Friday, July 29, 2011

#30 Days Challenge - Day 4

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.


I have loved a lot of people throughout my life. Some stayed in my life, some left. These people who stayed have relentlessly given me rainbows and candies. Sure we have our ups and downs, but the fact that I am as important to them as they are important to me proves that love transcends all. I don't want to give only one photo =)




=)

Ancora Imparo

Betul lah masa tu berlalu dengan speed yang amat pantas. Sedar tak sedar dah habis dah minggu pertama semester terakhir kat Monash ni. If I am not careful, nanti sedar-sedar dah end of week 12, dah masuk study week. This week is a very flat week for me, academically. But socially, fulamak ai, kemain lagi makcik ni berjalan you. Hahaha. Monday ada kelas sampai petang, Tuesday kelas sampai 11am, terus pecut pegi pyramid nak shopping. Rabu pulak hm entah dah tak ingat buat apa tapi yang pastinya banyak gak keluar. Dan semalam, sepanjang hari di luar rumah berfoya-foya kat OU then malam tengok bola.

Oh Wednesday ada interview untuk part-time job as a KUMON tutor kat Kelana Jaya. 10 minit je dari Sunway, takde hal la siap cari jalan sorang-sorang lagi haha. Keperluan untuk ada GPS tu zero langsung untuk aku sebab aku rasa signboard kat KL ni dah paling efektif dan sangat membantu dah. Bukan macam kat Melaka yang signboard dia mesti terlindung belakang pokok asdfghjkl pfft. 

Anyways, lepas minggu ni insaf la nak berfoya-foya sesuka hati macam takde tujuan dah haha. Sebab apa, sebab minggu depan dah masuk week 2, bila semua lecturers tutors and students dah mula jadi serious. Mula menunjukkan ke-kiasu-an masing-masing. Mula pulun sepulun-pulun yang mungkin. Cakap pasal kiasu, aku teringat pulak masa kelas TV studies tutorial haritu. The tutor divided us into two groups for a debate about the pros and cons of television. Aku dalam the opposition group, dan dalam group tu ada banyak org, more than 5, 10 maybe. Dan sudah semestinya lah semua nak keluarkan idea masing-masing. Pulak tu aku blur lagi sebab I'm not an arts student, I'm a business student yo. So aku tak reti lah nak bagi pandangan dari segi arts viewpoint, contohnya macam "The usage of black and white features on television increase the seriousness of the message being communicated." so on so forth. Mana aku nak tau effect hitam putih kat TV ada kesan macam tu? Bila orang cakap, baru lah aku pun "Hmm?Ohhh yee, ye tak ye jugak kan." LOL. 

So, masa tengah berdiskusi tentang topik debate ni, aku diam je dulu sebab bagi laluan kat orang lain yang pulun eh yang melimpah ruah idea dia nak bagi kan. Towards the end, apparently my ideas semua orang dah luahkan. Semua pandangan aku rupa-rupanya sama je dengan pandangan orang lain hahaha. Tiba-tiba this one girl, South African I think, but she's not black, tiba-tiba je cakap yang aku tak contribute apa-apa pun lagi. Ok fair la kan, memang aku diam je dari tadi. Tapi ape hal kau nak point sampai macam tu sekali? Can't you just say politely, "How about you? Do you have any more ideas?" instead of  "You guys haven't contributed anything yet." Eh eh, macam ringan je tangan aku time tu hehe. Nasib baik tak. Zzzz So aku pun terus lah bagi contoh yang spontan untuk tunjuk yang aku ni takdela useless sangat di mata kau tu sambil cakap dalam hati Eat your heart out, you asdfghjkl ! Haha ok overrr mak, nyah =)

Turns out, bila time dia kena present and debate point dia, dia yang beriya-iya bersuara dalam group tadi, boleh tersangkut-sangkut bila berucap. Dari awal aku dengar points dia kemain lagi hebat, macam-macam isi, sudahnya masa debate cakap isi yang aku bagi tadi jugak. LAME. Ok this may be childish of me, tapi aku tak suka bila orang kurang ajar cakap macam tu. Mula lah aku mark dia as someone I don't like. First impression lah katakan. Maybe la jugak cultural differences kan yang menyebabkan jadi macam tu, tapi dah aku sentap nak buat camne ye tak? Sentappp hati mak noks =p

So kalau sebab cultural differences, aku kena lah belajar menerima dan adapt, camtu? Kalau dia pulak, tak perlu belajar menerima dan adapt budaya orang Malaysia yang cakap berlapik? Bak kata Monash punya slogan, "ANCORA IMPARO" -  Yet I am Learning. Jadi marilah kita bersama-sama belajar, haha bengong punya konklusi.




Notakaki: Tak sabar tunggu Ramadhan tahun ni. Tak mahu jadi jahil macam tahun lepas =)

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #3




Sateriawanis 0206. Such innocence :)

Kecik tak kecik hati. Terasa lah jugak sikit.

Hello all :D
Baru je 3 hari since sem starts, and tak sampai 24jam elaun masuk terus meluru pegi pyramid nak shopping hehehehe. Ampunkanlah budak yang tak menyabo ni, dia dah lama simpan duit sepanjang sem first haritu =) So far semester ini best, lagipun ni final semester kan insyaAllah. Berharap dapat maintain WAM atau improve je lah lagi. Going for an adventurous vacation with friends right before semester starts is a really motivation booster, walaupun penat tak hilang lagi. Berat banyak la yang hilang tsk.

