua. Anyway malam tu aku tidur siap pakai socks dengan selimut dengan jaket siap ada bantal. Sejuk gila kot pintu khemah mana ada. Khemah askar segi tiga je yg open wide kat depan dan belakang dia.

Pagi esok, masak breakfast, makan-makan then load kapal. Bertolak lah kitorang balik ke base camp yang tak jauh sangat tu. Bertolak dalam pukul 7.30, sampai pukul 9.30. See I told you it's not that far kan? Kemas-kemas barang, simpan sail simpan whaler ape sume, balik dorm. Semua pakat tidur terbongkang sampai la time lunch.

Baru satu expedition nak cerita lagi satu ni. Tapi dah panjang sangat lah pulak hehe. Nanti lah sambung lagi. Zzzz

Notakaki: Eh lupa nak cakap, cantikkk sangat Pantai Syawal tu. Pasir pun bersih je. 

Friday, July 1, 2011

Aduh Sayang Madu Tiga

Hehe tu tajuk lagu-lagu P.Ramlee lah okay? Entry kali ini nak mengimbas memori kenangan silam; zaman sekolah dulu kala. Zaman join orkestra sekolah5-6 tahun dulu. Ini lah antara aktiviti yang aku join kat sekolah dulu yang meninggalkan kenangan amat manis ! Mana taknya, dapat peluang perform depan Sultan Kedah yang comel tu :) Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan berangkat mencemar duli hampir setiap tahun pergi ke sekolah kitorang untuk merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang masa Hari Anugerah Cemerlang. Aku masa sekolah dulu takdelah gila pandai selalu dapat top3 dalam batch kan, tapi aku lah antara minah-minah yang suka join persembahan kat sekolah, be it either menari, orkestra, koir, gamelan pun ada hahaha. Sampai kalau MPP handle budak-budak punya orientasi ke ape, mesti aku kena pegang AJK Persembahan =.= Tapi takpe, kalau dah suka apa salahnya ye dak?

Berbalik kepada orkestra sekolah ni, aku paling rindu masa training lah, dengan Cikgu Rostam, Sir Tan. Masa main Alvamar Overture, pehh aku selalu kena sebab xylophone ketuk tak kuat hahaha.Tapi aku suka sangat sebab kawan-kawan band semua rapat rapat semua suka tolong-tolong each other. Yang orkestra tu memang every year akan pergi bertanding Wind Orchestra SBP. Yang paling aku tak boleh lupa masa form 5, training untuk persembahan HAC, combo orchestra. Combo maknanya ada gitar dengan keyboard, yang dalam wind orchestra takde. So untuk tahun 2006 tu, kitorang buat medley lagu-lagu PRamlee, aku ditugaskan kat bahagian keyboard.

Haha nak cerita feeling orang yang join orchestra kepada orang yang tak join ni susah jugak, tak tau macamana nak gambarkan. Kadang-kadang sampai masa tuning tu pun kitorang boleh ingat sebab bunyi tuba yang kelakar haha. Lepas tu melodi lagu yang dah lekat pun sampai dah balik hostel kitorang dok humming lagi. Padanlah budak bukan band pelik dengan budak band haha :D

Aduhai, kalau lah aku diberi peluang nak ulang balik zaman sekolah menengah aku, aku nak pergi join orkestra balik, nak main balik lagu-lagu 'hantu' kitorang; Getaran Jiwa, Alvamar Overture, Joget Kenangan Manis, medley P.Ramlee etc etc lah. Yang medley tu seronok, sebab ada penyanyi-penyanyi sekolah menyanyi kat depan kitorang untuk Sultan.

Aku dulu masa lower form tak join brass band, sebab terikat dengan kokurikulum lain, yang paling tak bagi aku join band dulu ialah olahraga. Coach olahraga tu punya laaaa ketegaq tak bagi aku join sebab selalu clash training band dengan training olahraga. So time tu aku lupakanlah dulu hasrat nak join budak band. Tapi aku happy je sebab masa pergi MSSD kat UUM Sintok,budak-budak band akan datang sebab diorang akan lead perarakan atlet-atlet untuk upacara perasmian. Time tu aku happy la sebab dapat jumpa kawan-kawan tambah lagi bila lepas perasmian je, acara 100m akan bermula. So in a way, konon-kononnya aku rasa bila aku nak lari tu ada kawan-kawan datang tengok dan bagi sokongan jugak la hehe.

Rindunya zaman sekolah dulu, penuh dengan aktiviti. Dekat adik-adik aku pesan, kalau boleh join apa-apa aktiviti sekolah, join je lah, selagi tak abaikan pelajaran. Kami budak-budak gamelan dulu pun pernah jawab mid-term exam time tengah perform. Hahaha dengan baju gamelan kitorang duduk dalam satu bilik, jawab exam sejarah kot. Kenangan, kenangan.

Sejak masuk universiti ni, aku tak join sangat aktiviti uni sebab tak menarik. Kelab-kelab sukan ada, tapi tak menarik minat aku sangat. Fasiliti kurang, maybe sebab kampus kecik kot. Kadang-kadang envy gak dengan IPTA sebab diorang ada KARISMA lah ape lah. Hmm takpelah, dah rezeki aku kat sini agaknya. Dah nak final sem dah pun ni insyaAllah. Apa-apa pun, aku syukur sebab banyak sangat kenangan manis aku time sekolah dan alhamdulillah benda-benda yang aku join banyak membantu aku sampai sekarang. Wah tetiba nak sebak kannn.. hehe

Notakaki: Explode 0206 banyak mencorak sebahagian besar hidup aku sampai ke hari ini :)