Saturday, September 17, 2011

Sekali sekala tak update apa salahnya.

Sejak akhir-akhir ni malas sungguh nak update blog. Bukan sebab sibuk sangat dengan pelajaran (cheh) tapi sebab sibuk dengan keluar bersosial dengan kawan-kawan. Hello, bersosial bukan bersosial as in pergi clubbing macam tu ok. Bersosial yang mana kita memenuhi jemputan dan undangan-undangan beraya di rumah dan juga berjalan-jalan di rumah kedua iaitu Sunway Pyramid :DD teeheehee. Psst psst, actually nye kan, post yang pasal 30 days challenge yang terbaru ni pun dah lama peram dalam draft. Tinggal publish je hewhewhew =)

Kenapa lah lecturer-lecturer sem ni baik hati sangat sampai bagi extensions untuk assignment yang sepatutnya due minggu depan ada 2? Hahaha macam tak bersyukur tapi sebenarnya terlalu terlalu sangat amat amat free sampaikan rasa macam duduk Sunway sekadar untuk pergi kelas je. Penangan final semester yang tinggal 3 minggu sahaja lagi. 3 minggu okay, sungguh lah sedih nak tinggalkan zaman belajar. Kawan-kawan ku, korang taknak ke pegi tangkap-tangkap gambar dengan piknik-piknik macam kita plan dulu tu? Dah nak menghampiri penghujung sem niiii ;( Lepas ni bukan senang nak lepak sama-sama mengarut-mengarut gossip-gossip dahhh

Last week kawan-kawan Monash datang la ke Rawang untuk beraya di rumah :) Terima kasih la korang ye sebab jauh-jauh datang hehe; Riuh jugak lah rumah tu sebab bila semua berkumpul, main kad pulak lepas tu. Kecoh jadinya. 

Tengah melepak dan bergossip sambil makan kuih raya haha

Some of the girls yang datang :)

Lepas tu hari Selasa pulak kitorang pergi beraya ke rumah Atie dan Yussamir. Atie masak sup ayam dia yang famous tu, kena dengan sambal kicap, pergh! Haha wa yang tak tahan pedas ni pun buat buat tahan broo :D Thank you Atie sebab susah payah masakkan untuk kitorang hehehe 

Atie tengah bahagia sekarang ;) Hehe semoga Allah permudahkan urusan Atie sekeluarga lepas ni k baby :D

Semalam pulak pergi beraya dekat rumah schoolmate dekat Cheras, Laiqha. Dari awal haritu lagi dia asyik ajak pegi rumah dia, sekarang baru sampai. Hehe berkesempatan jugak la jumpa dengan Ruby dari UPSI dan Ateh. 

Well that explains kenapa lately gambar-gambar aku dekat FB dengan blog asyik berbaju kurung je. Haha sebab sakan beraya. Gambar-gambar adalah belas ihsan Sarah, Copia dengan Ruby :D 

Ok saya berazam lepas ni saya akan rajin update ok! 30 Days challenge tu tak setel-setel lagi ni. Hehe till then, toodles!

No comments: