Friday, September 23, 2011

Loss for words.

Seminggu hiatus. Well actually lebih dari seminggu yang blog ni betul-betul aku spend masa untuk menulis. Ceh menulis. Gaya macam la penulis sensasi ke apa je. At the moment I am just fresh from finishing my assignment, so kepala agak weng sebab tak tidur sepanjang malam. Biasa, memang biasa dah buat macam ni. I work well under pressure, tapi aku rasa aku kena kurangkan sikap procrastination ni lagi-lagi bila nak membina kerjaya. Ceh sekali lagi ayat macam nak kena baling pen tuju dahi -.-"

Isn't it funny when the person(s) who always chastised you for being judgemental, or proclaim that he never judge people, is in fact the one who is the most judgemental of them all? I find it really funny (in a sarcastic way) when this sort of thing happen. Rasa macam nak jump up and down and shout "In your face dude!! In your face!" sambil jari tunjuk-tunjuk. Haha ape kekdahnye ni aku pun taktau la perangai ni aleen haih -______-

Anyway, minggu depan mid semester break. Tapi aku tak rasa aku akan dapat break pun sebab akan sibuk gila buat assignment dan prepare untuk presentation. Takpe lah, lagi sebulan aku boleh nak rehat panjang-panjang. Yang 30 days challenge ni entah bila nak setel -.-"

Ok byes~

Saturday, September 17, 2011

Sekali sekala tak update apa salahnya.

Sejak akhir-akhir ni malas sungguh nak update blog. Bukan sebab sibuk sangat dengan pelajaran (cheh) tapi sebab sibuk dengan keluar bersosial dengan kawan-kawan. Hello, bersosial bukan bersosial as in pergi clubbing macam tu ok. Bersosial yang mana kita memenuhi jemputan dan undangan-undangan beraya di rumah dan juga berjalan-jalan di rumah kedua iaitu Sunway Pyramid :DD teeheehee. Psst psst, actually nye kan, post yang pasal 30 days challenge yang terbaru ni pun dah lama peram dalam draft. Tinggal publish je hewhewhew =)

Kenapa lah lecturer-lecturer sem ni baik hati sangat sampai bagi extensions untuk assignment yang sepatutnya due minggu depan ada 2? Hahaha macam tak bersyukur tapi sebenarnya terlalu terlalu sangat amat amat free sampaikan rasa macam duduk Sunway sekadar untuk pergi kelas je. Penangan final semester yang tinggal 3 minggu sahaja lagi. 3 minggu okay, sungguh lah sedih nak tinggalkan zaman belajar. Kawan-kawan ku, korang taknak ke pegi tangkap-tangkap gambar dengan piknik-piknik macam kita plan dulu tu? Dah nak menghampiri penghujung sem niiii ;( Lepas ni bukan senang nak lepak sama-sama mengarut-mengarut gossip-gossip dahhh

Last week kawan-kawan Monash datang la ke Rawang untuk beraya di rumah :) Terima kasih la korang ye sebab jauh-jauh datang hehe; Riuh jugak lah rumah tu sebab bila semua berkumpul, main kad pulak lepas tu. Kecoh jadinya. 

Tengah melepak dan bergossip sambil makan kuih raya haha

Some of the girls yang datang :)

Lepas tu hari Selasa pulak kitorang pergi beraya ke rumah Atie dan Yussamir. Atie masak sup ayam dia yang famous tu, kena dengan sambal kicap, pergh! Haha wa yang tak tahan pedas ni pun buat buat tahan broo :D Thank you Atie sebab susah payah masakkan untuk kitorang hehehe 

Atie tengah bahagia sekarang ;) Hehe semoga Allah permudahkan urusan Atie sekeluarga lepas ni k baby :D

Semalam pulak pergi beraya dekat rumah schoolmate dekat Cheras, Laiqha. Dari awal haritu lagi dia asyik ajak pegi rumah dia, sekarang baru sampai. Hehe berkesempatan jugak la jumpa dengan Ruby dari UPSI dan Ateh. 

