Friday, July 29, 2011

Ancora Imparo

Betul lah masa tu berlalu dengan speed yang amat pantas. Sedar tak sedar dah habis dah minggu pertama semester terakhir kat Monash ni. If I am not careful, nanti sedar-sedar dah end of week 12, dah masuk study week. This week is a very flat week for me, academically. But socially, fulamak ai, kemain lagi makcik ni berjalan you. Hahaha. Monday ada kelas sampai petang, Tuesday kelas sampai 11am, terus pecut pegi pyramid nak shopping. Rabu pulak hm entah dah tak ingat buat apa tapi yang pastinya banyak gak keluar. Dan semalam, sepanjang hari di luar rumah berfoya-foya kat OU then malam tengok bola.

Oh Wednesday ada interview untuk part-time job as a KUMON tutor kat Kelana Jaya. 10 minit je dari Sunway, takde hal la siap cari jalan sorang-sorang lagi haha. Keperluan untuk ada GPS tu zero langsung untuk aku sebab aku rasa signboard kat KL ni dah paling efektif dan sangat membantu dah. Bukan macam kat Melaka yang signboard dia mesti terlindung belakang pokok asdfghjkl pfft. 

Anyways, lepas minggu ni insaf la nak berfoya-foya sesuka hati macam takde tujuan dah haha. Sebab apa, sebab minggu depan dah masuk week 2, bila semua lecturers tutors and students dah mula jadi serious. Mula menunjukkan ke-kiasu-an masing-masing. Mula pulun sepulun-pulun yang mungkin. Cakap pasal kiasu, aku teringat pulak masa kelas TV studies tutorial haritu. The tutor divided us into two groups for a debate about the pros and cons of television. Aku dalam the opposition group, dan dalam group tu ada banyak org, more than 5, 10 maybe. Dan sudah semestinya lah semua nak keluarkan idea masing-masing. Pulak tu aku blur lagi sebab I'm not an arts student, I'm a business student yo. So aku tak reti lah nak bagi pandangan dari segi arts viewpoint, contohnya macam "The usage of black and white features on television increase the seriousness of the message being communicated." so on so forth. Mana aku nak tau effect hitam putih kat TV ada kesan macam tu? Bila orang cakap, baru lah aku pun "Hmm?Ohhh yee, ye tak ye jugak kan." LOL. 

So, masa tengah berdiskusi tentang topik debate ni, aku diam je dulu sebab bagi laluan kat orang lain yang pulun eh yang melimpah ruah idea dia nak bagi kan. Towards the end, apparently my ideas semua orang dah luahkan. Semua pandangan aku rupa-rupanya sama je dengan pandangan orang lain hahaha. Tiba-tiba this one girl, South African I think, but she's not black, tiba-tiba je cakap yang aku tak contribute apa-apa pun lagi. Ok fair la kan, memang aku diam je dari tadi. Tapi ape hal kau nak point sampai macam tu sekali? Can't you just say politely, "How about you? Do you have any more ideas?" instead of  "You guys haven't contributed anything yet." Eh eh, macam ringan je tangan aku time tu hehe. Nasib baik tak. Zzzz So aku pun terus lah bagi contoh yang spontan untuk tunjuk yang aku ni takdela useless sangat di mata kau tu sambil cakap dalam hati Eat your heart out, you asdfghjkl ! Haha ok overrr mak, nyah =)

Turns out, bila time dia kena present and debate point dia, dia yang beriya-iya bersuara dalam group tadi, boleh tersangkut-sangkut bila berucap. Dari awal aku dengar points dia kemain lagi hebat, macam-macam isi, sudahnya masa debate cakap isi yang aku bagi tadi jugak. LAME. Ok this may be childish of me, tapi aku tak suka bila orang kurang ajar cakap macam tu. Mula lah aku mark dia as someone I don't like. First impression lah katakan. Maybe la jugak cultural differences kan yang menyebabkan jadi macam tu, tapi dah aku sentap nak buat camne ye tak? Sentappp hati mak noks =p

So kalau sebab cultural differences, aku kena lah belajar menerima dan adapt, camtu? Kalau dia pulak, tak perlu belajar menerima dan adapt budaya orang Malaysia yang cakap berlapik? Bak kata Monash punya slogan, "ANCORA IMPARO" -  Yet I am Learning. Jadi marilah kita bersama-sama belajar, haha bengong punya konklusi.




Notakaki: Tak sabar tunggu Ramadhan tahun ni. Tak mahu jadi jahil macam tahun lepas =)

No comments: