Sejak dah 3 minggu start kelas balik, rasa lebih banyak rileks daripada belajar bersungguh-sungguh. Tapi aku memang lah macam ni orangnya, tak reti lah nak stress stress. Lepas tu tak reti jugak nak start buat kerja awal-awal. Selalu awal sem macam tu la azam(angan-angan); nak start buat assignment at least 2 minggu lagi awal dari due date. Heh tapi setakat ni selamba je lagi aku nih padahal ada satu due 22 haribulan ni tsk. Okay okay, minggu depan start buat. Janji *angkat tangan mata ke atas*
Aku pun tak tau la apa masalah aku sebenarnya ni. Bila difikir-fikirkan balik, aku jarang mengalami tekanan/stress yang disebabkan oleh kerja-kerja seharian, Sejak sekolah lagi time orang stress gila study untuk SPM, aku pun suka hati je la tidur ke, bercinta ke, hafal lirik lagu lah. Seakan-akannya aku channel energy stress tu ke tempat lain bila aku mula serious buat kerja atau study. Aku rasa aku ni robot kot. Bila datang kerja bertimbun, aku akan membebel kejap, lepas tu buatttt je kerja tu satu demi satu sampai siap. Bila jadi macam tu kadang-kadang aku rasa macam aku ni jenis yang ambil mudah, tapi rasa macam tak kena jugak sebab bila aku buat kerja aku konsentret betul-betul. Hmm whatever lah kau Aleen.
Mungkin aku ni seorang yang terlebih accepting kot.
So! Monash macam biasalah takdenya dia baik hati sangat nak bagi cuti raya seminggu macam orang lain dapat ggrrrrr pfft. Dapat cuti raya je lah, Selasa Rabu Khamis tu. But still kena attend lecture hari Isnin dan juga beberapa kelas-kelas ganti yang lain contohnya minggu raya tu hari Jumaat aku ada kelas ganti. Tsk. Well at least better lah dari aku belajar kat overseas yang tak sambut raya ni, silap-silap lepas solat raya terus pegi lecture kot. Alah, lagipun aku bukan raya jauh-jauh pun, kat KL jugak. So tak perlulah aku nak komplen banyak, raya pun bukan buat apa sangat kan. Setakat lepak depan tv tengok filem-filem lama je, tunggu orang datang raya kat rumah, jumpa sedara-mara. Tapi biasalah hakikat manusia memang suka tak bersyukur kan hehe suka ngompelen aje kejenye.
Sebenarnya aku just rasa macam nak membebel tapi takde hujung pangkal just menaip je apa yang terlintas so too bad la kalau boring hehe sape suruh baca kan =p Ok byes !
Notakaki: PUN TAKDE NOTAKAKI ARGH TERLALU BOSAN AGAKNYE KTHXBYE ZZZZ
1 comment:
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...saya cuti SEMINGGU!!!!
Post a Comment