Well that explains kenapa lately gambar-gambar aku dekat FB dengan blog asyik berbaju kurung je. Haha sebab sakan beraya. Gambar-gambar adalah belas ihsan Sarah, Copia dengan Ruby :D 

Ok saya berazam lepas ni saya akan rajin update ok! 30 Days challenge tu tak setel-setel lagi ni. Hehe till then, toodles!

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #9

Chocolates. Peppermint chocolate. Sigh

#30 Days Challenge - Day 12

A photo of something that makes you happy

*Godek godek folder gambar dalam pc*

Sorry lah uolls semenjak dua menjak ni asyik post gambar raya je. Apa nak buat raya kan sebulan hiks :D

Yang berbaju pink tu of course lah aku. Yang baju biru tu adik bongsu aku. Nama dia Durah Jasmin. Umur 16 tahun, sekarang tengah belajar dekat Sekolah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer (SESERI). She previously was a national gymnast, based dekat Sekolah Sukan Bukit Jalil. 

Dulu masa dia belajar dekat SSBJ, every weekend dia boleh balik. Now dekat Seseri, sebulan sekali je boleh. So sekarang ni agak rasa lonely lah bila balik rumah time weekend, sebab si mulut kepoh ni tak balik. Kalau dia balik memang riuh rumah jadinya. Dengan si kepoh ni je la aku boleh turn on kan kegilaan aku ke tahap extreme. Kadang-kadang tu aku yang lebih hyper lebih gila dari si kepoh ni. 

She's very protective of her sister ni you know. Kalau dia nampak aku pegang baby, peluk-peluk baby, cium-cium gomol baby tuh, mesti dia merajuk punya lah. Pernah sekali dia tak keluar kereta sebab dia tau nak pergi kat rumah sedara aku yang ada baby. Punya lah jeles. Tarik muncung kalah itik serati agaknya. Boleh ikat buat tambat bot kot. Hahahaha :D Mana taknya, sampai sekarang pun, dah umur 16 tahun tinggi nak dekat sama dengan aku pun bila jalan-jalan mesti nak pegang tangan aku. Ha part ni yang paling aku touching sekali lah. Dah besar panjang pun, she's still my baby sister. Yang aku dukung dulu-dulu, buai kan, cium-cium gomol masa dia baby tu, dia jugak lah.

She is very multi-talented. Semua dia boleh buat. Sports, you name it. Menari, modern boleh traditional pun boleh. Debate, syarahan semua nak join. Nickname dia dalam family is Gila Kuasa. Haha. Senang buat kawan, very much opposite dengan aku. Kelakar bila aku ingat balik masa aku tengah interview EduCamp Petronas tu, aku boleh cerita banyak pulak pasal dia ni. Sampaikan interviewer tu interject dan tanya aku taknak cerita pasal diri sendiri ke.

Masa dia tengah mencapai kegemilangan dia sebagai seorang gymnast, aku mesti tak miss competition dia. Masa SUKMA dekat Terengganu, aku yang semangat gila pakai baju KL, bawak bendera KL, dok kibar sorang-sorang masa dia masuk carpet. Kebanggaan aku kat si kepoh ni memang tahap tinggi la.

Macam tak fair pulak kalau tak cerita pasal adik yang seorang lagi kan. Kejap nak godek album lagi.

Gambar raya lagi. Hehe tak peduli okbai zzz

Yang tengah sekali tu, Abu Zaki namanya. Adik nombor dua, umur 19tahun. Dia sangat pendiam, tapi diam-diam ubi berisi orangnya. Ha ini la kumbang di antara bunga adik beradik hewhewhew :D Anak manja mama, maklumlah anak lelaki sorang jeww *jeles* Haha dulu-dulu kan masa dia baru lahir aku marah betul sebab aku nak adik perempuan :P Tapi lama-lama lepas tengok dia ni chubby tembam gila, terus rasa sayang dan protective.
Dah tinggi gilaaaa dia ni. Kalau jalan sebelah dia macam pakwe makwe dah haha. Ini la kawan yang teman main basikal masa kecik-kecik dulu, teman kena kejar anjing.

So sorry la tak dapat nak bagi satu gambar je as per request. Tapi just nak habaq la kata ni la dua orang penyeri rumah kat Rawang tu ha. Lagi-lagi sekarang semua dah tak duduk menetap kat rumah. Sorang kat Sunway, sorang lagi kat Bangi, sorang lagi kat SBP. Bila weekend, memang aku look forward la nak balik rumah sebab nak jumpa budak dua orang ni.

Air dicincang takkan putus. To my dearie brother and sister, I wish you all the very best in whatever it is you guys are doing :D Love you lots xoxoxo, gossip girl *ttbe*

Thursday, September 8, 2011

Spontaneous Thursday - Rindu. Mati.

Hari ini mood aku agak melankolik. Rasa serabut je kepala otak. Semua lepas habiskan buku The Last Song tulisan Nicholas Sparks. Sedih sampai bergenang air mata aku. Macam tu baru lah cerita bukan tipikal bukan chiclit. Although memang ada selitkan cerita cinta, tapi cerita dia berkisar tentang hubungan anak perempuan dengan ayahnya.

Sejak akhir-akhir ini aku senang annoyed. Mungkin aku hanya bersikap defensif, mungkin juga aku betul-betul annoyed. Senang cerita bila annoyed, diamkan diri je lah. Disappear.

***********************************************

Rindu. Sangat sangat.
p/s tembam jugak pipi aku dulu-dulu.

Wednesday, September 7, 2011

I hope that you'll catch me, cause I'm already falling :)

It's already week 7 here in Monash and I'm already feeling the heat of assignments, presentations and revisions. Dangggg I really need to step up my game here or else I'll be doing last minute revision tsk tsk.

Anyway, I finally got the part-time job in Kumon, tutoring small kids in Maths and English :D In the beginning of this semester I decided to take up a part-time job just to occupy my very much free time due to only three subjects that I'm taking. I initially thought I would not get the job after the interview with the headmaster there, mainly because of two reasons, 1) She asked me whether or not I like kids and my answer is only "Kids? Hahaha. Bolehlahhh." And she raised her eyebrows in return. 2) Kumon wants me to commit for a minimum of one year and I'm already in my final semester which means I will start working, God willing, next year. 

Kids, kids, kids. It is not that I don't like them. But I don't know how to pamper them, manja-manja and talk babyish with them. I think that when I speak to kids, I tend to behave more like a teacher, a bit strict but in a loving way of course. Still, I cannot handle kids age 4-6 years old whom are naughty and a lil bit hyper than the rest of their peers. Lagi la kalau those kids kuat mencubit and memukul and annoying at times. Yeah sometimes I found them quite annoying. HAHA. Most of the time I just ignore them unless they came to me and talk to me nicely hehe *satu kriteria gadis idaman crossed off the list LOL*

I love babies more than kids. Yeaa, babies with their gurgles and chuckles and their baby smells. I can take care of babies better than kids. Oh my god don't you love their chubby cheeks and arms and legs? Kalau aku dah ada anak nanti aku nak pakaikan dia leggings comel-comel tu masa dia baby. Hehehe they are the cutest things on earth! Aside from the smurfs and cats and puppies, of course :D Kalau dengan babies reti laa nak cakap baby talk, it makes sense. 

Hm agak-agaknya nanti dah anak macam mana laaa? Can I handle my own kids? *tiba-tiba berbicara soal serious*

See, I'm wasting my time again and again! So for this month of September, I have two assignments due on the same week, well not much of a challenge, last semester lagi teruk kot. Haha berlagak kau ye Aleen, start assignment pun belum kan.

Ce tengok my planner for this September :) Takde la pack sangat kan, and there's the one week of mid semester break !

Two assignments due on the same week, Monday TV Studies assignment, Wednesday Marketing Law assignment. And whatttttttt, 19th they are already publishing the exams timetable?? Oh my this means I have so few weeks left here in Sunway awwww so sadddddddddd T_T
Lepas tu ce tengok planner for the month of October pulak;

October is not really that packed also. There's the International Business Strategy assignment due, and on the final week before Swot Vac there will be TV studies visual test in class, and the next day IBS presentation. Lepas tu Swot Vac! Swot Vac is actually Study without Teaching Vacation or Study Leave as we call it in Malaysia. Hah okay la tu, not bad for my final semester :P

Yeay! 5 weeks to go !! Not sure to be so happy or sad though.

