Friday, December 30, 2011

What Will You Remember Most About 2011?

(Caution: This is gonna be a super long post with lots of pictures.)

Harini aku terjumpa soalan ni dari  Plinky . Ah well, dah nak masuk hari-hari terakhir tahun 2011 dah. What will I remember the most about 2011?

Jan - Feb

Internship. Valuable experience. Apart from all the technical stuff yang aku belajar.
Yelah. Belajar makan lunch dengan orang-orang dewasa dah berkeluarga. Belajar paksa diri bangun awal pagi-pagi pergi kerja. Belajar jadi pemarah bila bawak kereta pergi dan balik kerja. Belajar bawak kereta dengan gaya reckless walaupun kereta hanyalah Sang Kancil tapi si driver perasan bawak SLK kan =p 

That said, oh shoot. Aku terlupa nak pulangkan buku sorang ni. Dem dah setahun dah aku pinjam. Sorry ! =D

March

Futsal Alumni SMSAH. I went, I had fun, I had a blast with old friends. Walaupun ending ada sedikit kezutan but it was a weekend well spent =D 



p/s : I learnt to face the harsh reality and overcome my fear on this particular day.

April

Pure, random fun with housemates. Love, love, love housemates :D 





Random spontaneous trip to Genting, and Danau Kota with them.

May

Program Back to School Jenan by Explode. That was an awesome programme held by our batch. Lanyard cantik doh. Haha. Tu je ke kau ingat Aleen? 

I miss these girls ;)

Oh oh and my team Blitzers won 3rd place in Inter-campus Women Futsal! Awesome moment =)



July

Awesome backpacking trip to Cambodia; Siem Reap and Phnom Penh, THIS . What a great start to my final semester final year!




September

Started my part time work at KUMON. Banyak benda aku belajar,antaranya aku baru tau yang aku ni boleh handle budak-budak. Selama ni aku ingat aku yang paling tak reti handle budak-budak HAHAHA.

And oh, had one of the most happening Raya ever. 




October

Attended Sherry one of my bestie's graduation ceremony in UTP. Love the fact that I could share her special moment and her special day =)

November

Well, November, November =D November is the highlight of the year. *geram cari gambar tak jumpa, hehehe*

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Dah muntah tengok gambar-gambar yang super banyak dengan caption yang mula-mula macam nak cerita panjang tapi lama-lama jadi sikit je? Hahahahaha Alhamdulillah I had such a wonderful year I couldn't say anything more to express my happiness. Dah 2 3 post describe pasal macamana berpuas hatinya aku dengan tahun 2011.

So 2012, bring it on! Let 2012 be another wonderful year, for all of us insyaAllah =D Semoga kurnia dan rahmat Allah limpahkan untuk kita semua dan semoga rezeki kita Allah murahkan sepanjang tahun 2012 ini. 



Thursday, December 29, 2011

Semalam, Hari Ini, Esok.

Semalam.

Aku baru jejak sekolah menengah. Aku baru belajar cara hidup berdikari. Hidup dengan kawan-kawan 24/7, duduk berjauhan dari parents. Aku baru nak bina cita-cita. Cita-cita aku nak jadi doktor atau pakar forensik macam dalam CSI atau Grey's Anatomy. Aku ambil PMR, aku ambil SPM.


Semalam lagi.

Aku rasa indahnya hidup sebagai kanak-kanak. Aku rasa pahitnya hidup sebagai remaja yang memberontak. Aku rasa manisnya hidup dengan keluarga dan kawan-kawan disekeliling. Aku rasa amazed dengan perkembangan diri sendiri. Matlamat utama masa itu hanyalah nak dapat straight As, sebab mama abah cakap dapat straight As nanti boleh pilih nak buat apa yang kita nak. Aku pilih nak jadi doktor, dan rangka pelan masa hidup aku dari mula habis SPM sampai tamat bond dengan hospital kerajaan.

Itu semalam.


Hari ini.

Aku tak jadi doktor pun. Jalan yang aku ambik jauh berbeza dengan pelan asal. Tapi semua pun ada hikmahnya. Aku gembira dengan keputusan yang aku ambik.

Tapi hari ini, aku tengah terpinga-pinga. Tak tahu mana hala tuju. Baru aku sedar kecik besarnya dunia. Tinggi rendahnya langit. Aku baru tahu hakikat kehidupan. Itu pun baru sikit. Sikitttttttt je.

Hari ni aku rasa macam aku baru lahir. Baru, fresh, dan tak tahu apa-apa. Aku rasa semua benda yang aku dah buat, dah capai, semua tu macam tak penting je sekarang. Betapa insignificantnya.

Ini baru dunia, belum masa akhirat lagi. Allah :')

Esok.

One big uncertainty. Masuk je lah dalam awan ketidakpastian itu.

Notakaki: *Melepaskan satu keluhan yang panjang*

Saturday, December 24, 2011

Disember: Bulan Mengenang dan Meresolusi

Jadi. Disember datang lagi. Dan kini ia semakin menghilang. Bak kata Travie McCoy, "Now December's almost gone." Aku suka bulan Disember ni. Pada aku ia sangat sempurna untuk dijadikan tapak memulakan kenangan nostalgia. Mengingat kembali kedudukan aku setahun lepas, Disember lepas, dan mengukur sendiri sejauh mana peningkatan diri; pada aku sedikit peningkatan pun dah cukup bermakna. An optimistic's view: A half-full glass is better than an empty one =)

Tahun 2011. Tahun yang penuh dengan kegembiraan. Tahun revenge. Tahun kebebasan sepenuhnya untuk aku. 

Sebab apa aku cakap revenge? Sebab tahun 2010 bukan tahun aku. Terlalu banyak kekecewaan dalam tahun 2010. Jadi aku buat resolusi dan tanamkan bulat-bulat dalam diri aku yang tahun 2011 akan bawa berita gembira. Kiranya macam revenge balik la dekat tahun 2010 tu. Haha. 

Alhamdulillah, segala yang aku rancangkan hampir semua aku berjaya capai/buat. Rancangan nak tamat belajar tahun ni jugak, berjaya. Rancangan nak go backpacking dengan kawan-kawan, berjaya. Paling penting, rancangan nak bergembira tahun ini, sangat sangat berjaya. I fall in love and I didn't even plan for it to happen this year either, but I'm happy with it =)

Cuma ada satu je masalah: Aku belum berjaya minum air soya. Pfftttt

Tahun 2012; Mohon Allah permudahkan segala urusan dan tunjukkan yang terbaik untuk aku. No special plans, tahun 2012 aku ikut sahaja ke mana langkah yang aku rasa terbaik untukku. InsyaAllah.

Selamat tahun baru 2012, tolonglah kurangkan menjadi judgemental bila orang lain ucapkan selamat tahun baru kepada anda. Peace!

Tuesday, December 20, 2011

At this Ungodly hour.

Dreams. 

They are the first steps to getting to your ambition. What matters is what steps you take after you dream. Work to pursue them, you'll get there God willing. Dream, and leave it hanging like just a dream, it will be only a dream. 

Get going. Get moving.

Saturday, December 17, 2011

Friday, December 16, 2011

Being Optimistic is Not Putting False Hopes.

Right now aku tengah menunggu panggilan telefon yang pada aku penting. Penting sebab aku agak berharap untuk berjaya disitu. Dia kata by minggu ni akan dapat jawapan. Tapi setelah hari berganti hari, sampai lah ke hari Jumaat ni, aku rasa harapan tu sedikit-sedikit makin luruh lah. Tak kisah lah, apa pun yang jadi, I'll take it as a one whole new experience =)

Macam masa aku mengajar kat KUMON, aku perasan ramai students aku yang tak yakin dengan diri sendiri. Masa aku tanda worksheet diorang, kalau ada salah satu, then diorang akan straight away untuk soalan-soalan lepas tu mesti cakap, "Mesti salah..salah punya ni..salah..salah.." Why so pessimist when you are at such a young age?

Pada aku, menjadi optimistik itu tak pernah meletakkan harapan yang palsu. Even if your hope is destroyed at the end of the day, you still have had something to hold on to in the beginning. At least you've got something, rather than nothing. Itulah antara kelebihan seorang Muslim, yang mana kita percaya kepada Qada' dan Qadar serta rezeki itu datangnya daripada Allah. Kalau harapan kita termusnah, nak buat macamana kan, bukan rezeki. Mungkin ada sebab dan musabab sesuatu tu berlaku. 

Yang kita boleh buat hanyalah berdoa banyak-banyak dan berusaha sesungguh-sungguh. Paling kurang pun aku takkan rasa ralat kalau tak ada rezeki pun. Sebab aku dah cuba yang terbaik, dan mungkin bukan rezeki aku kali ni. Ayat klise memujuk diri, but aku rasa klise itu sentiasa ada half of the truth. 

Sejak akhir-akhir ni aku asyik bercakap pasal benda-benda bermotivasi kan. Semuanya adalah dengan intention untuk memujuk diri dan juga bersedia untuk bad news. C'mon lah aleen, still got a long way to go. Lepas belajar for 15 tahun lebih kurang, takkan lah nak give up halfway? And I am not even halfway, masih berada di petak permulaan so to speak.

Maka dengan ini aku pun akhiri post kali ni dengan sepatah ayat, "Nak pergi mandi sambil letak phone kat tepi dinding bilik air." Kehkeh =p


Thursday, December 8, 2011

69.Things I love

Finding someone who gives you butterflies each time he looks at you.

Just Because.

Remember when you were a kid and your biggest worry was, like, if you'd get a bike for your birthday or if you'd get to eat cookies for breakfast. Being an adult? Totally overrated. I mean seriously, don't be fooled by all the hot shoes and the great sex and the no parents anywhere telling you what to do. Adulthood is responsibility. Responsibility, it really does suck. Really, really sucks. Adults have to be places and do things and earn a living and pay the rent. And if you're training to be a surgeon, holding a human heart in your hands, hello? Talk about responsibility. Kind of makes bikes and cookies look really, really good, doesn't it? The scariest part about responsibility? When you screw up and let it slip right through your fingers.
[Season 1 Ep. 5]


The early bird catches the worm; a stitch in time saves nine. He who hesitates is lost. We can't pretend we haven't been told. We've all heard the proverbs, heard the philosophers, heard our grandparents warning us about wasted time, heard the damn poets urging us to ‘seize the day'. Still sometimes we have to see for ourselves. We have to make our own mistakes. We have to learn our own lessons. We have to sweep today's possibility under tomorrow's rug until we can't anymore, until we finally understand for ourselves like Benjamin Franklin meant. That knowing is better than wondering, that waking is better than sleeping. And that even the biggest failure, even the worst most intractable mistake beats the hell out of never trying.
[Season 1 Ep. 6]


Superstition lies in the space between what we can control and what we can't. Find a penny, pick it up, and all day long you'll have good luck. No one wants to pass up a chance for good luck. But does saying it thirty three times really help? Is anyone really listening? And if no ones listening, why do we bother doing those strange things. We rely on superstitions because we're smart enough to know we don't have all the answers. And that life works in mysterious ways. Don't diss the juju, from wherever it comes.
[Season 2 Ep. 21]


Meredith Grey, Grey's Anatomy.



Tuesday, December 6, 2011

Sesi Psikologi bersama Dr Aleensie merangkap #30 Days Challenge Day 14

*ooopss, skip Day 13 =D
Day 14 - Who are you?


Hari ni ceq nak sembang pasal personaliti. Ceq main main dekat Facebook haritu, bosan punya pasal, try ah temperament quiz ni. Personality quiz ni ceq dah selalu buat dah, sebab ceq suka nak tau ceq punya personaliti ni macamana. Tanya kawan-kawan, semua pun bagi jawapan yang macam nak menjaga hati hahahaha. Nampak sangat personality ceq tak best pun hehe.

Sanguine. Biasa kalau buat quiz memang akan dapat jawapan camni so ceq anggap ini yang betul la mengenai diri ceq naa =p Mai ceq buat analisis sikit nak tengok betui dak dekat ceq.

1) If you are sanguine, you are most likely the life of the party. You are funny and relish the limelight. You are affectionate and enjoy social activities, and make friends easily.
Haa hat ni ceq beg to differ naa. Ceq tak rasa ceq the life of a party. Ceq biasanya suka dok diam memerhati dan termenung ja. Pastu ceq don't make friends easily. Ini memang sangat betul. Kena warm up, kena kenal dan jmpa dalam 3 4 kali baru reti nak manis-manis mulut. Kalau awai2 jumpak memang takdak aih ceq nak friendly. Ceq tak reti. I gave in to awkwardness more haha. Enjoy social activities tu mungkin la. Social activities dengan teman rapat aje udah le. 