Anywayyy, pernah tak ada kawan yang datang bila memerlukan sahaja? Pernah tak? *Baik angguk kepala cakap pernah hehe* Normal la tu kan, kita kata, sebab kawan. Hal-hal friendship ni is a delicate thing, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Dah tu, diam ajela, sebab kau takut kau akan melukakan hati banyak pihak walaupun hati kau sendiri tercalar

At the time when your help is desperately needed, barulah telefon kau berbunyi dan berisi dengan mesej beliau. Cuba bila tak perlu, dia ada contact kau tak? Rarely. Dan kau boleh kira dengan jari je berapa banyak mesej atau call beliau. There's this one best friend of mine, who will try hard to make time to see me whenever she's in KL. Even kalau dia kat Bangi or Putrajaya pun, one call of her to ask to see me, I'll be off in a second :) Sebab dia nak jumpa kau, dia datang tempat kau (ceh macam abang kawasan pulak LOL) dan dia tak lupa kau langsung walaupun dia berada dengan kawan-kawannya. Tapi post ini bukan pasal my best friend ni pun. I love her to bits :)

Kecik tak kecik hati lah sangat, sebab dah banyak kali jadi. Tapi terasa tu ada lah sikit-sikit, sebab kau terasa seolah-olah bila kau ada kepentingan je barulah kau diperlukan. Contohnya like when that friend needs transport and lodging, that's when you came into the picture. Sebenarnya perasaan macam ni terjadi bila kau tengok dia datang senyap-senyap je ke tempat kau, without even telling you one damn thing about it. And then when you enquire about it, the excuse given will be "Takut ganggu, ade kelas kan." etc etc etc sampai kau yang lembut hati ni terima je lah. Kau bukannya kisah pun kalau kawan kau nak tumpang tidur ke transport ke, sebab kau lagi happy dapat jumpa dengan kawan kau tu. Tapi bila jadi macam ni, kau mula lah rasa macam kau dipergunakan bila diperlukan je. In non subtle words, kau rasa kau bodoh la.

Enough said about this, kau pun last sekali malas nak berbuat apa-apa tentang perkara ni, nak enquire lagi pun malas sebab kau rasa kau dah jatuh ke tangga paling bawah dalam senarai kepentingan beliau. Sedangkan kau masih meletakkan beliau di tangga atas. Kalau kau bagitau beliau kau terasa, nanti sudahnya jadi awkward. Lepas tu terus lost contact dan akhirnya kau hilang kawan pulak. So kau pun fikir baik kau diam aje lah, telan je semua walaupun kau rasa pahit macam hempedu *pergh dramatis kau* lepas tu membebel lah kat blog kau dengan harapan tiada orang baca dan terasa. HAHAHAHA

Well I'm lucky to be surrounded with wonderful friends as of yet. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. dan Allah Maha Adil. So tak payah sesak-sesak kepala otak nak fikir, tak payah nak sesak-sesak dada nak terasa hati. Ok?

Notakaki: Sebab tu lah bila berbuat baik dengan orang, buatlah baik tanpa mengharap balasan, buat dengan ikhlas.

Sunday, July 24, 2011

#30 days challenge - Day 3

Your idea of a perfect first date

Hm hm dah lama dah tak dating ni sebenarnya. Hahaha pastu aku ni pulak boleh tahan jiwang orang die, kalau dating tak pegi mana-mana pun takpe. Asal dapat spend masa together. Hahaha eii tah pape :P Tapi dia tanya my idea for the perfect FIRST date kan, so marilah menggunakan imaginasi ini.

1) No flowers please, that would be too cheesy plus I don't know how to take care of flowers :) Tapi kalau nak bagi chocolates tu plus point la hehe
2) Orang yang ajak dating tu mestilah exudes every charm and be a total chivalrous guy, that is, kalau dia nak buat aku sangkut la hoho. Yeah I'm a helpless romantic at heart LOL
3) Kalau boleh takmau la over jiwang sangat on the first date. Baru first date dah kata sayang, nak marry me (over gile), macam pelik je haha. Nanti awkward pulak, rileks rileks sudah hehe.
4) Have a very nice conversation, sembang pasal ape-ape aje, dan tak terasa masa berlalu. I really like guys that I can have any proper conversation with.
5) Selalu orang bayang kalau first date ni pegi makan kat tempat romantik2 kan aww aww, tapi kalau aku cukup la kot makan biasa2 je, Even makan bihun sup utara tepi jalan pun sedap haha. Yang penting makanan tu mesti sedap ! LOL 

Yeah tengok, takde la demand sangat pun aku ni kan hehe.

Notakaki: dah tak reti nak berdating dah hahaha

Coz you, light up my life.

Was just back from an amazing trip to Cambodia. Gained a wholesome and insightful experience. Opened my eyes and broadened my perspective. Not to mention getting a job opportunity :) On the downside, my face is tanned. Or sunburnt. Sigh. The wonders sunlight can do to your face.

Will update later on Cambodia trip. Currently I am smacked in the middle of packing for the beginning of my final semester, next Monday. Tsk. Time flies, it really does. Will also continue my quest to complete the 30days challenge. Haha. I should be off now. And before that, a sneak preview;

Yeah how about I bazooka you baby? Coz you just bombed my heart :)

Toodles~

Thursday, July 14, 2011

#30 Days Challenge - Day 2

Day 2 -Your Favourite Movie


I'm not a movie buff, I rarely go to movies because I rarely have time for it. Would usually put it off to some later time but in the end I end up not watching it at all. Besides I am more to watching TV shows rather than movies.

Kenapaaaaa tak tanya pasal Favourite Book?? Then I would have the answer for it tsk. Well then, I guess my favourite movie of all time is;


Yes yes, pandai pun baca. Schindler's List is directed by Steven Spielberg, and is about a man named Oskar Schindler who was provided with a list of Jewish men from his factory workforce. It revolves around the era of which Jewish people were hunted down by the Nazis and were sent to concentration camps.

Notakaki: Gila malas la nak buat challenge 2nd ni. Haha

Tuesday, July 12, 2011

The man I'm gonna love,


is the man who appreciates my desire to show that I am strong, inside and outside.
Though I may ask for his help from time to time;
He will not see me as a weaker person than him.
But instead an equal.

He appreciates the need for me to be independent,
because I need to do it, at least for myself.

He does not scoff at my dreams;
my ambitious goals, although they really seem unrealistic, non achievable.
Instead he smiles at my words, and give me his support,
whatever it is I would want to be doing.

So let the countdown..begin.

In another 3-4 days' time, I will be close to realizing one of my long-term goals for this year.

CAMBODIA, I am coming for youuuu :D

Masa aku cakap aku nak pergi Cambodia, ramai orang tanya "Asal? Nak buat charity ke?" Hahaha. Takde benda lain eh korang nak fikir? Let's see, Cambodia's famous attractions are:

1. Angkor Archaeological Park, Siem Reap.
Kan masa belajar sejarah dulu kita ada belajar pasal temple/kuil. Semasa pengaruh agama Hindu yang tersebar di sekitar negara-negara Asean, banyak kuil-kuil yang didirikan. Kuil juga berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan ibu kota selain dari menjadi tempat beribadat.
So this Archaeological Park, spanning over 400 kilometres square, contains remains of magnificent temples built during 9th to 15th century. Among famous temples known are Angkor Wat, Angkor Thom and Bayon Temple. This massive complex saw the conversion of religion of the kings who lived here, from Hinduism to Buddhism and back to Hinduism again.

Angkor Wat and the moat in front of it. Magnificent.

Beng Mealea - one of the temples. Beautiful ruins.

Ta Prohm - for those Tomb Raider's fans, you might recognise this.

2. Tuol Sleng Museum, Phnom Penh.
Kalau masa kat Siem Reap, indulge dalam history of early civilizations and early religions, kat Phnom Penh pulak indulge dalam communism history of Khmer Rouge regime lead by Pol Pot. One of the most evil dictators ever lived, and he's already received his punishment for his deed to the Cambodia people. Basically, during this regime ruled Cambodia from 1975 to 1979, it is popularly known for its social engineering (yeah macam Hitler buat) which ultimately lead to genocide. Khmer Rouge is actually French for Red Khmer; responsible for the deaths of 1.5million people. 
Tuol Sleng Museum is a school which was converted into a prison during Khmer Rouge's short rise in Cambodia; Tuol Sleng meaning Hill of the Poisonous Trees. In short, it is a concentration camp, much like Auschwitz. Only 7 or 8 people survived this prison.


Bed for prisoners, or probably place of torture.

Waterbed - one of torture methods.

Skullmap of Cambodia.

So these 2 are the main attractions for me to visit Cambodia, apart from observing the city, the villages and people who live there. Not to forget the vast Mekong River too. So sebelum berangkat pergi, marilah study terlebih dahulu supaya tak lost bila kat sana nanti. LOL :) I'm a history buff, and is really interested in Communism history, Nazism and World War II stuff. Call me weird, but WWII actually shaped some of the countries' political style and most of the world history besides causing the Baby Boom. Doesn't hurt to learn history, right?

Notakaki: Pictures and information are sourced from Google, Wikipedia and Wikitravel. My own pictures? Tunggu lah lepas balik nanti :)

Monday, July 11, 2011

#30 Days Challenge - Day 1

Tiba-tiba gatal nak buat 30 days challenge ni. Sebenarnya benda ni dah lama berlegar-legar kat blog orang lain tapi baru sekarang terasa rasa macam nak buat. Kalau rajin buat, kalau tak rajin, postpone dulu ah. Hehe. List of things for 30 days challenge tu ada kat tepi blog ni, if anyone would care to read :D So kalau cik Nenek Piah nak buat challenge ni, jom lah kita buat ! Ok lah, enough babbling and let's go straight to the zoo eh challenge !

Day 1 - Your Favourite Song

Boleh tak kalau nak tukar title dia ni? Haha sukati je kan, eh biarlah aku yang nak complete the challenge kan ! Nak tukar to Your Top 10 Favourite Songs. Kalau tengok kat Playlist Most Played dalam mp3 handphone ni;

1. This Love by Maroon 5 - 
2. Resistance by Muse
3. Yellow by Coldplay
4. Life in Technicolor by Coldplay
5. Breakeven by The Script
6. For The First Time by The Script
7. We Cry by The Script
8. Dealova by Dewa19
9. Clocks by Coldplay
10.Mengapa by Nicky Astria

Gila tamak ah kau aleen. Dahla modify sesuka hati je task ni, lepas tu nak letak sampai 10 lagu haa kan bila nak letak youtube dah macam banyak sangat. Hehe tapi kesimpulannya you can deduce from the list above that I basically love UK bands, personally I think they are great and their songs have great musicality in it cewah (Kalah Siti Nurhaliza nanti kalau aku belajar music gak hehe). Eh tapi The Script bukan UK band, they are Irish. Ah tapi dah dekat dekat Ireland dengan UK so lebih kurang sama la tu LOL. Maroon 5 is another band yang aku minat gila sampai sekarang, especially their vocalist Adam Levine *fikiran melayang jauh*. I really listen to music and I am kind of drawn to popular music/ pop music. Yang indie tak layan sebab tak reti nak cari kat mana. Memang layan mainstream music je lah aku ni. 

Okay, challenge 1 completed dengan jayanya ! 


Still waiting.


Wait for the boy who pursues you.
The one who will make an ordinary moment seem magical;
the kind of boy who brings out the best in you and
makes you want to be a better person.

Wait for the boy who will be your best friend;
the person who will drop everything to be with you at any time
of the day no matter what the circumstances.

Wait for the boy who makes you smile like no other boy
makes you smile, and when he smiles you know he needs you.

Wait for the boy who wants to show you off to the world
when you are in sweats and have no makeup on, but
appreciates it when you get all dolled up for him.

And most of all, wait for the boy who will put you at the center
of his universe, because obviously he is at the center of yours.

source: leilockheart.tumblr.com

Notakaki: Jiwang, jiwang jugak tapi realistik pun kena. Hihi

Sekitar Wedding Atie.

Atie, my housemate, baru melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangannya, Yussamir pada 2 July 2011 bertempat di Taman Tun Rahah, Bukit Katil, Melaka. Cewah gila ayat macam copy sebijik kat suratkhabar haha :)

Masa nikah ialah masa yang air mata pun sibuk nak keluar jugak. Haha. Terharu plus sebak kot. Terbayang pulak time aku kahwin nanti. Macam kelakar jeeee. Alright, enjoy the pictures, credit card to Omar and Daly for the pictures ! :)

Beautiful solemnization. Nangis-nangis aku dibuatnye kau ni atie oi. Hahahaha

Admiring her rock :)


Near the pelamin. Theme is Red for the bride tapi saya sorang je yang pakai merah wuwuwu~

 Nasi Minyak time !

Sementara menunggu Atie bersalin pakaian.

Dari pagi sampai la ke tengahari kat rumah Atie for the wedding, petang pergi celebrate birthday Momo dan jalan-jalan Melaka ! (Macam tak pernah jalan-jalan before ni hehe)


Rombongan beberapa kereta :)




Last but not least, didoakan agar rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaAllah. We will miss you Atie ! Have a happy life together with Mr Yussamir :)



Notakaki: Belum bercadang nak kahwin. Ada calon? Haha.

Sunday, July 10, 2011

Come July, everything is coming to an end.

Just received my results through SMS. Damn I regret this time registering for SMS results because I was really caught unprepared for it. Tengah happy-happy lepas balik shopping with my mum and sister, tiba-tiba dapat mesej. Terus tarik nafas macam orang semput sampai my mum pun terkejut. Haihs.

I did okay, I guess. Was just disappointed with this Finance Law subject. Utterly disappointing, rasa macam nak hempuk je. Spoiling my results pfft -.-"

Anyway, brushing aside the issue of my results *tepis tepis habuk invisible*, with me passing this semester, this means I will be advancing to my final semester which starts end of this month. This also means that my student days are coming to an end. Hence the post's title hahahahahaha.

Itupun kalau tak jadi sambung belajar lagi. I still can't make up my mind whether to further my studies, or to join the workforce. Joining the workforce pun ada option; to be a teacher with Teach For Malaysia or join the corporate sector. Hmm lotsa things to ponder before I finish this coming semester.

SATU SEMESTER JE LAGI TINGGAL. Dang how sad. My student days are coming to an end, at least for the time being.  Mesti dah tak boleh guna title student, contohnya nak karaoke on weekdays kat Ampsquare boleh guna studentcard, dapat RM11 je for 3hours, tengok wayang boleh dapat student price, shopping pun boleh guna student card etc etc. Haha itu je la yg define student days kau aleen?

I will be sorely missing the assignment fever, exams fever, the procrastinating mood, the walks to campus, the semester breaks, and the sheer joy when attending lectures and tutorials like you are doing one good thing you know? Haha. Nanti dah kerja tak boleh nak bersenang lenang sangat macam student days, instead you will have to work really hard because it defines your pay/salary. Tak kerja, tak dapat gaji, tak ada duit, macamana nak beli food? Haih macamana hidup ini adoi ter ber punnn.

Will sorely missing hanging out with my friends, my housemates, reunion sana sini. Go shopping or even makan-makan on weekdays.

One thing for sure, working life will never be the same with student life. Gonna miss student life for sure, but looking forward to working life. Alright then, all out for this final semester !! Leggoooooo :D

Saturday, July 9, 2011

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Hari ni hari yang bersejarah buat Malaysia. Yeah yeah, isu Bersih tak habis-habis.
I'm kind of proud to be Malaysian, because peaceful rallying and peaceful demos mean that we know how to exercise our democracy rights. Scrolling down the hashtags in twitter for Bersih 2.0 and all its related hotspots such as Plaza Pudu, Petaling Street, Masjid Negara makes me a bit nostalgic. All these places; I grew up here, in Kuala Lumpur. Though my home is at Rawang, but I practically roam KL streets more than I roam Rawang's.

Primary school is located at the heart of KL. SK Batu Road Girls School is located near Sogo, while SK Convent 1 Bukit Nanas is located near Puduraya and Masjid Jamek. My religious school was at Kg Baru, and my English class was at Masjid Jamek too. Heck, even my old house was at Kg. Baru. Mama's office is at Jalan Raja Laut while Abah's at Kg Baru.

Therefore, to watch all the drama unfolding in the heart of KL, I feel a bit proud, a mixture of sadness and pride to see Malaysians coming together to try and exercise our rights. I'm not saying I'm advocating and supporting the Bersih rally as hard-on as certain people, I'm also not a big fan of the suppressing the need for proper democracy. My opinion is that of an idealistic person, always trying to be and see everything as perfect. I was kind of upset with the rally because it turned political, and biased on certain political parties. It is supposed to be a non-political rally yet the slogan "Reformasi" was shouted again and again. That was an 11 years-old slogan, and non relevant to what Bersih is fighting for.

That is all I have to say. Anything else, I don't dare to comment. :)

Wednesday, July 6, 2011

Little Trinkets #1 - Outward Bound School

Ceh saje nak letak title Little Trinkets ni untuk segala cerita-cerita manis supaya tak luput ditelan memoriku yang lemah. Haha. Cerita Little Trinkets hari ini ialah mengenai pengalaman aku menyertai Outward Bound School di Lumut, Perak.

Masa first year kat Monash, hujung tahun 2009, nama aku dan kawan-kawan yang lain dah Petronas panggil untuk pegi OBS ni. Tapi pada masa tu, aku bercadang nak tangguh dulu atas 2 sebab:-
1) Aku nak buat summer school
2)Aku nak tunggu kawan-kawan sebatch time IB kat Australia dan NZ pergi, nak pergi sama diorang.
Jadinya aku terpaksa lah menunggu lebih kurang setahun untuk pergi the next OBS. Kawan-kawan yang dah pergi tu, dengar cerita-cerita diorang pun aku dah excited gila nak pergi. Laut, kawan-kawan rapat, outdoor activities, aku pikir macam the ultimate holiday experience lah.Tambah lagi masa aku pergi tu tepat pada waktu aku perlu merawat hati ecewah. Kira macam membawa diri lah gitu. Haha ultimate tak ultimate, we'll see..

Jadinya, on the day kitorang bertolak ke Lumut, Perak untuk OBS, kitorang berkumpul lah kat Tower 2 lobby KLCC untuk briefing before naik bas. Masa ni dah happy gila jumpa kawan-kawan lama masa IB. Naik bas, bertolak lah dalam 3-4jam perjalanan ke Lumut. An uneventful journey I would say. Siap tertidur-tidur tersengguk-sengguk terlentok-lentok lagi haha. Bila dah sampai pekarangan OBS tu, semua dah start bangun dari tidur dan jenguk ke luar tingkap, semua macam ada question mark atas kepala hahaha. Wondering what is in store for us.

Turun bas, masuk dewan besar, nampak dah tertera "To Serve, To Strive and Not To Yield." atau maksudnya "Berkhidmat, Berusaha dan Tidak Mengalah." Cewah kau, Tidak Mengalah? Kemain lagi. Lepas tu mula lah sesi membahagikan peserta kedalam group-group. Aku dimasukkan dalam group Camah. Group-group yang lain ada 5 kot tapi Beremban je nama yang aku ingat apesal entah. Ingatkan sekadar nak berkenalan je, rupanya ada some paperwork macam borang kebenaran parents etc etc gambar la ape la. Instructor Camah, David tiba-tiba buat kejutan kata suruh serahkan semua makanan yang kami bawak. Bukan takat handphone je kena simpan, makanan luar pun tak boleh bawak masuk. Tapi aku degil la sikit, ambik 2 3 bijik Mamba simpan dalam beg. Haha jahatnya laa apesal takmau dengar kata? Ala, tapi Mamba tu aku makan cepat-cepat bila masuk dorm.

Pergh, dorm. Aku dah kira masa first time panjat tangga naik atas dorm dia. 90 steps ! Basah lenjun woi dengan beg berat-beratnya, tangga takmau tak curam pulak tu. Letak beg, berehat, then malam baru sesi suai kenal.

1st day - Tangga 'keras'

2nd day
Breakfast dah siap-siap pakai wet clothes lagi. Aku sarung crocs aje sebab kalau kasut lain aku takut berat bila basah. Harini belajar pasal Roping and Knotting. Attention is needed sebab nanti akan digunakan masa camping dengan whaling. So aku pun dengan group Camah yang lain bersila menghadap laut, belajar dari David macamana nak buat knot berbagai jenis. Lepas lunch, belajar pasal sail dan cara melipat dan memasang sail. Ada 3 sails untuk whaler kitorang, takyah tanya apa nama sebab aku dah tak ingat hahaha. Petang, kitorang naik atas whaler dan belajar rowing. Ada captain, dan 10 orang mendayung, sorang lagi jadi navigator whaler. Whaling ni bukan mendayung kedepan macam biasa tengok, tapi mendayung ke belakang. Isyarat keramat dia, "Dip, Pull, Up!" Gaya macam sailor pun ada haha.

Malam tu, kitorang ada briefing pasal esok punya expedition. Whaling expedition starts from 9.30am dari base camp ke Pantai Syawal. Lepas briefing, pergi ambik ration makanan untuk satu group sebab nanti kitorang akan camping kat situ so kena atur siapa ambik kayu api, siapa masak, siapa buat khemah blablabla. Nak dijadikan cerita, beg sendiri tak boleh bawak, kena guna drybag yang disediakan OBML dan beg tu kecik sangat sebenarnya. Ye la, org perempuan kan. Tapi aku sumbat jugak selimut dengan bantal kecik + satu set baju spare + toiletries + towel + jaket. Malam tidur dengan penuh debaran hahaha.

Expedition day
Pagi-pagi lagi dah angkat semua barang-barang whaler load atas kapal. Then drybag kitorang hantar pergi mothership (macam alien je bunyinye haha). Barang-barang atas kapal termasuklah jugak bekalan lunch kitorang untuk hari itu. Ada la satu periuk besar nasik, satu periuk lauk-lauk dan buah-buah, 12 botol air dan 2 Jerry can. Route untuk expedition hari ini ialah dari base camp towards Sg Manjung heading toJambatan Tuanku Bainun lepas tu patah balik dan terus ke Pantai Syawal. Sebenarnya kalau dari base camp, straight je ke Pantai Syawal tu. Biase la, tak nama la camping kalau tak torture campers kan? Hahaha.

Awal-awal lagi, semangat + kudrat ada lagi.

Nak dijadikan cerita, masa kat tengah-tengah laut, tiba la pulak hujan lebat yang amat. Dan bila kita di tengah-tengah laut yang pantai pun tak nampak, angin punya la laju yg amat. So untuk memudahkan kitorang whaling tak penat, kitorang bukak la sail. Angin menyambar, lepas tu laju gila whaler tu sampai bila navigator pusing ke tepi, whaler senget macam nak jatuhkan kitorang dalam laut. Masa tu aku tak peduli pasal basah lencun, yang aku paling taku kalau terjatuh dalam laut je. Kalau before hujan, boleh nampak kapal-kapal lain kat depan or belakang kitorang. Masa hujan, nampak putih je sekeliling. MasyaAllah je lah yang aku boleh cakap time tu. Bila hujan berenti, sedar-sedar kitorang dah dekat gila dengan pantai bakau ni sampai kalau terlambat navigator tu pusing wheel, boleh crash dah. Huhu instructor ikut, tapi dia let kitorang do everything, cuma tambah-tambah bila perlu je.

 Side kanan whaler.

Disebabkan hujan, maka kitorang terlambat nak saing kapal-kapal lain ke Jambatan Tunku Bainun, jadi kitorang lepak dulu kat area bakau tadi sambil makan lunch dalam mess tin. Bahaha bapak lapar semua time tu sampai tak peduli tangan kecut ke baju lencun ke yang penting dapat makan. Walaupun nasi dengan sambal ikan bilis kacang dengan kobis goreng ala kadar je, licin kot mess tin semua orang. Lepas lunch, sambung whaling ke arah Jambatan sambil slow-slow menikmati angin lepas hujan.

Side kiri whaler.

Tadi start whaling pukul 9.30am kan? Lunch kitorang dalam pukul 1 lebih. Jadinya dah berapa jam atas kapal. Bukan ada toilet pun. Boys yang tak tahan ni terpaksa lah ambil pelampung/buoy yang dah terikat dekat kapal dan terjun dalam sungai untuk lepaskan hajat diorang. Hahaha girls? Gila apa nak membuang macam tu sambil disaksikan ramai orang? Tahan aje laaa :/ Kapal kitorang sampai area Jambatan dalam pukul 3 petang. Lepas tu patah balik dan menuju ke Pantai Syawal. Masa ni semua orang dah gila nak pengsan, penat gila. Aku sampai berblister jari sebab kayu rowing tu berat dan rowing je all the time. Bayangkan lah, sambil nak whaling, sambil kena pasang sail. Pasang sail bukan boleh pasang macam tu je, kena tarik tali dia lagi. Kena angkat main sail punya kayu lagi.

At last kitorang pun sampai la ke Pantai Syawal, pukul 6.30pm. Dah nak gelap time tu, nasib tak hujan je. Cuba kira berapa jam ada atas laut? Almost 9 hours la jugak kan. Sampai pun bukan boleh rehat terus. Kena anchor kapal, unload kapal, pasang khemah, masak, mandi tukar baju blablabla. Paling tak boleh dilupakan, telaga tempat kitorang mandi tu, rupa-rupanya ada katak ! Euwwwwww nasib aku tak jadi mandi sebab tak sempat. Eh kantoi ahaha. Aku tukar baju bersih je. Ala satu malam je pun.


Camah atas Whaler tak ingat nama- lepas hujan yang menggila

Buat khemah - 2 untuk lelaki 1 untuk perempuan. Masak masak, makan makan, aku rasa macam tertelan pasir sikit pun ada huahuahua. Anyway malam tu aku tidur siap pakai socks dengan selimut dengan jaket siap ada bantal. Sejuk gila kot pintu khemah mana ada. Khemah askar segi tiga je yg open wide kat depan dan belakang dia.

Pagi esok, masak breakfast, makan-makan then load kapal. Bertolak lah kitorang balik ke base camp yang tak jauh sangat tu. Bertolak dalam pukul 7.30, sampai pukul 9.30. See I told you it's not that far kan? Kemas-kemas barang, simpan sail simpan whaler ape sume, balik dorm. Semua pakat tidur terbongkang sampai la time lunch.

Baru satu expedition nak cerita lagi satu ni. Tapi dah panjang sangat lah pulak hehe. Nanti lah sambung lagi. Zzzz

Notakaki: Eh lupa nak cakap, cantikkk sangat Pantai Syawal tu. Pasir pun bersih je. 

Masih tak boleh.

Haha katanya Wordless Wednesday, tapi aku tak dapat pun nak memenuhi kriteria Wordless tu sebab aku lagi suka explain kot. Hehe. Maybe aku akan try lagi next week :)

Don't you ever get sick and tired of thinking about the same thing over and over again?
Well, I do, but I still can't do anything about it.
Bosan lah, susahnya nak lari dari fikir benda yang sama. Orang yang sama. Perkara yang sama.
Barang yang lepas jangan dikenang, konon.
Nak suruh diri jangan ingat pun still kena fikir pasal benda tu dulu baru cakap kat diri, "Woi, jangan ingat dah la pasal tu !"
Masih kena ingat juga.

Bila lah agaknya semua ni akan berlalu pergi?
Soon, I hope.
Aku takdelah depresi mana pun. Takdelah sedih apa pun. Tak langsung
Cuma sometimes we need our own space. Now and then nak juga merasa nak bernafas.
Dan terkadang tu rasa penat dan bosan melayan fikiran yang sama berulang kali.
Kthxbye.

Wordless Wednesday #1

Memang sesuai sangatlah tu. Nak menulis, tapi idea macam tak sesuai. So..


There you go, my first Wordless Wednesday. Wordless sangat lah kan :)

Monday, July 4, 2011

Men vs. Women - an ancient old question/war/debate.

I have always ponder over the question of gender equality, since forever. Pre-civilisation has always agreed on the notion that men are superior to women; in terms of strength and energy. Men has always been the leader. Even in Islam, there is the famous saying of "Lelaki ada 9 akal, 1 nafsu manakala wanita ada 1 akal, 9 nafsu." Ye lah, aku nak tolak kereta yang double park hari-hari depan laundry pun kadang-kadang mintak tolong abang-abang or pakcik-pakcik yang bersidai kat CC sebelah laundry. Kadang-kadang tau, bukan tiap-tiap hari hehe. Kuasa menjatuhkan talak pula terletak di tangan suami (lelaki, duh) bukan di tangan isteri. This reflects the mental and emotional strength of men as compared to women.

Aku bukanlah nak cerita pasal apa kelebihan lelaki apa kelebihan perempuan. But simply to argue on a very annoying yet intriguing thought that has been lingering on my mind since ever. Why is it, when women do something that has been the men's tradition, diorang akan diangkat macam oh my super cool gila hebat gila boleh buat kerja lelaki? Whereas when men do something that has been the women's tradition, diorang akan dipanggil pondan la, lembut la, macam degraded pun ada kalau jadi perempuan ni.