Notakaki: You put your arms around me and I believe that it's easier for you to let me go. You put your arms around me and I'm home.

Saturday, September 3, 2011

A Sudden Revelation

Aku baru terfikir, serious baru sekarang benda tu macam hit me right in the face. Kalau la benda tu tangible, mungkin bunyinya dah macam *PANG!!!* kuat-kuat.

Kenapa lah kan, kenapa, hanya satu keburukan atau satu kesalahan yang dilakukan, ianya akan wipe out, sapu habis, padamkan semua kebaikan yang pernah dilakukan. Walhal kebaikan yang dilakukan tu kalau dikira lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan keburukan yang hanya sekali. 

Kenapa lah, kenapa suka sangat melihat, bercerita, komen, dan buat tanggapan terhadap satu kesalahan yang dilakukan. Kenapa isu kesalahan itu diperbesar-besarkan, seolah-olah dah tiada ruang untuk kemaafan langsung.

Aku baru terfikir, yes, baru betul-betul menimbang tara tanpa ada prejudis. Baru kali ni betul-betul melekat dalam medula oblongata, serebrum, serebelum, hippocampus, semua tu lah. 

Kau berkawan dengan dia, dan dia telah membuat satu kesalahan yang menyebabkan kau berfikir dua kali tentang persahabatan korang. Lepas tu kau berfikir semula. Kalau nak ikut timbangan kau, kawan kau ni selalu ada menenangkan kau masa kau tengah putus cinta. Dia lah kawan yang kau boleh ajak sebagai peneman kalau nak pergi mana-mana. Macam-macam lah. Sebenarnya kau fikir balik, banyak kebaikan dia buat dah dekat kau.

Tapi bila terjadi satu perkara yang tidak diingini, mulalah kau question keikhlasan dia. Ditambah lagi bila kau dicucuk-cucuk kawan-kawan lain. Ditambah lagi dengan nature manusia yang memang akan nampak buruk dulu baru baik. Bak kata famous sayings lah kan, kalau orang buat baik tu, lambat je dengarnya, kalau buruk sikit, terus dicanang-canang satu kampung, cepat je berita buruk tersebar. Mula lah kau fikir yang dulunya kebaikan dia buat dekat kau bersebab. Ada agenda tersendiri. Nak beli hati. Semuanya yang buruk belaka lah.

Tercantas terus kebaikan dia dekat kau selama ni. Langsung zero. 

Kenapa eh jadi macam tu? Bukan kah kita semua manusia? Yang memang tidak akan lari dari kesalahan sesama manusia. Dengan Tuhan pun kita boleh buat salah tanpa kita sedari, apa lagi dengan manusia.

Aku rasa macam nak luku kepala sendiri sebab telah menjadi seorang manusia yang ego. The one person I really despises has become myself. Ah grammar pun dah tunggang terbalik. Haha lantaklah. 

Salah tetap salah, kalau kau nak jarakkan diri dari dia pun tak mengapa, itu hak kau. Tapi jangan lah pernah lupa akan kebaikan yang pernah dia lakukan terhadap kau. Ikhlas ke tak ikhlas itu Tuhan yang tentukan. 

Lagi satu aku paling bengang bila orang ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin tu dibalas dengan komen, "eleh dah raya baru nak minta maaf. lepas tu taun depan buat jugak salah balik". Kau ni, haih, sabar je lah aku. Kalau tak mengenangkan bulan baik, mau naik jugak tangan aku ni.

Pada aku kemaafan itu meruntuhkan tembok ego. Manusia bukan nabi, mempunyai sifat maksum. Harap maklum. Kalau kau bosan dengar perkataan maaf, dan berat nak tuturkan perkataan maaf tu, itu hak kau lah. Malas dah aku nak cakap dengan orang macam ni. 

Kemaafan kau mahal? Boleh jalan lah.

Notakaki: Emosi jugak bila terfikir perkara-perkara macam ni. Hubungan sesama manusia memang rumit.
Notakaki #2 : Jangan ada siapa2 nak terasa pulak dengan post aku nih. Ini takde kena mengena dengan sesiapa, hanya buah fikiran aku sendiri yang datang semasa aku tengah mandi.