2) Imaginative and creative?
Perghhhh muhong sangat aih. Sangat tak kreatif. Kreatif hat benda2 mengarut tu boleh lah. Imaginasi tinggi sampai menakutkan diri sendiri tu ade lah. Tapi kearah kebaikan tu cam takde je. Hahahaha

3) Vivacious, generous, light hearted.
Light hearted tu paling sesuai kot. Sikit-sikit gelak, sikit-sikit nak ketawa. Sikit-sikit cuba buat lawak walaupun fail whale haha. See, gelak lagi hahahaha (dan lagi).

4) Wear emotions on my sleeve, but are always quick to forgive and forget.
Ini sangat tepat! What I don't like, or I am not comfortable with, it quickly shows on my face. Dah la tak pandai menipu, asyik kantoiiiiiii je. Tak reti pulak tu nak cover emotions. Dangg aleen, I really need to improve on this hahaha. Tapi memang bener ye benerrr, ceq lambat marah, dan bila marah ceq cepatttttt ja sejuk. But, try and cross me la, and see what happens :P

5) Struggle with follow through, chronically late and tend to be forgetful
TEND TO BE FORGETFUL hahaha so true ! Sangat sangat pelupa. Even for my own stuff and matters pun perlu ada to-do list or notes to refer to. Itu pun tak cukup, kena ada sampai 2 3 kat tempat berlainan. Satu tulis atas post it kaler2 and tampal kat softboard, satu lagi save dalam handphone, satu lagi tulis dalam planner. Haha teruk teruk -.-"

6) Quick to discover new hobby and lose interest when it becomes less engaging and fun.
Selalu sangat kalau buat personality test dapat benda cmni. This one no comment. Ceq taktau yang ni boleh apply kat diri sendiri ke dak. 

Notakaki: Ambik masa berjam-jam untuk siapkan post ni. Hahaha melagha depan internet betul 

Monday, December 5, 2011

A Quick Update

Dangg kebusy-an sepanjang tempoh menganggur ni membuatkan aku tak rasa macam aku menganggur pun. Memang tengah job hunting, but dek kerana keterlibatan dengan pelbagai aktiviti dan juga kerja part-time, baru sempat pegi 2 interviews je. I really really wanna get a job fast so that takde la aku duduk goyang kaki tak tau nak buat apa dengan hidup. I really dislike uncertainties, but in my field, uncertainties always happen and that I should take it as a challenge and tackle it step by step. Meaning that I should have a plan, contingency plan. Tapiiiiii setakat ni aku cuma hidup week by week basis je. Belum ada perancangan masa depan yang panjang. Sebabkan belum pasti what is in store for me in the future. Hence I leave it to Allah cos He knows best =)

Weekend kelmarin pergi a family gathering kat AFamosa Resort. Homaigod best gila gather dengan your close cousins, exchanging news about each other. Semua dah besar-besar, tinggal sekarang masa little cousins pulak. My generation, anak-anak Paklong, Makngah, semua dah almost finishing high school or in college/university. Best sebab I get to have real fun with my brother and sister selepas sekian lama tak bermain sungguh-sungguh. Sometimes a quick getaway like this is what you need most when you feel suffocated with the reality :P

Balik dari gathering, on the way home, I received SMS from Monash regarding my exam results. And I felt like crying in the car for I passed! I passed my degree! I can't even have enough words to describe my feelings right now. Yea you might think hek eleh pass exam pass degree je pun, kecah. But for me it is a big deal. All Mama and Abah's sacrifices, work, money and everything has come to this. To my finally graduating with a degree. Last 3-4 years I faced a major obstacle, one true demotivating factor that almost caused me to give up. I was really in a dark hole, dark place at that time. So when I get to finish my degree with satisfying results, let me celebrate. Let me have my moment. Savvy? Hehe =)

****************************************************
I'm looking at an angel, and believe me when I say she got that whole place glowing =)