Contohnya:
1. Kalau perempuan jadi ahli bomba/main bola ke, people would say "How brave of her to venture into men's world." or something to that effect lah.
2. Kalau lelaki jadi nurse/ main bola jaring( yes i am serious ada netball for men), people would say "Apehal ntah nak buat kerja-kerja pompuan ni?" "Bapak lembut ah wey jadi nurse." or something to that effect jugak. Walaupun kerja tu kerja yang mulia macam kerja jadi nurse.

Get my point?
Why do we have to have such stigma? Sama la macam kalau putus tunang ke cerai ke, mesti janda tu yang jadi target, jadi bahan umpatan. Sedangkan laki dia yang abuse, yang cari pompuan lain kat luar. Macam argument the Obedient Wives Club yang aku sangat tak setuju, "Husbands stray because wives do not satisfy them in bed." Bodoh ke ape? Kalau tak satisfy tak boleh bincang? Lepas tu nak salahkan perempuan semata. Or kalau dah habis hebat pun isteri dia kat ranjang, dia still 'makan luar', pun salah perempuan jugak? So lelaki boleh la guna excuse dia ada 1 je nafsu. Camtu? Haa kan dah emo.

I wish that I don't have to fight in this world to be as equal to men. Semua kita buat dalam dunia ni, semua nak buktikan yang orang perempuan setanding orang lelaki. Tak kisah lah pasal ni pun. Even my writing from the beginning pun dah berbaur gender equality hahahaha. Kesimpulannya, nak buat macamana, inilah salah satu fitrah manusia la kot. Huhu.

Notakaki: Perempuan dan lelaki memang sama memerlukan. That fact I don't deny.

Saturday, July 2, 2011

Dobi mendobi pendobian.

Hello hello ! 
Hari ni rasa macam nak share beberapa tips tentang pendobian supaya cucian dobi anda mendapat kebersihan dan kewangian yang optimum.  Tips ini dibawakan khas untuk anda oleh Jasmin Laundry - Cleans with Care hehehe.

Ye lah ye lah tau la korang semua ada mesin basuh kan, takpun hantar dobi je, takpun humban je dalam beg pastu bagi kat mak/adik/kakak suruh diorang basuhkan. But still, kalau tiba-tiba diorang outstation ke, kedai dobi tutup sebab mogok sabun naik harga ke, ha kan ke kena handle sendiri. So apa kata belajar tips ni sikit. Sikittt aje tak banyak *paksa*

1.Sorting
Ha ni satu benda yang penting yang selalu orang malas/lupa. Selalunya humban je semua satu bakul dalam mesin dengan jeansnya, baju putih nya, baju kain silk ke. Bukannya peduli jeans tu turun warna ke, pastu kena kat baju putih tu ke, lepas tu silk tu koyak lepas habis basuh. Lain kali, sebelum start pusing mesin tu, sort dulu baju-baju korang tu ikut warna and jenis kain. Jeans dengan jeans, baju putih semua sekali, baju warna-warna semua sekali. Jangan main campur je, pastu bila turun warna mula lah menggelabah, last-last buang je baju yang kena warna turun tu haih.

2. Pre-wash
Ever wonder why stains dekat kolar or wrist baju korang tu tak hilang? Sebab before basuh korang tak genyeh sikit kat situ, Haha genyeh kan. Kalau korang tengok iklan Breeze ke Dynamo ke, kan ada diorang tunjuk sapu sabun kat situ sikit, tenyeh then baru masuk mesin. Haa, janganlah malas, baju korang jugak kan.

3. Washing
Masa nak membasuh tu, pastikan sabun detergent yang digunakan tu hancur betul baru masukkan baju. Sometimes kita masukkan baju, tabur sabun then baru pasang air kan? Lepas tu perasan tak lepas dah habis basuh, ada white stains macam pasir melekat kat baju/seluar korang? Haa tu la tu, malas lagi, kan dah dua kali kerja hahaha :P

4.Softener
Sesetengah kita memang terus masukkan softener sekali dengan sabun but trust me, korang susah la nak dapat kewangian yang maksimum kalau buat cenggitu. So what you can do is wait until the last cycle of the machine, masa dia isi air for the final time tu, baru lah korang tuang softener. Barulah dapat kewangian yang maksimum muahahah. Kalau tak, bau sabun je yang kuat. Betul, true story hehe.

5. In case kalau berlaku penurunan warna jugak
Takyah kalut, takyah cemas. Cepat-cepat rendam baju yang turun warna tu dengan air panas + Vanish. I can safely say that Vanish is the best stain remover that will not bleach your clothes. Lepas rendam for an hour or so, berus la kat tempat yang kena warna tu then basuh sekali lagi. InsyaAllah the stain will go away.

Kalau malas sangat or tak sempat nak buat perkara-perkara diatas, hehe senang je, hantar je kat Jasmin Laundry okehh?

Notakaki: Kalau tak menjadi jugak, jangan saman pulak. Ini semua berdasarkan pengalaman selama bekerja di kedai dobi :D

Friday, July 1, 2011

Pseudoscience.

What do you do when you wanted to get info on something, say, how to have thick and luscious hair? The fastest way is of course through Googling it and lo and behold, thousands if not hundreds of website links will appear in less than a second in front of your eyes. You will then proceed to clicking on several links you think are appropriate and reliable, and the reading starts.

This is a normal phenomena especially for the new generations, due to our high exposure to the internet. Everything is on it now. I couldn't even imagine doing my assignments without it; that would mean going to libraries and looking up the journals manually, and then writing down by HAND the citation and references. But do you know that you may fall into the trap of pseudoscience while doing so? Pseudoscience may also appear in lots of self-help books, of which thousands are published every year.

