Aku dah selamat sampai rumah pun (yes memang rumah jauh gila pun dari Sunway nih :p). Semalam masa balik rumah tu, aku tak sangka langsung jalan jem all the way dekat Jalan Kuching tu. Rupa-rupanya orang dah start balik kampung. Beraya jugak lah aku dengan lampu-lampu kereta hewhewhew =p Hari ni lepaih soq tak tidoq balik pasai Mama awai-awai lagi habaq kata nak pi beli barang-barang nak masak untuk raya kat Chow Kit. So semangat la aku bangkit soq sambil siap planning lagi nak masak apa untuk raya. Shopping baju raya aku tak bapa nak semangat sangat, lebih semangat tang nak masak-masak ja pasai aku suka makan haha.
Malam ni pulak aku dok tengok luaq tingkap, aku tengok jiran-jiran aku pakat dok tayang kehebatan masing-masing main mercun. Hamboihhh hmpa tak beragak naa, buat aku terlioq sama nak men. Maklum lah duduk dalam kampung kan, so anak-anak pakcik makcik jiran-jiran sebelah menyebelah rumah ni dah mula sampai lah nak beraya. Mula lah aku dok teringat kat kenangan silam (ceh) musim raya.
Nostalgia 1 : Zaman kanak-kanak
Abah berasal dari Muar, Johor. Mama pulak berasal dari Teluk Intan, Perak. Masa kecik-kecik dulu memang every raya akan balik kampung. Tapi seingat aku dulu-dulu mana ada jem teruk-teruk macam sekarang kalau nak balik utara mahupun selatan. Anyway, bila balik kampung mesti akan jumpa cousins-cousins yang batch sebaya dengan aku. Sebaya as in lebih kurang sama umoq la, tua 2 3 taon or muda 2 3 taon so sedap la nak buat geng. Kalau balik Muar, pakcik aku yang paling bongsu akan buat meriam buluh. Lepas tu dia punya kedekut takmau bagi kami main, dia bagi kami mercun dengan bunga api je. Paling kuat dapat men pun takat nyalakan batang kayu tu ja, cucuh kat meriam dia tak bagi. Dia suruh kami dok tepi-tepi dengaq ja meriam tu meletup sambil main mercun dengan bunga api. Nasib baik la dapat bunga api yang best-best, bukan bunga api kertas merah bunga-bunga tuh. Mercun pun dapat berbagai-bagai. Eleh ingat aku tak tau ka tang mana dapat stok? Kadang-kadang kitorang ada jugak singgah pekan Pagoh dulu singgah kedai Uncle ni beli sorok-sorok hehe.Salah memang lah salah tapi nak buat camne, tak feel la raya tak main bunga api dengan mercun -___-
Bila ada stok mercun banyak, cousins mula lah buat team, selalunya team boys lawan team girls laa. Mula la semua nak tunjuk power tunjuk skill main mercun, especially part main mercun cilipadi tuh. Cerai-ceraikan mercun daripada tangkai dia yang banyak-banyak, lepas tu nyalakan dengan macam-macam stail. Ceh setakat mercun cilipadi apa la sangat. Tapi dalam banyak-banyak mercun aku paling takut mercun mancis kot. Macam fobia ah sebab nak nyalakan macam nyalakan mancis lepas tu kena baling. Aku takut aku tak sempat baling je hewhewheww.
Ada sekali nih, kami main bunga api ramai-ramai. Standard lah main bunga api, mesti la paling banyak nak pegang dalam tangan pun 4 batang je. Yang lain satu ikat tu aku letak la kat kaki tingkap luar rumah. Sekali macamana punya cuai tah aku TERnyalakan seikat bunga api tu. Apa lagi, menyala la semua macam nak terbakar dah tingkap rumah tu. Memang lepas tu boleh tertanggal la telinga dengar bebelan mama hihihi.
