Thursday, August 4, 2011

We were born and raised in the summer haze.

Currently listening to: Adele - Someone Like You
Disclaimer: Post kali ni panjang gila tahap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa so kalau malas nak baca post panjang camni boleh skip je to the end haha gua tak kisah pun bhai.

Semalam out of the blue my friend Encik AminJamil yang sedang kebosanan dalam lecture dia tuh tweeted : 
"Risk assessment. Are ladies considered harmful? #question"

Maka aku pun dengan semangatnya bertanyalah balik "In what way harmful? Mental health? Haha"
Note the Haha sebab aku biasa end every conversation dengan haha ish hahaha macam ape je -.-" Besides the word Haha tu pun macam nak bagi neutralize balik kot-kot la dalam conversation kita tu aku tercakap kasar ke, buat lawak sensitif ke. Application dia macam LOL la lebih kurang haha see i did it again! Lol

Okay, okay back to square one, eh back to topik asal kan. Lepas tu my other friend Omar dia virtual high five la lebih kurang dengan Amin ni, kira macam agree la. Hahaha aku pun lantas terfikir, susah sangat ye kita nak faham the opposite sex? Lantas aku pun tweet : "It's not that hard to comprehend the opposite sex. Communicate. Talk. Express." Rupa-rupanya ramai yang tak bersetuju hewhewhew =P Haha panjang gila aku cerita kan topik sebenarnya yang ni je. Saja nak cerita kronologi perbualan twitter yang boleh sampai ke topik macam ni hehe. Jadi disini aku pun nak cerita la pasal orang perempuan dari perspektif diri aku sebagai salah seorang daripada makhluk Allah yang dikata sangat complicated ni hewhewhew ok boleh pengsan la asyik gelak camniew jewwww hiks hiks. Mungkin tak sama dengan perempuan yang lain sebab manusia kan lain-lain so please bear with me okay? 

Oh btw it is supposed to be Bear with me bukan Bare with me okay anak-anak? Sebab kalau kau kata Bare with me tu macam ajak orang tu berbogel dengan kau HAHA sungguh la sungguh la wei tak caya pegi google Merriam-Webster Online Dictionary. 

Back to main topic. Aku rasa lah sepanjang pengalaman hidup selama 22 tahun dan bergatal-gatal bercinta lokasi eh cinta monyet cinta beruk puppy love aww aww kan, ada la sikit-sikit pengalaman yang aku kutip mengenai orang lelaki bila bercinta. Let me give you two extremes okay; 
1) Lelaki yang tak kisah, blur, macam takde feeling tapi nak bercinta hadoi pening den
2) Lelaki yang tunjukkan sangat yang dia sayang gilaaaaaaaaa kat girlfriend dia tapi lebih banyak bersifat possessive dan panas baran terhadap girlfriend dia.
Believe me, I have dated these two types of guys hehe =) So mari kita kupas satu persatu persoalan yang bermain di fikiran anda.

1. Kenapa lelaki ni ada yang macam type 1?
Jawapannya tidak ada di tangan aku sebab aku bukan lelaki. But what I can deduce is that this type of guy dia clueless, in a good way, and he does not know what to do when he falls for this girl. Dan kebetulan pula dia berjaya mendapatkan girl yang dia suka ni. Mungkin juga dia baru pertama kali atau setelah berabad lamanya tak bercinta baru nak menjejakkan kaki dalam dunia tersebut. Atau, mungkin juga dia saja nak tunjuk dia macho, and keeps his ego in check, sebab dia takut kalau overshow his feelings, kalau akhirnya jodoh tak sampai, dia rasa malu sebab letting his guard down. Akhirnya kita yang perempuan ni rasa boring, atau fed-up sebab rasa "Eh dia ni macam tak layan aku sangat je. Tapi apesal dia kapel dengan aku haritu?" Atau ada reasons lain? You tell me please.

2. Kehadapan Kak Esah, saya jenis lelaki type 1, jadi macamana saya nak bercinta dengan jayanya? Jejaka Runsing, Kuala Lumpur.
Jejaka Runsing, usahlah runsing lagi kerana hari ini Kak Esah nak bagitau satu rahsia: Girls too don't like to over show/ over express their feelings. Eh sekurang-kurangnya bagi aku lah. Aku kalau boleh nak lawan gak ego dia tu hewhewhew. Lawan as in takkanlah aku nak cakap sayang dulu, nanti kalau aku cakap "Awak, titew cayunk awak lewww   ^_^ ♥ " lepas tu dia cakap "Oh yew kewww? Okay tentiuuuu (Thank you)" haa kan aku dah malu kerana rasa macam sebuah perigi mencari sebiji baldi tsk tsk. Mungkin ada girls lain yang suka expresskan perasaan sayang dia sampai every minute nak bagitau kat pakwe dia. Tak salah pun, masing-masing cara masing-masing kan.
Perempuan ni, I tell you, dia cepat cair. Hati lembut, keras-keras pun kerak nasik. Kalau kau dah jadi pakwe dia, bagitau la sekali sekala ke dua kali dua kala ke jalan sehala ke yang kau tu sayang kat dia. Ataupun, tolong lahh bagi respon yang memberangsangkan setiap kali girlfriend kau buat lawak ke, bercerita ke, membebel ke. Sebab kalau kau diam it's either two things; 1. Girl will think that you are not interested in what she's telling you; 2. Girl will think that you don't like to listen to her. 

