Perghh baru la challenge (konon) kali ni punya :
Your current relationship, if single discuss how single life is.
Baru-baru ni aku busy buat assignment untuk subjek TV Studies, yea Television Studies, buat review untuk TV Show Sex and The City (SATC). Although nampak macam useless tapi sebenarnya banyak dah aku belajar daripada subjek ni sebab kebanyakan isu dia berkaitan dengan isu semasa, for example post-modernism, feminism, gender and sexual equality. Ok tak payah nak buat muka cringing sangat lah bila sebut perkataan sex atau yang seangkatan dengannya. Kita semua dah besar kan, even kalau dekat borang pun ada dia tanya Sex: Female/Male kan. This should not be a taboo subject tapi mungkinlah boleh dibincangkan dengan berhati-hati kalau kita tengok kepada landskap komuniti Malaysia yang masih bersopan santun serta beralas lapik cakap-cakapnya.
Ya ampun melalut pulak aku ni.
Der, selagi boleh aku nak elak kot topik ni. Haha entah pape nak sembang pasal single life ke ape. Tapi sebab aku ni bersungguh nak habiskan challenge ni, marilah mencuba ya!
Single (n) : An unmarried person
So betullah tu aku single sebab aku belum kahwin lagi hewhewheww =D Ini kalau ikut definition normal dictionary. Kalau macam tu semua orang yang belum kahwin although dah ada partner pun kira single lah. Tapi tak sesuai kita apply untuk zaman sekarang. So aku search pulak dekat Urban Dictionary sebab dia urban kahkahkah. Kalau ikut definition Urban Dictionary pulak:
Single : When you are currently not in a relationship with your significant other.
Ha baru lah lebih sesuai maksudnya. Yes everyone, I am single for almost a year already. And no, I am not in a hurry to find my significant other as of now. Kawan-kawan cakap aku trauma, aku insist cakap I'm perfectly fine. Yeah macam dalam cerita SATC, gender empowerment, feminism movement yadda yadda. So kalau perempuan wants to be single adakah dia seorang feminist? We should not be absolutely sure of that. I mean, we don't need anymore labels on people do we? Bak kata tutor aku ni lah, dia cakap,
"Maybe that is why feminism movement stopped. The fact that girls are always bitching about each other. In terms of what other girls wear, their boyfriends, their attitudes, their lack of fashion. I mean who are we to put labels on people? When we girls do that (bitching) we impose sexism upon ourselves. Hence we then should not be blaming men for being sexist, because we impose that upon ourselves."
Well, aku memang seorang yang feminist, in terms of I always demand for gender equality. Truth be said, and it is proven in statistics, that female employees receive less salary as compared to their male counterparts for the same position with same qualifications. Tapi tak semua yang tutor aku cakap tu aku setuju 100%.
Ok aku melalut sekali lagi. Tengah fresh dari buat assignment ni ampunkanlah hehe
Isu pokok dia kat sini ialah discuss how my single life is. How eh? Senang cakap, aku tengah happy sekarang ni. Bahagia. Gembira. Kalau aku tengok sekeliling aku, ramai betul kawan-kawan aku yang berpartner, dah kahwin dah ada anak. Aku tak rasa tergugat ke?
Well to that question I pose another question; Why should we limit the definition of happiness in terms of being with a significant other only? Tak, aku bukanlah bitter aku takde pakwe pun. Malah aku tengah gembira sekarang. Honest aku cakap, dah lama aku tak rasa happy macam ni. Maybe I was in a wrong relationship before, that is why I was not happy as I am now. Sini aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku rasa significant of my being single. Again, ini semua aku compare masa aku berpartner dengan sekarang single so it is truly based on my personal viewpoint.
Independence ; Aku seorang yang independent. Mungkin dari cara parents aku besarkan aku, hantar pergi kem bina diri sana sini, dan akhirnya aku reti lah jugak nak adapt to a new situation dan boleh bawak diri. Jadi aku end up rasa aku boleh buat semuanya dan pergi mana yang aku suka kecuali kalau parents aku tak benarkan. So far parents aku memang supportive, dan beri kebebasan sepenuhnya dekat aku untuk mencorak hidup sendiri cuma ditambah dengan nasihat-nasihat dan monitor diorang. Bukan diorang lepas macam tu je tapi diorang monitor dari jauh.
So sebab itu aku tak rasa bebas bila berpartner sebab aku kena bagitau semua benda yang aku nak buat dengan partner aku, aku kena mintak izin dia dulu lah and whatnots. Kalau dia tak izinkan, so aku tak boleh lah buat kan. Aku tak suka macam tu. Prinsip aku, selagi tak melanggar hukum agama dan parents aku bagi, aku boleh buat. Setakat ni rasanya mana ada aku buat benda-benda mengarut pun. Lainlah kalau aku nak pergi clubbing ke hisap pot ke. Honestly, ini antara reason terbesar buat masa ni aku choose untuk tak mahu berpartner. Aku kena bergantung dekat orang lain untuk buat keputusan yang berkenaan diri aku sendiri. I want my independence even though when I am with a partner. Suami lain cerita okay, itu another story with which extra care needed to find a suitable one =)
Enough said, aku suka jadi single sekarang ni. Mungkin sebab aku dah lama tak jadi single lama-lama macam ni and my previous relationship lasted up to 4 years. I like how I am right now. Aku ada besties to confide in, family yang supportive dan kawan-kawan yang aku tau sayang aku. Yea sounds like a bitter person but that is the truth. Lagipun aku umur baru 22 tahun, what's the hurry? Biological clock? Stigma masyarakat yang kalau umur dah cecah 25 tahun tak kahwin lagi tu andartu? I sincerely sympathises with them. Aku tak mahu aku terlalu nak conform to society standards sampai aku pakai tangkap muat je dengan siapa yang aku nak kahwin. Tapi aku tak halang pun orang nak kahwin awal or whatnot. Aku suka je cuma I don't think that is for me. Kemungkinan besar ialah aku tak jumpa lagi orang yang sesuai dengan cara aku. Mungkin kalau aku dah jumpa nanti I'll tell you guys I am getting married hahaha.
Reason kedua; No more drama, no no no more drama (Lagu Black Eyed Peas) Sekarang ni aku happy je all the time mostly sebab dah takde drama. Enough of drama as for now. Tak larat lah nak jadi pelakon soap opera sepanjang masa berdrama air mata kejar-mengejar di taman janji kita janji i janji you blablabla zzzzz. My next relationship should be free of drama. Senang.
Haha takdelah, aku tau Allah simpan seseorang yang terbaik untuk aku. I just have to wait until I am ready =)
Right now, aku belum ready lagi untuk kembali menyulam kasih HAHAHA menyulam kasih amenda Aleen sepak karang baru tau. But yea you got me right? Bak kata lagu Stereo Hearts; Holding grudges against love is ancient artifact.
Notakaki: But actually I am still traumatised, yes :) Sakit tau tak.
Notakaki #2: Dan sebenarnya banyak lagi isu dunia yang perlu difikirkan, bukan hal cinta je oi Aleen.
Notakaki #2: Dan sebenarnya banyak lagi isu dunia yang perlu difikirkan, bukan hal cinta je oi Aleen.
2 comments:
hahahahahhaa...saya suka cara anda!!!
Kembali menyulam kasih? gile jiwang:P
Good to hear that you are doing fine, at least nampak la cahaya di hujung lorong-lorong gelap kan. Anyway kerja sempat tak siap ni? blogging je kerja.
Post a Comment