Showing posts with label Society. Show all posts
Showing posts with label Society. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

A Sudden Revelation

Aku baru terfikir, serious baru sekarang benda tu macam hit me right in the face. Kalau la benda tu tangible, mungkin bunyinya dah macam *PANG!!!* kuat-kuat.

Kenapa lah kan, kenapa, hanya satu keburukan atau satu kesalahan yang dilakukan, ianya akan wipe out, sapu habis, padamkan semua kebaikan yang pernah dilakukan. Walhal kebaikan yang dilakukan tu kalau dikira lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan keburukan yang hanya sekali. 

Kenapa lah, kenapa suka sangat melihat, bercerita, komen, dan buat tanggapan terhadap satu kesalahan yang dilakukan. Kenapa isu kesalahan itu diperbesar-besarkan, seolah-olah dah tiada ruang untuk kemaafan langsung.

Aku baru terfikir, yes, baru betul-betul menimbang tara tanpa ada prejudis. Baru kali ni betul-betul melekat dalam medula oblongata, serebrum, serebelum, hippocampus, semua tu lah. 

Kau berkawan dengan dia, dan dia telah membuat satu kesalahan yang menyebabkan kau berfikir dua kali tentang persahabatan korang. Lepas tu kau berfikir semula. Kalau nak ikut timbangan kau, kawan kau ni selalu ada menenangkan kau masa kau tengah putus cinta. Dia lah kawan yang kau boleh ajak sebagai peneman kalau nak pergi mana-mana. Macam-macam lah. Sebenarnya kau fikir balik, banyak kebaikan dia buat dah dekat kau.

Tapi bila terjadi satu perkara yang tidak diingini, mulalah kau question keikhlasan dia. Ditambah lagi bila kau dicucuk-cucuk kawan-kawan lain. Ditambah lagi dengan nature manusia yang memang akan nampak buruk dulu baru baik. Bak kata famous sayings lah kan, kalau orang buat baik tu, lambat je dengarnya, kalau buruk sikit, terus dicanang-canang satu kampung, cepat je berita buruk tersebar. Mula lah kau fikir yang dulunya kebaikan dia buat dekat kau bersebab. Ada agenda tersendiri. Nak beli hati. Semuanya yang buruk belaka lah.

Tercantas terus kebaikan dia dekat kau selama ni. Langsung zero. 

Kenapa eh jadi macam tu? Bukan kah kita semua manusia? Yang memang tidak akan lari dari kesalahan sesama manusia. Dengan Tuhan pun kita boleh buat salah tanpa kita sedari, apa lagi dengan manusia.

Aku rasa macam nak luku kepala sendiri sebab telah menjadi seorang manusia yang ego. The one person I really despises has become myself. Ah grammar pun dah tunggang terbalik. Haha lantaklah. 

Salah tetap salah, kalau kau nak jarakkan diri dari dia pun tak mengapa, itu hak kau. Tapi jangan lah pernah lupa akan kebaikan yang pernah dia lakukan terhadap kau. Ikhlas ke tak ikhlas itu Tuhan yang tentukan. 

Lagi satu aku paling bengang bila orang ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin tu dibalas dengan komen, "eleh dah raya baru nak minta maaf. lepas tu taun depan buat jugak salah balik". Kau ni, haih, sabar je lah aku. Kalau tak mengenangkan bulan baik, mau naik jugak tangan aku ni.

Pada aku kemaafan itu meruntuhkan tembok ego. Manusia bukan nabi, mempunyai sifat maksum. Harap maklum. Kalau kau bosan dengar perkataan maaf, dan berat nak tuturkan perkataan maaf tu, itu hak kau lah. Malas dah aku nak cakap dengan orang macam ni. 

Kemaafan kau mahal? Boleh jalan lah.

Notakaki: Emosi jugak bila terfikir perkara-perkara macam ni. Hubungan sesama manusia memang rumit.
Notakaki #2 : Jangan ada siapa2 nak terasa pulak dengan post aku nih. Ini takde kena mengena dengan sesiapa, hanya buah fikiran aku sendiri yang datang semasa aku tengah mandi. 