Nostalgia 2 : Zaman Teenager. Haha teenager sangattttttttt
Time ni lebih kepada nostalgia berpuasa dekat Jenan je. Puasa kat Jenan banyak kenangan dia. Antaranya bila nak berbuka tu, semua dah masuk dewan makan dengan berdisiplinnya padahal selalunya selai, selai turun DM tuh untuk dinner. Lepaih tu mesti berbuka dengan sirap air favourite ku itu. Bila dah senior, aku tapau nasik banyak-banyak satu tupperware, lauk-pauk tupperware lain, dengan air sirap 2 3 tumbler bawak balik dorm. Bersila laa ramai-ramai budak-budak Sateria kami berbuka sama-sama kat dalam dorm. Tambah lagi kalau mak Sherry buat laksa Kedah dia, pergh! Kembung perut pun kembunglah janji licin segala :D
Bila dah berbuka tu, berjalan lah kami ramai-ramai pi masjid untuk Maghrib, Isyak dengan solat terawih. Masa jalan pergi masjid tu, dari DM of course lah lalu Dataran Bakti puaka tu. Puaka sebab boys dok jadi hantu raya,ye la blok asrama boys mengadap Dataran Bakti tu. Apadia maghrib-maghrib dok mengacau orang lagi, dok terpekik-pekik dari dorm panggil-panggil girls? Sekeh satni baru tau heheh (garang tak garang tak?) Bila balik terawih pun lalu lagi Dataran Bakti tu pasai nak pergi ke blok kelas pulak. Hah time ni memang sakit jiwa dibuatnya pasai boys pakat dok baling mercun pulak ke bawah. Kojaq ke tak depa nih nasib baik aku tak lemah semangat, buat pokerface je bila orang duk baling mercun padahal hati dah terenjat-renjat terkejut tsk.
Ada sekali tu tengah dok meriah depa baling mercun kat girls, tiba-tiba senyap. Rupa-rupanya Ustaz Zawizaz naik dorm depa daa, siap tanya nak join main boleh dak. HAHAHA padan muka korang.
Pernah jugak lepas terawih aku malas nak pergi prep malam dah. Time tu aku Form 4, so pakat-pakat la kami Form 4 dengan Form 5 nih balik astries nak lepak. Ye la sebab lagi setengah jam je prep malam dah nak habis, so malas lah aku nak pegi blok Form 4 yang jauh tuh. Malam tu aku ngantuk sangat, sampai dorm je aku terus tukar baju, campak baju kurung dalam baldi, terus pejam mata. Tiba-tiba aku dengar Sherry kejut aku,
"Aleen, bangun, bangun, Warden masuk astries!"
"Hah? Biar betul?" aku terus kalut bangun ambik baju kurung dalam baldi tadi tapi rupa-rupanya basah dah baju tu T_T
Aku dengan Sherry terus kalut nak sorok mana, nak sorok mana, terus bukak pintu loker, masuk dalam, tutup pintu, duduk diam-diam. Sambil tu aku dengar dah suara-suara warden-warden lelaki macam Cikgu Sharip, Cikgu Rafdi.
"Pelajar-pelajar perempuan yang berada dalam asrama puteri, sila turun sekarang! Atau kami warden naik atas!"
"Adoi, masak ni, aku punya baju dahlah dah basah! Sherry, Sherry, aku takut la pulak ni." sambil aku ketuk-ketuk dinding loker dari dalam pasal sebelah aku loker Sherry.
Last-last kami pun tak jadi terus menyorok, aku pun terpaksa pakai baju kurung yang baru, dan turun ke bawah angkat tangan surrender. Kena la bebel sikit sebanyak dengan Cikgu Sharip. Nasib baik bukan pengetua yang disayangi yang masuk kalau tak konfirm kena piap sorang sekali tsk.
Lepas tu aku dengar lah cerita-cerita budak-budak lain yang berdegil menyorok gak dari warden nih. Si Dekma menyorok lah dekat ampaian baju kat bawah, tertunduk-tunduklah dia nak sorokkan kepala. Tengah jalan sambil tertunduk-tunduk tu, tiba-tiba dia nampak ada sepasang kaki depan dia.Angkat kepala, rupa-rupanya Cikgu Rafdi tersengih tengok. Haha. Yang Atie dengan Fyzaa pakat lari sampai hujung padang astries, memang lepas la. Budak-budak kat dorm Juara pulak, pergi bersesak menyorok dekat celah loker-loker. Selamat lah kau Cikgu suluh tak perasan korang kan.
Haih macam-macam.
Notakaki: Baru chatting dengan Pa'am rakan rapat di sekolah dulu, tu yang terbayang nostalgia sekolah. 5 tahun dah tinggai Jenan tuh :P
3 comments:
oh jenan =) ...sgt tringat...baju kurung basah?mercun? ..hehe..mcm2 naa...
bahahaha! yg pasai warden msk dorm tu ah aku xkn lupa. toleh2 kiri tgk hg tgh sengeh muka surrender. keh3! pehtu sama2 jln kuaq astries. muka xbhengat tebai. haha
=)
Post a Comment