Sebab tu lah point awal aku; Communicate. Talk. Express. Kalau kau tak suka dengar dia membebel, cakap. Jangan buat derk je sebab although we women like to talk, we would like to hear responses other than "Hmm? Yeah? Oohh. Ye ke? Lepas tu Ohh lagi." tsk. Tapi cakap baik-baiklah bro, kalau tetiba kau sound dia, "Eh apesal ayang ni cakap banyak sangat aa? Papa tak sukeww leww dengar buat cair taik telinga jeww." Pergh makan dalam bhai, makan dalam. 

3. Kenapa lelaki ada macam type 2?
Heh, isu ni aku kena deal dengan berhati-hati sebab luka lama tak sembuh betul lagi karang aku sembur karang tambah  cerita panjang. But I conclude that these types of guys are either 1. Memang bersifat possessive; 2. Dia ada buat sesuatu di belakang girlfriend dia; 3. Dia memang ego tinggi melangit dan bersifat konservatif yang tak boleh orang perempuan lebih atau equal dia, memang kena bawah dia je. 
Guys, guys, ego tu tak salah. Tapi dengan orang tersayang tu, rendahkan lah sikit ego tu. Kami orang perempuan ni faham yang lelaki ni ada ego. Tapi agak-agak lah sikit bhai. Salah sikit kau tengking, kau maki. 
Lepas tu, perempuan ni walaupun nampak seperti kaum yang lemah, tapi kami kuat mental. You tell me kenapa Allah bagi keistimewaan mengandung dan melahirkan anak kepada kaum perempuan? 
Seterusnya pula, janganlah kongkong girlfriend korang tu. Ini isu penting dow. Setakat nak tanya pergi mana dan buat apa dengan sapa tu sikit-sikit boleh lah. Sebab apa aku cakap sikit-sikit? Cuba bila girlfriend korang tanya kau macam tu setiap kali pun kau nak keluar. Tak ke hangin je satu badan ehhhhh busybody gila laa makwe aku ni. Sebenarnya alasan kita semua sama. Kau caring, kau nak ambil berat, kau nak ambil tahu. Karang kalau tak tanya langsung kang kata aku ni takde feeling macam lelaki type 1. Habissss, camno eden nak buek ha? 
Kalau tak ada kepercayaan tak payah bercinta la bhai. Pergi bercinta dengan kucing. Boleh kau ikat loceng kat leher dia. Boleh kau simpan dia dalam sangkar.
Ayat cliche, trust is vital in every relationship. But it is damn true man. Setakat lambat reply mesej pun kau dah bombard dia dengan soalan-soalan berbaur kejelesan dan assumption yang dia mesej lelaki lain, memang I bet you tak tahan lama lah relationship macam tu. 
Abah aku pun tak suka orang keep on asking his girlfriends and mempunyai tahap jealous yang maha dahsyat marabahaya mahadewa. His exact words are;" Belum jadi suami pun dah kongkong tahap maksima impak maksima, cuba kalau dah jadi suami. Nak balik rumah tengok mak bapak sendiri pun entah-entah nanti tak dibagi." Tengok, abah aku yang sah-sah lah lelaki tu pun fikir macam tu. 
Girls pun tak suka kena kongkong. Just like you. You can ask your girlfriend what she did for the whole day, but jangan persoalkan kesetiaan dia unless kau ada bukti kukuh. Jangan jadi insecure dow. Kata kau lelaki, lagak kasi la macam lelaki sejati. You don't bully someone you love. 

Pentingnya sifat kesederhanaan dalam semua perkara, the exceptions being when studying and doing your ibadah, amatlah cuba untuk aku terapkan disini. 

4. Habis tu Kak Esah, macamana ni? Macamana ni?
Eh, aku ni syok cerita pasal lelaki pulak. Cakap nak cerita pasal perempuan hewhewhew. Sorry lah y'olls, meh Kak Esah cerita.
Orang perempuan, suka bercakap. Jadi, kalau kau rasa ada masalah dengan dia, atau kau tak berapa nak puas hati, communicate dengan dia. Cakap. Ekspresikan dirimu, eh ekspresikan apa yang kau rasa. Jangan diam je buat muka stone lepas tu duduk kat corner tak layan dia langsung. Yes, perempuan pulak memang lah suka cakap berlapik-lapik, dan berbelit-belit, tapi tolonglah faham wahai kaum Adam, kami tak reti cakap direct bagi korang faham. We do it in our subtle way, bagi hint, being sarcastic, untuk menyampaikan mesej kitorang. Isu utama nak disampaikan kat sini ialah sifat malu. Itu bagi aku lah. Sebab although konon-konon aku claim aku ni agak tak tradisional dari segi perhubungan lelaki perempuan, tapi I prefer guys to make the first move rather than me walking up to them and ask them out. Serious aku tabik spring kat perempuan yang berani macam tu. 

Woah panjang gila aku bebel kali ni kan. Kesimpulannya, kau simpulkanlah sendiri aku dah penat bebel ok bye =)

Notakaki: Post yang panjang gila kali ni nak compensate ah untuk seminggu tak update. Hewhew sorry kalau boring, I nak ekspresikan diri I jugak you LOL

4 comments:

aufa's craps and scrapes said...

Ya Allah kak Esah, cni nak virtually high five pasal 'bear' dan 'bare' tu. tsk. tsk. nak nanges plok laju2. haha!

aleensie said...

Hahahah! Kak Esah memang tensen betul pasal bear ngan bare tu. meh cni kak esah nak pelok laju2 ! hahaha

faizulkhairi said...

kak esah sdikit jiwang...yeah..expressss =)

Sofian Aziz said...

hahahahahahahahahahahahahahahahaha...sy mls nk phm..hahaha