What is pseudoscience?
It can be defined as claims presented so that they appear to be scientific, when in fact they lack supporting evidence and plausibility (Shermer, 1997).
The word pseudo itself means 'fake'.
For example, these people tend to use scientific and complex jargon just to enhance their extraordinary claims - "This product contains nano molecules and biocosmic energy besides containing psychotronic amplification system." Blergh, at one glance, one may be impressed with the product as it contains so many scientific terms that surely will benefit. But when you look closely and think with scientific reasoning, (to critically think does not mean to criticize everything), you can see that it actually contains no truth. Zero. Nada. Maybe a little. But not so much as the product claims it could be.

Haha I am probably boring you all with all these scientific psychology jargon and terms too, but let's face it, we should not believe everything that we read and see. We should have a critical mind, and ask questions about the issue. Just because it contains such impressive words doesn't mean it could be true. It could be, but it doesn't hurt you to think right?

'Pop' psychology. Popular psychology. For instance, self-help books and websites about breakups, nutrition, and lots more. Falling prey to these pseudoscience stuff may sometimes be harmful. So please, be careful and have a critical mind while you read for information and knowledge.

Notakaki: To be critical and to think critically are two different things.

Aduh Sayang Madu Tiga

Hehe tu tajuk lagu-lagu P.Ramlee lah okay? Entry kali ini nak mengimbas memori kenangan silam; zaman sekolah dulu kala. Zaman join orkestra sekolah5-6 tahun dulu. Ini lah antara aktiviti yang aku join kat sekolah dulu yang meninggalkan kenangan amat manis ! Mana taknya, dapat peluang perform depan Sultan Kedah yang comel tu :) Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan berangkat mencemar duli hampir setiap tahun pergi ke sekolah kitorang untuk merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang masa Hari Anugerah Cemerlang. Aku masa sekolah dulu takdelah gila pandai selalu dapat top3 dalam batch kan, tapi aku lah antara minah-minah yang suka join persembahan kat sekolah, be it either menari, orkestra, koir, gamelan pun ada hahaha. Sampai kalau MPP handle budak-budak punya orientasi ke ape, mesti aku kena pegang AJK Persembahan =.= Tapi takpe, kalau dah suka apa salahnya ye dak?

Berbalik kepada orkestra sekolah ni, aku paling rindu masa training lah, dengan Cikgu Rostam, Sir Tan. Masa main Alvamar Overture, pehh aku selalu kena sebab xylophone ketuk tak kuat hahaha.Tapi aku suka sangat sebab kawan-kawan band semua rapat rapat semua suka tolong-tolong each other. Yang orkestra tu memang every year akan pergi bertanding Wind Orchestra SBP. Yang paling aku tak boleh lupa masa form 5, training untuk persembahan HAC, combo orchestra. Combo maknanya ada gitar dengan keyboard, yang dalam wind orchestra takde. So untuk tahun 2006 tu, kitorang buat medley lagu-lagu PRamlee, aku ditugaskan kat bahagian keyboard.

Haha nak cerita feeling orang yang join orchestra kepada orang yang tak join ni susah jugak, tak tau macamana nak gambarkan. Kadang-kadang sampai masa tuning tu pun kitorang boleh ingat sebab bunyi tuba yang kelakar haha. Lepas tu melodi lagu yang dah lekat pun sampai dah balik hostel kitorang dok humming lagi. Padanlah budak bukan band pelik dengan budak band haha :D

Aduhai, kalau lah aku diberi peluang nak ulang balik zaman sekolah menengah aku, aku nak pergi join orkestra balik, nak main balik lagu-lagu 'hantu' kitorang; Getaran Jiwa, Alvamar Overture, Joget Kenangan Manis, medley P.Ramlee etc etc lah. Yang medley tu seronok, sebab ada penyanyi-penyanyi sekolah menyanyi kat depan kitorang untuk Sultan.

Aku dulu masa lower form tak join brass band, sebab terikat dengan kokurikulum lain, yang paling tak bagi aku join band dulu ialah olahraga. Coach olahraga tu punya laaaa ketegaq tak bagi aku join sebab selalu clash training band dengan training olahraga. So time tu aku lupakanlah dulu hasrat nak join budak band. Tapi aku happy je sebab masa pergi MSSD kat UUM Sintok,budak-budak band akan datang sebab diorang akan lead perarakan atlet-atlet untuk upacara perasmian. Time tu aku happy la sebab dapat jumpa kawan-kawan tambah lagi bila lepas perasmian je, acara 100m akan bermula. So in a way, konon-kononnya aku rasa bila aku nak lari tu ada kawan-kawan datang tengok dan bagi sokongan jugak la hehe.

Rindunya zaman sekolah dulu, penuh dengan aktiviti. Dekat adik-adik aku pesan, kalau boleh join apa-apa aktiviti sekolah, join je lah, selagi tak abaikan pelajaran. Kami budak-budak gamelan dulu pun pernah jawab mid-term exam time tengah perform. Hahaha dengan baju gamelan kitorang duduk dalam satu bilik, jawab exam sejarah kot. Kenangan, kenangan.

Sejak masuk universiti ni, aku tak join sangat aktiviti uni sebab tak menarik. Kelab-kelab sukan ada, tapi tak menarik minat aku sangat. Fasiliti kurang, maybe sebab kampus kecik kot. Kadang-kadang envy gak dengan IPTA sebab diorang ada KARISMA lah ape lah. Hmm takpelah, dah rezeki aku kat sini agaknya. Dah nak final sem dah pun ni insyaAllah. Apa-apa pun, aku syukur sebab banyak sangat kenangan manis aku time sekolah dan alhamdulillah benda-benda yang aku join banyak membantu aku sampai sekarang. Wah tetiba nak sebak kannn.. hehe

Notakaki: Explode 0206 banyak mencorak sebahagian besar hidup aku sampai ke hari ini :)