Saturday, July 9, 2011

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Hari ni hari yang bersejarah buat Malaysia. Yeah yeah, isu Bersih tak habis-habis.
I'm kind of proud to be Malaysian, because peaceful rallying and peaceful demos mean that we know how to exercise our democracy rights. Scrolling down the hashtags in twitter for Bersih 2.0 and all its related hotspots such as Plaza Pudu, Petaling Street, Masjid Negara makes me a bit nostalgic. All these places; I grew up here, in Kuala Lumpur. Though my home is at Rawang, but I practically roam KL streets more than I roam Rawang's.

Primary school is located at the heart of KL. SK Batu Road Girls School is located near Sogo, while SK Convent 1 Bukit Nanas is located near Puduraya and Masjid Jamek. My religious school was at Kg Baru, and my English class was at Masjid Jamek too. Heck, even my old house was at Kg. Baru. Mama's office is at Jalan Raja Laut while Abah's at Kg Baru.

Therefore, to watch all the drama unfolding in the heart of KL, I feel a bit proud, a mixture of sadness and pride to see Malaysians coming together to try and exercise our rights. I'm not saying I'm advocating and supporting the Bersih rally as hard-on as certain people, I'm also not a big fan of the suppressing the need for proper democracy. My opinion is that of an idealistic person, always trying to be and see everything as perfect. I was kind of upset with the rally because it turned political, and biased on certain political parties. It is supposed to be a non-political rally yet the slogan "Reformasi" was shouted again and again. That was an 11 years-old slogan, and non relevant to what Bersih is fighting for.

That is all I have to say. Anything else, I don't dare to comment. :)

Wednesday, June 29, 2011

Manners.

Nak cakap pasal manners, ataupun budi bahasa bak kata omputehnya, aku pun takde la tinggi sangat budi bahasanya. Ada je kadang-kadang tersasul bahasa terkecikkan hati orang, tersalah tempat cakap semua tu lah kan. Tapi, kita semua mesti ada basic manners kan? Basic yang paling basic punya basic (berapa punya basic la ni kan) manners mesti parents kita ada ajar punya lah. Jangan tipu la kalau korang cakap takde. Takkan lah parents kita tak ajar supaya duduk elok-elok depan tetamu, kalau mulut tengah penuh time makan jangan cakap so on and so forth.

Isu yang aku nak ketengahkan kat sini ialah ucapan yang simple, tak luak ape pun kalau kita cakap:
                                  TERIMA KASIH
Haa, dah agak dah korang cakap? Haha benda simple ni walaupun dua perkataan yang mudah, tapi boleh membawa makna yang besar serta menunjukkan betapa tingginya keperibadian anda ecewah.

Semenjak semester break start, aku pun sebagai seorang anak yang prihatin =.= serta ingin menambah pendapatan, mula lah bekerja dekat Laundry abah kat PJ. Tapi aku kerja bukan kat Laundry je, merangkap personal driver, personal assistant, kadang-kadang tolong abah aku setelkan tender construction dia pun ade jugak ahaha. Isu utama dia terima kasih kan, so nak ajak la korang berada kat tempat si pekedai atau orang yang meniaga. Often we are always at the other side of the counter so we always think customers are always right. Berapa banyak punya always daa. Betul la tu, customers are always right. Aku tak cakap salah pun. Cuma susah sangat ke nak bukak mulut cakap terima kasih/thank you/xiexie nie/ toche toche/ merci beaucoup dan yg seangkatan dengannya? Tak pun, bila kita dah cakap terima kasih, dia sepatah harem pants pun tak jawab. Macam berbicara dengan angin lalu je.

Tau laa cik kak cik abang tu customer kita, tapi kita cakap terima kasih dengan cerianya tambah senyuman gembira lagi, tak baik tau buat tak tau je. Kecik hati I. Kalau awak senyum balik pun dah rasa terharu dah. Yes yes, you pay for the service and whatnot, tapi takde manner ke? Itu je soalan berbalik kepada anda. Biasa sangat dah jumpa customers macam ni, kadang-kadang kita ingat Datuk Datin yang sombong, tapi sebaliknya diorang lagi perangai elok. Sedih bila tengok masyarakat kita kurang budi bahasa yang paling basic ni sebenarnya.

Notakaki: Jangan berat mulut lah nak senyum atau cakap elok-elok dengan orang kedai, tak luak pun.

Kenduri kahwin and the annoying package it brings.

Tajuk post nak poyo je kan? Hahaha.

Sengaja bring up this topic sebab sekeliling aku ni ramai kawan-kawan sebaya yang samada dah bertunang, nak kahwin ataupun dah kahwin. Siap ada anak pun dah ada. Yang bercalon-calon tu tak payah cakaplah, almost everyone in my friend list kot. Hehe. Aku ni nak kata tua tu takdeeeeee la tua sangat, tapi dah adult, dah dewasa. Kecik-kecik dulu tengok orang yang dah umur 16tahun pun aku rasa, gila la dah besar akak ni ooo. Inikan lagi yang umur 20+ macam aku ni.

Like I said, kenduri kahwin brings together an annoying package with it. Aku nak cerita lah pasal kenduri yang aku pergi hari tu dengan mama abah. Kenalan family, memang dari kecik kitorang main bersama-sama anak-anak uncle and auntie ni. Pergi cuti ke Tioman, Langkawi, Melaka pun sama-sama dua-dua family. Kitorang selalu sleepover dekat rumah masing-masing, just that lain-lain bilik sebab anak-anak uncle auntie ni semuanya lelaki. Dalam 5 orang lelaki ini, ada 2 boys je yang baik dengan aku adik beradik, sebab jarak umur kot. Sorang tua 2 thn, sorang lagi sebaya dengan aku. Lepas tu kitorang semua lost contact with each other until lah one of the two boys is getting married this month. Cut the story short, kitorang pun pergilah attend the wedding, ingatkan the eldest of the two boys ni yang kahwin, logik la, sebab umur dia pun dah 24. Sekali, adik dia yang sebaya dengan aku yang kahwin rupanya. Jaw drop tu takde la sangat, sebab ramai yang kahwin awal dah sekarang ni.

Sembang punya sembang punya sembang, sekali mama pun tanya lah pada Adam, the brother to Adib yang kahwin hari tu, bila pulak dia nak kahwin. Haha cliche kan, kalau pergi wedding, mesti soalan lazim yang keluar,
                 "Isitempatkosong bila lagi?"
Yang ni belum la tahap annoying pun, sebab biasa la tu. Takde masalah pun nak jawab, macam bila mak Adam ni tanya pulak kat aku soalan yang sama. Aku jawab lah, lamaaaaa lagi auntie, hehe. Masa ni boleh kawal tona warna kulit muka lagi, boleh kawal pandangan mata, boleh control senyum tak ketar-ketar lagi. Sekali dia cakap pulak kat Adam, "Hey Adam, you kan tengah cari-cari calon, ha ni Aleen ada ni. Kecik-kecik dulu kan selalu play together." dengan nada yang kuat ya ampun sambil jari menuding kat aku.

Omaigod, satu khemah tu tengok kat aku kot. Masa tu tona warna kulit muka aku agaknya kalah Ferrari merah kot, sengih tak berapa nak sengih, mata tak tau nak pandang mana. Lepas tu nak add insult to the injury, mama aku pulak join sekali, sama naik konon-konon nak jodohkan aku dengan si Adam ni. Yang Adam pulak pegi jawab kat mak dia, "Nanti Adam mintak no. phone Aleen k ma." Aku pulak, continue aje la makan cendol dengan khusyuknya macam la selama ni tak pernah jumpa cendol. HAHAHA.

Tension lah bila jadi macam ni, kita dah konon-konon anak gadis pingitan, lepas tu orang dok tanya bila lagi bila lagi bila lagi. Lepas tu tanya dah ada calon ke belum. Aku yang single ni tiba-tiba je rasa self-conscious sebab single duhh orang sekeliling macam in a hurry to get married tinggal la aku sorang-sorang hahahaha. Lepas tu bila jawab takde calon, dia sibuk nak menjodohkan kita dengan anak sedara dia ke, anak kawan dia ke, or even anak dia sendiri. Kalaupun it's only a joke, aku malu tau orang tanya-tanya cenggitu.

Kesian lah kat mama abah aku tu, kang kalau asyik tanya, aku pulak asyik jawab takde calon, takde calon, macam tak laku la pulak anak diorang ni kan. Haha. Takdelah, ayat last tu saja propa. zzzzzz

So that sums up the annoying package it brings together, the wedding I mean. Orang-orang yang tanya tu bukanlah annoying in nature, cuma soalan-soalan cliche yang pasti wajib ada time wedding tuh. Hahaha. Weekend ni aku nak attend kawan aku punya wedding, so brace myself for the flood of these cliche questions lah. Apa nak buat, masyarakat kita kan peramah hehehe.

Notakaki: Takde unsur promosi diri pun disini ye harap maklum LOL.